BAB 28

93 17 6
                                    

  PUAN Marissa Sofea sedang sibuk menyiapkan hidangan untuk makan tengah hari di dapur kesayangannya.

Sewaktu dia ingin mengambil pinggan seramik kaca yang berada di rak pinggan, tiba-tiba pinggan yang diambilnya tadi terlepas dari pegangannya dan terjatuh di atas lantai. Entah bagaimana pinggan itu boleh terlepas dari tangannya.

Lalu Puan Marissa Sofea membongkok untuk mengutip serpihan kaca yang berasal dari pinggan seramik kaca yang telah terjatuh tadi.

Semasa dia hampir selesai mengutip serpihan kaca tersebut, tiba-tiba salah satu serpihan kaca yang halus menusuk jari telunjuk tangan kanannya.

"Aduh! Tsk." Puan Marissa mengaduh sambil cuba untuk mengeluarkan serpihan kaca yang tertusuk ke dalam jari telunjuknya.

"Kenapalah firasat hati aku ni rasa macam tak sedap je." Hati Puan Marissa berbisik.

Beberapa saat kemudian, bunyi deringan telefon bimbit milik Puan Marissa menerpa masuk ke dalam gegendang telinganya.

Lantas Puan Marissa menuju ke arah punca bunyi tersebut, seraya menggapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja makan.

"Assalamualaikum. Ini siapa ya?" Soal Puan Marissa kepada seseorang yang berada di talian.

"Waalaikumussalam. Saya dari pihak hospital. Saya ingin bercakap dengan waris Aulia Haura." Balas orang yang berada di talian tadi.

"Ya, saya. Saya ibunya. Kenapa dengan anak saya? Apa yang dah berlaku?" Soal Puan Marissa lagi.

"Saya harap puan boleh bersabar. Anak puan kini berada di hospital kerana kemalangan. Keretanya telah dirempuh oleh sebuah kereta." Beritahu orang itu lagi.

"Ya Allah. Baiklah, saya akan ke sana sekarang."

Sebaik sahaja Puan Marissa mendengar berita tersebut, hatinya bagai ditusuk belati tajam.

Tanpa melengahkan masa, Puan Marissa mendail nombor suaminya lalu butang call ditekan.

Tut! Tut!

"Assalamualaikum, bang. Anak kita!" Ucap Puan Marissa dengan resah-gelisah.

"Waalaikumussalam. Kenapa? Awak ni, cuba bawa bertenang sikit." Jawab Encik Daaim cuba menenangkan isterinya.

"Nak bertenang macam mana lagi? Anak kita sekarang ni dekat hospital. Awak tolong balik sekarang."

"Allahuakbar! Iya, saya balik sekarang." Ujar Encik Daaim seraya mematikan panggilan tersebut.



















FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA



















  SESAMPAINYA Puan Marissa bersama Encik Daaim di hospital, mereka berdua bergegas menuju ke ruang kaunter untuk bertanya dimanakah bilik anak mereka.

Usai sahaja mereka mendengar apa yang dikatakan oleh seorang wanita yang berada di kaunter tadi, mereka suami isteri bergegas menuju ke bilik tersebut.

Setelah hampir sampai dihadapan pintu bilik tersebut, pada masa yang sama juga seorang doktor lelaki bersama dua orang jururawat perempuan keluar dari bilik tersebut.

Puan Marissa dan Encik Daaim yang sudah selamat sampai dihadapan pintu bilik tersebut itu pun menghampiri doktor lelaki itu.

"Doktor, bagaimana keadaan anak kami?" Tanya Puan Marissa cemas.

Dia sebagai seorang ibu yang sudah mengandungkan anaknya itu selama sembilan bulan di dalam kandungan, begitu terkejut apabila mendapat panggilan dan mendengar berita yang disampaikan oleh pihak hospital.

"Encik dan puan ini orang tua kepada pesakit yang bernama Aulia Haura ya?" Soal doktor itu pula sebelum dia menjawab pertanyaan Puan Marissa.

Puan Marissa dan Encik Daaim mengangguk-anggukkan kepala mereka.

"Sebelum saya meneruskan percakapan saya, saya ingin meminta maaf. Begini, anak encik dan puan sekarang ini berada dalam keadaan yang kritikal. Dia juga mengalami hentakan yang kuat dibahagian kepalanya semasa kemalangan. Disebabkan perkara ini, anak encik dan puan mengalami koma." Terang doktor itu panjang lebar.

"Tapi, encik dan puan jangan risau. Koma masih mempunyai harapan untuk sedar dan pulih walaupun tidak sama sepenuhnya baik seperti sebelumnya dan.. saya tak pasti bila pesakit akan sedarkan diri," kata doktor itu.

"Buat masa sekarang ini, encik dan puan hanya boleh lihat pesakit dari luar sahaja." Kata doktor itu lagi.

Encik Daaim sekadar menganggukkan kepala sambil mengukirkan senyuman.

"Baiklah, kalau tak ada apa-apa lagi saya minta izin untuk pergi dulu." Pamit doktor itu sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Encik Daaim bersama Puan Marissa.

Encik Daaim mengukirkan senyumannya sekali lagi sebelum doktor itu berlalu pergi meninggalkan dia bersama isterinya.

Lalu doktor itu pun berlalu pergi meninggalkan Encik Daaim bersama Puan Marissa.

Air mata Puan Marissa sudah bergelinangan. Dia terduduk lemah di atas lantai sebaik sahaja mendengar penjelasan daripada doktor itu sebentar tadi.

Encik Daaim yang berada bersebelahan dengan Puan Marissa sedaya upaya cuba menenangkan isterinya yang sudah menangis teresak-esak.

Seraya itu dia cuba membantu isterinya bangun dan berlalu menuju ke arah sebuah bangku.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now