BAB 27

87 17 2
                                    

AULIA segera berlari menghampiri keretanya dalam keadaan air matanya yang masih lagi mengalir deras membasahi pipi mulusnya. Seraya melangkah masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin keretanya.

Lalu Aulia dengan pantasnya memandu keretanya dalam keadaan dia yang masih lagi menangis dan meninggalkan pusat membeli belah tersebut dan menuju pulang ke rumah.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, fikiran Aulia masih lagi diganggu dengan tragedi yang telah berlaku semasa di pusat membeli belah tadi.

Aulia berasa begitu terkejut apabila melihat wajah jejaka tadi. Ternyata jejaka tersebut ialah Fawwaz Daiyan.

"Haura? Awak Aulia Haura kan?" Soal Fawwaz yang juga kelihatan terkejut apabila melihat wajahnya.

"Ini anak awak?" Soal Aulia pula. Soalan yang dilontarkan oleh Fawwaz hanya dibiarkan. Entah bagaimana fikirannya boleh terlintas untuk melontarkan soalan itu kepada Fawwaz. Sepatutnya, dia perlu melarikan diri daripada Fawwaz.

"Ya." Jawab Fawwaz ringkas.

Setelah mendengar jawapan dari Fawwaz, Aulia terus bergegas lari menuju ke pintu keluar.

Tanpa Aulia sedari, Fawwaz sudah pun mengejar sosok tubuhnya.

"Haura! Aulia Haura! Stop!" Jerit Fawwaz sambil mengejar Aulia.

"Aulia Haura, tolong berhenti sekejap!" Jerit Fawwaz lagi.

"Eh, lepaslah!" Jerit Aulia pula apabila Fawwaz sudah menggenggam erat tangannya.

"Awak ni kenapa ek?" Tanya Aulia.

Fawwaz diam. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya. Malah genggaman tadi menjadi semakin erat.

"Eh, sakitlah! Lepaskan tangan saya!" Pinta Aulia apabila dia merasakan bahawa genggaman tadi menjadi semakin erat. Fawwaz yang tadinya mengeratkan genggaman tersebut, kini dia melepaskan tangan Aulia sebaik sahaja mendengar jeritan daripada Aulia.

"Haura.."

"Apa!?"

"Tolong."

"Tolong apa?!"

"Tolong dengar dulu, apa yang saya nak jelaskan." Ujar Fawwaz.

"Nak dengar apa lagi?!"

"Tak ada apa lagi yang awak perlu jelaskan dekat saya, Fawwaz." Kini butiran cecair jernih yang ditahan Aulia tadi, berguguran jatuh setitis demi setitis sehingga membasahi pipi mulusnya.

"Maafkan saya, Haura." Pinta Fawwaz yang sudah melutut dihadapan Aulia.

"Maafkan saya. Saya terpaksa. Tolong beri saya peluang kedua?"

Aulia sudah mengemam bibirnya sambil air mata terus-menerus turun menitis membasahi pipinya.

"Awak fikir mudah ke Fawwaz, untuk saya beri awak peluang kedua?"

"Cukuplah, Fawwaz."

"Awak tahu tak, lapan tahun saya tunggu awak. Tahu-tahu je, awak dah ada anak." Kata Aulia sebelum dia mengatur langkah untuk meninggalkan Fawwaz.

Butiran cecair jernih yang semakin deras turun membasahi pipi Aulia hingga menyebabkan matanya menjadi kabur dek menahan air mata yang terlampau banyak.

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta dari arah kanan yang menerpa masuk ke dalam gegendang telinga Aulia, membuatkan dia memberhentikan keretanya secara mengejut.

Bum!

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now