BAB 20

72 17 0
                                    

Beberapa bulan kemudian.

   AULIA masih lagi menggeliat di atas katil. Setelah itu, dia segera bangun dari baringannya sebaik sahaja dia mengerling jam di dalam telefon bimbitnya yang sudah menunjukkan tepat pukul 10.00 pagi. Lalu dia menuju ke bilik air untuk mandi.

Selesai sahaja dia mandi dan bersiap mengenakan shawl bersama baju kurung, lantas dia bergegas lari menuju ke kelas kerana dia sudah terlewat pada hari itu. Ini semua gara-gara Nuryn. Kalau Nuryn tidak membuat video call pada malam tadi sudah tentu dia boleh bangun lebih awal.

Seingatnya, dia juga sudah mengunci alarm di dalam telefon bimbitnya sebelum dia tidur. Entah mengapa pada pagi tadi dia tidak mendengar langsung bunyi deringan alarm dari telefon bimbitnya itu.

Sesampainya Aulia dihadapan pintu kelasnya, dia terus sahaja meluru masuk tanpa mengetuk pintu.

Masuk sahaja dia ke dalam kelas, semua mata yang tadinya begitu fokus dengan apa yang sedang diterangkan oleh pensyarah di white board, kini sudah beralih arah terpana melihat ke arahnya.

Aulia pula sudah menjadi kaku, dek dilihat oleh orang ramai.

"Aulia Haura, kenapa awak lewat?" Tanya pensyarahnya atau lebih dikenali sebagai Puan Anis.

"Maafkan saya, Puan Anis. Saya tak sengaja. Saya terbangun lewat sikit tadi," jawab Aulia sambil kepalanya menunduk ke arah lantai.

Puan Anis hanya sekadar mengangguk.

"Tak apa. Awak boleh pergi duduk," arah Puan Anis lantas mengukirkan senyumannya.

"Tapi ingin, next time don't repeat your mistake again." Pesan Puan Anis.

Aulia mengangguk-anggukkan kepalanya. Lalu dia menuju ke tempat duduknya.

"Baiklah, kita sambung semula pada topik yang saya terangkan sebentar tadi."

















FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA




















  KINI menjelangnya waktu malam. Aulia amat fokus membuat assignmentnya di atas meja belajarnya. Sewaktu dia sedang fokus mengerjakan assignmentnya, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada seseorang menelefonnya.

Terus sahaja Aulia berhenti melakukan tugasnya itu. Lalu dia menghampiri katil yang berada tidak jauh dari meja belajarnya untuk mengambil telefon bimbit yang sedang berdering.

Lantas Aulia mengangkat panggilan tersebut selepas dia melihat nama Nuryn yang tertera pada screen telefon bimbitnya.

"Assalamualaikum. Ha Nuryn, kenapa?" Soal Aulia.

"Waalaikumussalam, Aulia. Tak ada apa. Saja je call kau. Aku sebenarnya rindu dekat kau."

"Eleh... tak payah nak rindu sangat. Bukan hampir setiap hari ke kau call aku," ujar Aulia.

"Eh, mana ada."

"Alah.. kau tak payah nak mana ada mana ada eh. Nasib baik kau tak ada depan aku. Kalau tak..." kata Aulia sambil menggantungkan ayatnya.

"Kalau tak, kau nak buat apa?" Tanya Nuryn.

Aulia hanya membiarkan soalan yang dilontarkan oleh Nuryn.

"Eh, kau memang tak ada kerja lain ke?" Tanya Aulia pula. Hairan. Tak akan sepanjang masa Nuryn ni tak ada kerja yang patut dia lakukan.

"Ada." Jawab Nuryn ringkas.

"Kalau ada, pergilah buat. Jangan kacau aku. Aku ada kerja sikit yang nak disiapkan."

"Aku tengah buatlah ni."

Aulia sudah menayangkan wajah yang blur.

"Kerja kacau kau lah!" Ujar Nuryn.

Aulia melepaskan nafas berat.

"Kau tahu tak, disebabkan kau lah aku lewat masuk kelas pagi tadi."

"Eh, aku pula. Siapa suruh kau bangun lambat?"

"Hmm.. eh, sudahlah. Kau pergi buat apa yang patut. Aku nak sambung buat kerja aku ni." Beritahu Aulia.

"Oklah.. assalamualaikum," ucap Nuryn sebelum dia meletakkan panggilan tersebut.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now