BAB 19

60 17 0
                                    

  "AYAH, nanti boleh tak kita singgah ke rumah Aulia dulu?" Soal Nuryn kepada ayahnya yang sedang memandu.

"Aulia? Aulia yang mana satu? Kawan kamu ke?" Soalan di balas dengan soalan.

"Iya, ayah. Kawan Nuryn yang paling rapat tu." Balas Nuryn.

Ayahnya hanya mengangguk.

Kini, kereta Nissan Almera kepunyaan ayah Nuryn sudah tiba di hadapan pagar rumah Aulia. Tanpa membuang waktu, Nuryn segera keluar dari perut kereta. Lantas itu, dia bergegas menuju ke arah loceng yang berada di dinding, lalu dia menekan butang loceng tersebut.

"Assalamualaikum! Aulia.. oh, Aulia!" Nuryn menjerit memberi salam dan menekan butang loceng di luar rumah tanpa henti.

"Waalaikumussalam, Nuryn!" Aulia yang baru sahaja membuka pintu rumah bergegas keluar menemui sahabatnya. Terus dia memeluk Nuryn dengan erat. Nuryn membalas pelukan tersebut.

"Huwaaa.. nanti dah susah nak jumpa kau," kata Aulia sambil mengesat air matanya yang dibuat-buat.

"Hmm. Betullah tu. Huwaa.." Nuryn juga turut mengesat air matanya yang sudah di tahan sejak tadi lagi. Tidak macam Aulia hanya berpura-pura menangis. Sebenarnya dia juga ingin menangis. Tapi apakan daya kena juga tahan. Bukan mereka tidak boleh berhubung secara maya. Sudah pasti berjam-jam mereka berdua berhubung. Apatah lagi, apabila mereka sudah membuat panggilan video.

"Eh, janganlah menangis. Sudah-sudahlah menangis. Macamlah kita tak boleh nak buat video call." Ujar Aulia sambil mengelap butiran jernih yang mengalir deras di atas pipi mulus Nuryn.

Nuryn mengangguk.

"Aku nak pesan, jaga diri kau tu elok-elok, jangan lupa makan... yang paling penting sekali, jangan lupa Allah. Apa-apa pun, take care okey." Pesan Aulia kepada Nuryn. Begitu sayang sekali dia kepada sahabatnya itu.

"Iya. Kau pun sama. Aku gerak dulu." Pamit Nuryn sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.

"Nanti kalau dah sampai jangan lupa call aku! Assalamualaikum."

Nuryn mengangguk, "Waaikummussalam."

Aulia melambai-lambaikan tangannya. Nuryn membalas lambaian tersebut.


















FAWWAZ DAIYAN |AULIA HAURA


















  KERETA Proton Saga milik Encik Daaim itu sudah penuh dengan muatan segala keperluan Aulia. Oleh kerana hari itu merupakan hari pertama pendaftaran Aulia, maka barang-barang yang dibawa juga boleh tahan bilangannya.

"Aulia, ada lagi tak barang yang belum dimasukkan? Kita kena bertolak sekarang. Takut terlewat tiba di Johor Bahru nanti." Tanya Encik Daaim kepada Aulia, selepas dia mengerling ke arah jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 7.00 pagi. Perjalanan ke Johor Bahru mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam dari Batu Pahat.

"Rasanya Aulia sudah masukkan semua barang yang hendak dibawa nanti." Jawab Aulia.
















FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA










  "AULIA, mari ibu temankan kamu mendaftar." Puan Marissa terlebih dahulu menawarkan dirinya.

Tidak lama kemudian Encik Daaim pula bersuara untuk menawarkan dirinya, "Ha, jom lah ayah temankan kamu sekali mendaftar."

"Apa ini ibu, ayah? Aulia dah besarlah. Tak perlu berteman lagi nak mendaftar." Aulia berasa di layan seperti budak kecil.

"Alah, apa salahnya kalau ibu dan ayah nak temankan kamu mendaftar? Lagi pun, kamu tengok ni barang kamu saja sudah banyak sebegini. Biarlah, Aulia sahaja lah anak kami yang satu-satunya kami ada dan kami sayang. Kami mana ada anak lain, selain kamu seorang." Pujuk Puan Marissa.

"Betul cakap ibu kamu tu. Ayah pun setuju." Encik Daaim menyokong isterinya.

Senyap.

Satu minit.

Dua minit.

Aulia hanya mengangguk.

Setelah lama menunggu jawapan daripada Aulia akhirnya dia bersetuju.

FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA














  "AULIA, ibu dan ayah pulang dahulu ya?"

"Jaga diri kamu tu elok-elok." Pesan Encik Daaim.

"Belajar rajin-rajin." Puan Marissa pula berpesan kepada anaknya.

"Ha, kalau ada apa-apa jangan lupa call ayah atau ibu." Pesan Encik Daaim lagi.

Aulia hanya mengangguk dan mengukirkan senyuman. Lalu dia menghulurkan tangannya untuk menyalam tangan ibu dan ayahnya.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now