BAB 11

92 23 0
                                    

  PADA pagi yang indah hari ini, semua pelajar tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.

"Assalamualaikum, korang! Sorry aku lambat sikit." Ujar Aulia.

"Waalaikumussalam. Eh, Aulia!" Kata Noah dan Nuryn serentak apabila mendengar suara Aulia yang dari jauh menyapa.

"Eh, sekejap lagi kita akan masuk ke dalam dewan kan?" Tanya Aulia ingin kepastian.

"Iya," jawab Noah sambil menganggukkan kepalanya.

"Oh, iya. By the way, good luck for the exam Aulia, Noah." Ucap Nuryn.

"Kau pun sama. Good luck!" Kata Aulia lalu bibirnya mengukirkan senyuman.















FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA

















  "MACAM mana waktu jawab soalan peperiksaan tadi? Ok tak?" Soal Noah kepada Aulia dan Nuryn.

"Ok je." Balas Aulia.

"Aku hampir tertidur waktu jawab soalan tadi," jawab Nuryn.

"Itulah kau. Tak sudah dengan drama korea kau tu. Sampai tidur pun lewat." Seloroh Noah. Dia hanya ingin mengusik Nuryn sahaja.

"Eh, mana ada! Kau jangan nak mereka-reka cerita eh! Malam tadi aku tidur lewat atas sebab aku study eh," ujar Nuryn.

"Ha, Aulia. Kau pula takkan ok je?" Tanya Noah lagi.

"Iya. Ok saja. Ada yang senang, ada yang susah." Jawab Aulia.

"Weh, korang. Korang tahu tak, kesian betul dekat seorang adik form one ni, dia datang sekolah pagi tadi." Kata Nuryn kepada Aulia dan Noah, ingin menukar topik.

"Seriuslah?!" Tanya Aulia terkejut apabila mendengar cerita yang diceritakan oleh Nuryn.

"Iya. Kesian betul dekat adik tu. Lepas tu, aku dengar adik tu dengan cerianya dia datang sekolah pagi tadi, tahu-tahu je bila dia masuk ke dalam kelas tak ada seorang pun pelajar. Dia pun apa lagi, dia tawaf satu kelas."

"Lah. Kenapa pula dia tawaf satu kelas kalau dah tahu tak ada pelajar lain? Kenapa tak cari cikgu aje untuk call parents dia?" Soal Noah pelik.

"Oh. Dia ada cari cikgu." Balas Nuryn.

Aulia dan Noah mengangguk.

"Lepas dia dah puas tawaf satu kelas tu, dia pun keluar dari kelas untuk cari cikgu. Dia pun pergilah ke kantin. Nasib baiklah dia jumpa guru hal ehwal murid dan guru kaunseling tengah berborak dekat kantin. Lepas tu, salah seorang daripada cikgu tu dia pinjamkan telefon untuk adik tu call ayah dia. Nasib baik jugalah, ayah dia tu angkat call tu. Kalau tak dia kena tunggu sampai waktu balik sekolah." Panjang lebar Nuryn bercerita.

"Eh, sekejap. Takkan adik tu tak tahu yang dia kena cuti hari ni?" Soal Noah pula.

"Hmm.. entahlah. Tak silap aku, dia terlupa nak tengok info yang cikgu bagi dekat group Whatsapp." Balas Nuryn.

Noah hanya mengangguk.

"Baiklah, korang. Aku balik dulu. Bye, bye! Jumpa esok!" Ujar Noah sebelum mengatur langkahnya untuk meninggalkan dua orang sahabatnya sambil melambai-lambaikan tangannya.

Nuryn dan Aulia hanya mengukir senyuman. Lantas membalas lambaian Noah.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now