PROLOG

437 41 6
                                    

TAMAN kecil yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar di tepi rumah, terletaknya sebuah meja batu dan beberapa buah kerusi batu yang diduduki oleh seorang lelaki tua berumur 40-an yang sedang khusyuk membaca surat khabar.

"Amboi, Tengku Malik! Tekun betul awak baca surat khabar. Sedangkan saya yang lalu ini pun awak tak perasan ya," tegur Puan Amirah Nasuha sambil menatang dulang yang diatasnya, seteko air kopi panas dan dua gelas cawan.

"Eh, awak rupanya! Terkejut saya dibuatnya. Haa, air kopi panas saya mana?" tanya Tengku Malik kepada isterinya yang kini baru sahaja ingin melabuhkan punggung di atas kerusi batu.

"Ini, air kopi panas yang awak minta tadi," jawab Puan Amirah Nasuha sambil menuang air tersebut ke dalam cawan lalu menghulurkan cawan tersebut kepada suaminya.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta berjenama Alphard memasuki perkarangan rumah milik Tengku Malik.

Tengku Malik yang sejak dari tadi tekun membaca surat khabar sambil menikmati secawan air kopi yang dibancuh oleh isterinya, kini berpaling ke arah anak terunanya yang baru sahaja keluar daripada perut kereta.

"Fawwaz, mari duduk di sini sekejap. Papa ada perkara sedikit yang nak dibincangkan dengan kamu."

Fawwaz hanya mengangguk sahaja dan menuruti perintah bapanya.

"Papa nak bincang pasal apa?" soal Fawwaz yang baru saja melabuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi batu yang ada.

"Kahwin," begitu ringkas jawapan Tengku Malik.

"What?! Kahwin? Papa, are you serious? Fawwaz tak salah dengarkan?"

"Tak. Kamu tak salah dengar."

"Papa, Fawwaz muda lagi kot. I'm 17. Nanti nanti ajelah Fawwaz fikir pasal kahwin ni."

"Papa tak kira. Papa dah tetapkan tarikh.. Hujung bulan depan."

"Papa! Mama, tengoklah papa ni.." adu Fawwaz kepada mamanya.

Puan Amirah kini hanya mendiamkan diri.

Fawwaz menggeleng. "Mama, Fawwaz tak nak kahwin lah..."

"Sudah! Keputusan papa adalah muktamad! Papa tak akan tukar fikiran."




•••

FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA

•••


KEDUA mempelai telah pun berada di dalam masjid. Bahkan, keluarga terdekat dan tok kadi yang dijemput pun telah berada di dalam masjid.

Tengku Malik duduk di belakang anak terunanya yang sebentar lagi akan bertukar status. Anak terunanya itu kelihatan bagai cacing kepanasan.

"Relax, Fawwaz. Jangan gelabah sangat. Papa tengok kamu ni dari dah tak senang duduk."

"Fawwaz nervous lah papa," balas Fawwaz.

Tengku Malik mengangguk. "Papa faham. Papa juga pernah mengalami situasi macam ni."

Kini, Fawwaz hanya mendiamkan diri.

"Ok, baiklah. Pengantin lelaki dah sedia? Boleh saya mulakan sekarang?" tanya tok kadi.

Fawwaz hanya mengangguk.

"Fawwaz Daiyan Bin Tengku Malik."

"Ya, saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Eleena Medina Binti Tengku Ahmad Umar dengan mas kahwinnya sejumlah RM1, 000 ringgit dan seperangkatan alat solat dibayar tunai."

"Aku terima nikahnya Eleena Medina Binti Tengku Ahmad Umar dengan mas kahwinnya sejumlah RM1, 000 ringgit dan seperangkatan alat solat dibayar tunai."

Dengan sekali lafaz, tanpa ulangan. Akhirnya, mereka berdua sah menjadi pasangan suami isteri.

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah."

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now