BAB 23

60 15 0
                                    

  SEBUAH kereta berjenama Proton Saga milik Encik Daaim yang dipandu olehnya sendiri selamat memasuki perkarangan rumah.

Aulia yang sedang nyenyak tidur, tiba-tiba diganggu dengan suara Puan Marissa yang menerpa masuk ke dalam gegendang telinga Aulia.

"Aulia, bangun kita dah sampai rumah." Puan Marissa mengejutkan Aulia yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah.

Aulia menggeliat seketika sebelum dia mencelikkan matanya.

"Dah sampai?" Soal Aulia.

"Iya.. dah, jom turun. Tak akan kamu nak tidur dekat dalam kereta sampai esok," ujar Puan Marissa sambil mengatur langkahnya untuk keluar dari perut kereta.

Lantas Aulia pun mengaturkan langkahnya untuk keluar dari perut kereta.

"Wah, makin cantik rumah ni!" Kata Aulia teruja.

"Mana ada. Sama saja macam dulu," balas Puan Marissa sambil menguak dedaun pintu utama rumah.

"Ha, Aulia. Ambillah dan bawa masuk barang-barang kamu ni." Ucap Encik Daaim sambil mengeluarkan bagasi milik Aulia dari dalam but kereta.

"Baik, ayah." Aulia akur. Lalu dia mengambil semua barang-barangnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

"Ha.. Aulia nanti lepas kamu bawa barang-barang kamu ni masuk bilik, turun bawah semula. Tolong ibu masak untuk makan tengah hari." Pesan Puan Marissa yang sudah bersedia untuk memulakan tugasnya.

Aulia hanya mendengar sahaja pesanan daripada ibunya itu. Lantas dia berlalu pergi menaiki satu-persatu anak tangga bersama-sama barang-barangnya yang banyak.

Sampai sahaja Aulia di tingkat atas, dia meluru masuk ke dalam biliknya.

Barang-barangnya yang banyak tadi, dibiarkan dihadapan pintu biliknya. Seraya itu, dia menghampiri katil kesayangannya.

"Eh, katil! Rindunya aku dekat kau!" Ujar Aulia lalu menghempaskan tubuhnya di atas katil tersebut.



















FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA

















 

  PUAN Marissa sedang sibuk menyiapkan hidangan untuk makan tengah hari di dapur kesayangannya.

"Haih budak bertuah ni. Manalah dia ni. Kita suruh turun bawah, tolong kita masak ni. Tahu-tahu hilang sahaja." Omel Puan Marissa lalu menutup api dapur.

Lantas Puan Marissa mengatur langkah untuk naik ke tingkat atas.

Sampai sahaja Puan Marissa di tingkat atas, dia menuju ke arah bilik Aulia.

"Ya Allah.. dia sambung tidur lagi budak bertuah ni. Dengan begnya dekat depan pintu dibiarkan." Puan Marissa sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Aulia Haura Binti Daaim Adhwa! Bangun sekarang!"

Habislah... singa dah mengamuk tu.

"Ibu suruh turun bawah, tolong ibu siapkan hidangan untuk makan tengah hari. Tapi kamu pula, sedap-sedap tidur ya!" Bebel Puan Marissa.

Terus sahaja Aulia bangun dari tidurnya, sebaik sahaja dia mendengar suara ibunya yang kedengaran amat marah.

"Sorry, ibu. Aulia tak sengaja tertidur.." jawab Aulia.

"Hm. Dah, turun tolong ibu hidangkan makanan dekat atas meja makan. Jangan kamu sambung tidur lagi." Pesan Puan Marissa sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Aulia.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now