BAB 2

169 32 0
                                    

  PERLAHAN-LAHAN kakinya melangkah masuk ke dalam dapur. Dia perasan, ada satu sosok tubuh seseorang di dapur. Ternyata sosok tubuh tersebut milik ibunya. Tiba-tiba, dia mendapat idea untuk mengenakan ibunya yang sedang leka menyiapkan sarapan pagi.

Tanpa membuang masa, dia pun segera mengatur langkahnya. Seraya itu, dia menghampiri ibunya yang sedang leka menyiapkan sarapan pagi.

Satu, dua, tiga,

"Ibu! Good morning!" Sergah Aulia.

"Astaghrafirullah..." Puan Marissa Sofea segera beristighfar apabila di sergah oleh anaknya.

"Haih.. Bertuah punya anak! Kamu ni. Lain kali bagilah salam. Ini tidak, kamu main sergah je."

"Alah, ibu ni.. Aulia bergurau je," ujar Aulia lalu memuncungkan bibirnya seperti mulut itik.

"Sudah. Hantar makanan ni dekat depan. Letak atas meja makan," arah Puan Marissa sambil menghulurkan satu bekas makanan yang berisi nasi goreng.

Aulia mengangguk. Lalu menjalankan tugasnya.

"Eh, ayah. Marilah duduk sekali. Ibu ada goreng nasi goreng." Aulia melawa ayahnya, Encik Daaim Adhwa, yang baru sahaja menuruni anak tangga yang terakhir untuk duduk menjamu selera.

Encik Daaim Adhwa menarik salah satu kerusi yang ada dikeliling meja makan, lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut.

Aulia mencedok nasi goreng yang telah di goreng oleh ibunya sebentar tadi ke dalam pinggan, lalu dia menghulurkan pinggan tersebut kepada ayahnya.

Kemudian, Encik Daaim Adhwa menyambut pinggan tersebut daripada tangan anaknya.

"Bismillahirrahmanirrahim." Encik Daaim Adhwa membaca basmallah sebelum menyuap nasi goreng tersebut ke dalam mulutnya.










FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA











  SELANGKAH lagi kaki Aulia ingin melepasi pintu pagar sekolah, tiba-tiba namanya dipanggil.

"Aulia!" Jerit sahabat Aulia iaitu, Nuryn sambil berlari-lari mengejar Aulia yang laju sahaja berjalan.

"Weh, la-la-lajunya kau ni! Penat aku kejar kau," ujar Nuryn sambil tercungap-cungap. Tak cukup oksigen.

"Kalau iya pun, tariklah nafas tu dulu.. Bagi oksigen masuk dulu. Ini tidak, kan dah tercungap-cungap kau nak bercakap.." Bebel Aulia.

"Iya lah, iya lah.. Kau ni pagi-pagi lagi dah nak membebel.. Kau tahu tak, kau tu dah lah jalan laju sangat.. Kadang aku fikir, kau ni tengah berjalan ke, berlari."

"Aku bukan bebel saja saja.. Aku membebelkan kau pagi-pagi buta yang indah macam ni, sebab aku sayangkan kau." Luah Aulia.

"Baiklah, Aulia... Sudahlah, jom masuk ke kelas. Dah lewat sangat ni.." Tutur Nuryn sambil mengerling jam tangan yang dipakai tangan sebelah kanannya yang menunjukkan, tepat pukul 7.20 pagi.

"Okey. Dah jom kita masuk ke kelas," balas Aulia.














FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA

















  BEBERAPA minit sebelum bunyi loceng, subjek PSV iaitu Pendidikan Seni Visual merupakan subjek terakhir sebelum waktu rehat.

"Baiklah, semua. Sampai disini sahaja. Pada minggu hadapan kita akan belajar bab baru." Beritahu Cikgu Ramlah.

"Bangun!" Arah ketua tingkatan 5 Bestari. Pelajar lain akur akan perintah tersebut. Lalu bangun dari kerusi untuk berdiri.

"Terima kasih, Cikgu Ramlah," ucap ketua tingkatan.

"Terima kasih, Cikgu Ramlah."

"Sama-sama. Baiklah, awak semua boleh pergi keluar untuk rehat," ujar Cikgu Ramlah sambil memberikan senyumannya yang manis. Seraya itu, dia berangkat keluar dari kelas tersebut.

"Weh, Aulia. Kau nak rehat dekat mana?" Tanya Nuryn. Seraya itu, dia mengeluarkan bekalnya yang dibawa dari rumah yang diletakkan di dalam laci mejanya.

"Macam biasalah. Dekat tempat biasa kita duduk," jawab Aulia sambil mengemas alat tulisnya, lalu alat tulis tersebut dimasukkan ke dalam beg.

"Ok."

"Dah, jom turun. Aku tak bawa bekal ni. Nanti bila nak beratur panjang pula," ujar Aulia.

"Ok, jom."

Mereka berdua pun bergegas keluar dari kelas tersebut.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now