BAB 5

109 29 0
                                    

  AULIA meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi yang berada di sebelah Nuryn. Selepas itu, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut.

Senyap.

Dia hanya mendiamkan diri dan termenung sendirian sambil tangannya menongkat dagu.

"Aulia?" Nuryn yang duduk bersebelahan dengan Aulia, melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Aulia.

Aulia masih tidak sadar akan sosok tubuh Nuryn yang dari tadi hanya duduk di sebelahnya sahaja.

Nuryn bagaikan tidak wujud.

Kemudian Nuryn cuba untuk menggoyang-goyangkan tubuh Aulia.

Akhirnya, Aulia sadar dari lamunannya.

Aulia berpaling muka ke arah sahabatnya yang berada di sebelahnya.

"Weh, Aulia.. Kau ok ke tak ni? Kau kenapa?" Bertalu-talu soalan yang ditujukan kepada Aulia.

Belum sempat Aulia menjawab, Nuryn sudah membuka mulut.

"Kau ni dari semalam aku tengok kau asyik mengelamun saja. Lepas tu, diam je. Cuba kau cakap. Tadi kau datang pun tak ceria je. Selalunya kau datang dengan muka yang ceria. Kau sakit ke? Kalau kau sakit, tak payah datang ke sekolah." Kata Nuryn.

"Aku ok sajelah.. Aku tak sakit pun," balas Aulia sambil senyum senget.

"Aku tak rasa sekarang ni kau ok. Kalau kau ok kau tak akan macam ni tau," ujar Nuryn.

Nuryn mula berfikir sejenak. Dia cuba mengingati semula, adakah dia ada bercakap tengtang perkara yang boleh menyebabkan Aulia sakit hati semalam dengan percakapannya itu.

"Ini mesti pasal semalam tu kan?" Tanya Nuryn.

"Maafkan aku, Aulia.. Aku bukannya sengaja pun nak bahaskan perkara yang macam tu."

"Tak apalah.. Aku ok je."

"Hmm, kalau macam tu. Petang ni aku belanja kau makan aiskrim Magnum, sebagai tanda minta maaf sebab dah lukakan hati kau.. Kau nak tak?" Pelawa Nuryn sebagai tanda minta maaf kepada sahabatnya itu.

"Wah, nak nak!" Bersinar-sinar mata Aulia apabila sahabatnya itu ingin belanjanya aiskrim kegemarannya.

Nuryn tersenyum.








•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••












  LEPAS sahaja mereka berdua masuk ke dalam 7eleven dan membeli aiskrim Magnum yang telah dijanjikan oleh Nuryn, mereka berdua terus menuju ke taman yang selalu mereka pergi.

Sesampai di taman tersebut. Mereka mencari tempat duduk untuk makan aiskrim.

"Eh, Nuryn. Jom duduk dekat sana." Ajak Aulia sambil menarik-narik lengan Nuryn.

"Eh, iya iya. Jom."

Mereka berdua pun melabuhkan punggung di atas kerusi batu tersebut. Nuryn mengeluarkan aiskrim dari dalam plastik tersebut, yang baru sahaja mereka berdua beli tadi di 7eleven.

"Nah. Ini untuk kau." Nuryn menghulurkan aiskrim tersebut kepada Aulia.

Aulia menerima huluran tersebut daripada Nuryn.

"Terima kasih, Nuryn sebab belanjakan aku aiskrim.. Sayang kau ketat ketat!" Ucap Aulia. Lalu memeluk erat tubuh sahabatnya itu.

"Iya, sama-sama. Tapi jangan peluk aku kuat-kuat sangat. Sesak nafas aku. Kau nak aku meninggal cepat ke?" Kata Nuryn yang tidak cukup oksigen dek kerana tubuhnya itu dipeluk erat oleh sahabatnya.

"Hehehe.. Tak nak, tak nak." Balas Aulia sambil menayang giginya.

Tiba-tiba, seseorang lelaki menyapa mereka berdua.

"Assalamualaikum.. Eh, korang! Makan aiskrim Magnum tak ajak aku sekali ek? Merajuklah macam ni," sapa Noah. Lalu memuncungkan mulutnya seperti mulut itik.

"Waalaikumussalam.. Dah, tak payah nak merajuk sangat eh. Lepas tu, tak payah nak buat mulut macam tu. Serupa donald duck aku tengok," bidas Nuryn. Lalu menghulurkan aiskrim tersebut kepada Noah.

"Nah, ambil aiskrim ni. Aku ada beli lebih tadi."

"Yeyh! Terima kasih, Nuryn.. Sayang juga kau dekat aku ya?"

"Eeyuoo.. Siapa sayang kau?"

"Huh!" Noah memeluk tubuh.

"Oh, iya. Macam mana kau tahu yang kita orang ada dekat sini?" Soal Nuryn kehairanan.

"Of course lah aku tahu. Dimana adanya korang, disitulah adanya aku.." Jawab Noah.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now