BAB 12

69 19 0
                                    

HARI ini merupakan hari terakhir pelajar tingkatan 5 untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu, ramai pelajar yang tidak sabar untuk keluar dari 'penjara' yang cukup menyiksakan itu.

Pada pagi itu, Noah bersama dua sahabatnya berada di kantin sekolah. Iya, siapa lagi kalau bukan Nuryn dan Aulia. Tujuan mereka berada di kantin hanyalah untuk sarapan pagi agar perut mereka tidak kosong dan berbunyi sewaktu menduduki peperiksaan.

Aulia dan Nuryn masing-masing yang baru sahaja menyuap masuk mi goreng dan nasi lemak ke dalam mulut. Tiba-tiba, kedengaran Noah membuka mulut ingin bersuara. Setelah dari tadi hanya berdiam diri.

"Hari ni... hari terakhir kita SPM," kata Noah.

"Iya. Kenapa?" Tanya Aulia.

"So.. good luck, tau korang!" Ucap Noah.

"Kau pun." Kata Nuryn dan Aulia serentak.

Noah mengangguk lalu mengukir senyuman.

"Aku harap kita dapat buat yang terbaik." Ucap Noah lagi.

"InsyaAllah," balas Aulia.













FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA












PADA tengah hari yang panas terik yang di terangi sinar cahaya matahari menerangi muka bumi, kini tibalah waktu pulang semua pelajar.

Nuryn dan Noah berjalan menghampiri pagar sekolah. Jangan tanya di mana Aulia. Keluar sahaja dari dewan, dia sudah menuju ke tandas kerana sakit perut.

Sampai sahaja di hadapan pagar sekolah, laju sahaja kaki mereka berjalan keluar dari pagar sekolah. Setelah melangkah keluar dari pagar sekolah, Nuryn melihat kereta milik ayahnya. Apabila sudah melihat kereta milik ayahnya, dia pun bergegas menghampiri kereta tersebut. Lalu meninggalkan Noah keseorangan.

Setelah sampai ke kereta tersebut, Nuryn membuka pintu penumpang di hadapan. Lalu meluru masuk ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan ingin pulang ke rumah, di dalam kereta tersebut sunyi sahaja. Tiada mulut yang berbicara. Tetapi hanya kedengaran lagu-lagu yang dimainkan di corong radio. Tiba-tiba, Encik Anas Yusuf membuka mulut memecahkan kesunyian di dalam kereta tersebut.

"Ha, Nuryn. Macam mana periksa tadi?" Tanya Encik Anas Yusuf sambil fokus memandu.

"Ok sahaja ayah." Jawab Nuryn ringkas.

Encik Anas Yusuf hanya mengangguk sahaja.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now