BAB 29

105 18 3
                                    

  SETELAH kejadian yang telah berlaku sebentar tadi, Fawwaz bagaikan sedang bermimpi. Fikirannya menjadi kusut apabila memikirkan tentang Aulia.

Fawwaz duduk di atas sofa yang berada diruang tamu. Dia mengerling jam yang berada di dinding rumah yang menunjukkan pukul 1.25 tengah hari. Lalu dia cuba mendail nombor personal assistantnya untuk memberitahu bahawa dia tidak masuk ke pejabat pada petang itu.

Tut! Tut!

Beberapa saat kemudian, panggilan tersebut diangkat.

"Assalamualaikum, Rina. Petang ni saya tak masuk office. Jadi kalau ada apa-apa appointment untuk petang ni, awak tolong cancel." Maklum Fawwaz kepada personal assistantnya.

"Waalaikumussalam, Encik Fawwaz. Baiklah. Tapi ke-" jawab Rina selaku personal assistant Fawwaz.

Rina yang belum sempat menghabiskan percakapannya, terus sahaja Fawwaz meletak panggilan tersebut.

"Haih, Fawwaz. Kamu tak masuk office ke petang ni?" Tanya Puan Amirah Nasuha yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

Fawwaz menggelengkan kepalanya.

"Tak." Balas Fawwaz ringkas.

Tangan Fawwaz masih lagi ligat menyentuh screen telefon bimbitnya.

Puan Amirah Nasuha sekadar mengangguk. Lantas menghampiri anaknya dan melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan anaknya.

"Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Pada tengah hari tadi, tepat jam 12.50 tengah hari, sebuah kemalangan telah berlaku di sebuah jalan raya yang telah melibatkan dua kereta yang masing-masingnya dipandu oleh seorang lelaki yang membawa keluarganya untuk bercuti dan seorang wanita yang baru sahaja pulang dari sebuah pusat membeli belah."

Fawwaz yang tadinya sibuk melihat screen telefon bimbitnya, tiba-tiba mengalihkan pandangan menghadap televisyen setelah dia mendengar pembaca berita menyampaikan sebuah berita mengenai kemalangan jalan raya.

Sebaik sahaja Fawwaz selesai mendengar berita tadi, dia terus mengatur langkahnya untuk keluar dari rumah orang tuanya.

Puan Amirah yang duduk bersebelahan dengannya terkejut akan tindakan Fawwaz.

"Eh, Fawwaz! Fawwaz nak pergi mana tu?" Soal Puan Amirah kepada Fawwaz yang sudah menguak dedaun pintu utama.

"Fawwaz nak keluar sekejap. Mama tolong jagakan Haura." Kata Fawwaz lalu melangkah keluar dari rumah.

"Haih.. macam-macamlah. Tak ada angin, tak ada ribut." Omel Puan Amirah sendirian.
















FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA



















  FAWWAZ duduk bersendirian di sebuah tempat yang berada di Restoran Old Town. Dia berada disitu kerana dia sedang menunggu kehadiran seseorang.

Tanpa Fawwaz sedar, ada seorang jejaka yang sedang menghampiri dirinya. Tiba-tiba, jejaka itu menyapanya.

"Eh, Fawwaz. Dah lama tak jumpa kau. Kau sihat?" Sapa jejaka tersebut tanpa memberi salam lalu menanyakan tentang kesihatannya.

"Waalaikumussalam." Perli Fawwaz sebaik sahaja dia mendengar sapaan tersebut.

"Eh.. perli nampak. Sorrylah. Assalamualaikum." Kata jejaka tersebut lantas mengambil posisi untuk duduk dihadapan Fawwaz.

"Ha, kau sihat tak?" Soal jejaka itu sekali lagi.

"Sihat." Ringkas sahaja jawapan Fawwaz.

"Sebenarnya ada apa kau nak jumpa aku?"

"Weh, Qayyum. Kau kena tolong aku." Ujar Fawwaz kepada jejaka tadi yang bernama Hakim Qayyum.

"Yalah. Masalahnya, tolong apa?" Soal Qayyum bingung.

"Kau ada nombor kawan Haura tak?" Tanya Fawwaz.

"Aik. Tiba-tiba je kau ni minta nombor kawan Haura dekat aku." Kata Qayyum. Dia pelik dengan sikap sahabatnya itu.

"Adalah.. kau ada tak nombor kawan dia? Urgent ni. Kau kena bagi sekarang," ucap Fawwaz. Sekarang ini, dia betul-betul memerlukan nombor kawan Aulia Haura.

"Ada-ada.. nah." Lantas Qayyum mengeluarkan telefon bimbitnya lalu telefon bimbit tersebut bertukar tangan.

Fawwaz mula menaip nombor salah seorang kawan Aulia.

"Ok, nah. Terima kasih." Ucap Fawwaz. Lalu telefon bimbit itu bertukar tangan semula kepada pemilik asal.

Qayyum menerima huluran tersebut.

"Kau ni sebenarnya kenapa?" Tanya Qayyum sambil menyimpan semula telefon bimbitnya.

"Nanti aku cerita. Sekarang ni, aku ada hal. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Pamit Fawwaz sebelum dia bangun dari tempat duduknya.

"Apa-apa nanti, jangan lupa WhatsApp aku!" Kata Qayyum.

Fawwaz hanya memberi isyarat tangan 'ok'.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now