BAB 15

80 18 2
                                    

  PADA pagi yang indah itu, seperti hari yang lain juga, rumah Nuryn disimbah cahaya matahari pagi yang segar dan nyaman.

Nuryn yang sudah bangun sejak subuh tadi untuk menunaikan solat subuh, kini sedang membaca novel yang bertajuk Dia Tetap Sempurna yang ditulis oleh seorang penulis yang dikenali sebagai Anjell, di dalam biliknya di bahagian library mininya.

Nuryn yang sedang khusyuk membaca novel tersebut sambil mendengar lagu di Spotify, tiba-tiba diganggu dengan bunyi notification dari arah telefon bimbitnya yang berada di atas katilnya.

Ting! Ting!

Terus sahaja dia berhenti untuk meneruskan membaca novel. Lalu novel tersebut ditutup rapat dan diletakkan semula di sebuah rak buku sebelum dia mengatur langkah menghampiri katilnya.

Lantas dia melabuhkan punggungnya untuk duduk di atas katil sambil mengambil telefon bimbitnya yang tidak jauh dari tempat dia duduk.

Seraya itu, Nuryn membuka aplikasi Whatsapp dan melihat siapa yang  menghantar mesej kepadanya pada awal pagi begini.

Noah Si Galah Panjang 😒

Noah Si Galah Panjang 😒
Assalamualaikum, Nuryn. Sorry ganggu kau
pagi-pagi macam ni.

Noah Si Galah Panjang 😒
Kau tengah buat apa?

                               Waalaikumussalam. Ya, kenapa?
                                Aku tengah membaca novel tadi.

Noah Si Galah Panjang 😒
Oh. Hm.. Esok birthday Aulia kan? 😁

                                                          Haah. Kenapa? 🤔

Noah Si Galah Panjang 😒
Aku ingat, nak buat surprise sikit.

                                         Hmm.. idea yang bagus. 👍

Noah Si Galah Panjang 😒
Kau free tak esok?

                                  Hm. Free kot? Tengoklah dulu.
                                  Apa-apa nanti aku mesej kau.

Noah Si Galah Panjang 😒
Hmm. Ok. 👌

















  FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA















  KEESOKAN harinya, Nuryn dan Noah bercadang untuk menyambut hari lahir Aulia di tepi tasik di taman, pada petang yang redup dan angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa.

"Eh, Noah nanti bila Aulia sampai kau pegangkan kek, aku pula pegang tepung." Arah Nuryn sebelum Aulia tiba.

"Kau nak buat apa pula dengan tepung?" Tanya Noah kehairanan.

"Aku nak bagi dia mandi tepunglah!" Balas Nuryn selamba.

"Haih. Suka hati kau lah," kata Noah. Malas mahu melayan perangai Nuryn.

"Eh. Noah, Noah! Itu, Aulia dah sampai! Cepat-cepat." Beritahu Nuryn. Apabila dia sudah melihat sosok tubuh Aulia yang berhampiran dengan lokasi mereka.

"Haih. Mana dia orang ni.. Kata nak jumpa dekat sini." Rungut Aulia.

Tiba-tiba mata Aulia terpana ke arah satu tempat di tepi tasik yang penuh dengan makanan di atas tikar. Aulia jadi kebingungan. Lalu dia menuju ke arah tempat tersebut.

"Takkanlah dia orang nak ajak aku makan tepi tasik kot?" Hati kecil Aulia berbisik, penuh tanda tanya.

"Happy birthday to you."

"Happy birthday to you.."

"Happy birthday to Aulia."

"Happy birthday to you!"

Aulia mendengar suara yang amat dia kenali sedang menyanyi. Sebaik sahaja mendengar suara tersebut, Aulia terus memusingkan badannya ke belakang.

"Happy birthday, Aulia." Ucap Noah sambil memegang sebiji kek yang sederhana besar.

"Wah! Thanks, Noah. By the way, Nuryn mana?" Soal Aulia, pelik.

Belum sempat Noah ingin membalas, Nuryn terlebih dahulu menyergah.

"Happy birthday, Aulia!" Sergah Nuryn sambil membaling tepung ke arah Aulia.

Tindakan Nuryn membuatkan Aulia terbatuk-batuk.

"Uhuk! Uhuk!" Aulia terbatuk-batuk sambil membersihkan dirinya yang sudah mandi tepung.

"Woi, Nuryn! Kau ni memang nak kenakan?!" Marah Aulia lantas mengejar Nuryn yang sudah berlari untuk menyelamatkan diri.

"Alamak! Birthday girl dah mengamuklah! Lari!" Jerit Nuryn apabila dikejar oleh Aulia.

Noah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kau memang dah lama berdendam dengan aku ek?!" Jerit Aulia pula sambil mengejar Nuryn yang sedang melarikan diri.

"Dah, dah lah tu.. mari kita duduk, makan." Panggil Noah.

"Eh, sekejap-sekejap." Kata Nuryn lalu berhenti berlari. Aulia pun turut berhenti berlari.

"Jom kita makan. Hehe. Aku bergurau je," ujar Nuryn sambil menayangkan sebaris gigi putihnya.

Lantas itu, mereka menghampiri Noah yang sudah duduk di atas tikar yang di letakkan di tepi tasik.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now