BAB 10

113 25 4
                                    

  TINGGAL beberapa minggu sahaja lagi Aulia, Nuryn dan Noah akan menduduki peperiksaan SPM. Mereka bertiga sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan besar tersebut dengan mengulang kaji. Pada petang itu, mereka membuat study group di rumah Aulia.

"Jemputlah makan cekodok pisang ni ya." Ibu Aulia mengukirkan senyuman selepas mempelawa mereka bertiga yang sibuk mengulang kaji di ruang tamu. Seraya itu, meletak pinggan yang berisi cekodok pisang di atas meja makan.

"Jangan lupa juga minum air teh yang mak cik buat ni ya." Tambah Ibu Aulia lagi sebelum mengatur langkah untuk ke dapur.

"Terima kasih, mak cik." Ucap Nuryn dan Noah serentak.

Aulia yang tadi  leka membuat latihan mula bersuara, "Eh, tengok apa lagi? Jemputlah makan. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Jangan tak makan pula! Air tu pula, jangan lupa minum!" Aulia pula yang melawa Nuryn dan Noah untuk makan.

Nuryn dan Noah terkejut apabila tiba-tiba sahaja Aulia bersuara.

"Ha, baik-baik." Kata Noah sambil menggaru kepalanya yang sememangnya gatal.

"Eh, Aulia soalan yang ni macam mana nak jawab ek?" Tanya Nuryn lalu dia menghulurkan buku tersebut dan menunjukkan soalan yang dia tidak faham kepada Aulia.

Aulia menerima huluran tersebut.

"Oh, soalan yang ni?"

Nuryn hanya mengangguk.

"Senang je.." Ringkas sahaja Aulia membalas. Lantas dia menunjukkan cara menjawab soalan tersebut.

Tiba-tiba, Noah mendapat idea untuk mengenakan Nuryn. Tanpa Nuryn sedar, Noah sudah pun mengambil pencil box Nuryn.

Kemudian, Nuryn mencari-cari pencil boxnya itu. Noah pula sudah terkekek-kekek gelak apabila melihat Nuryn yang tercari-cari pencil boxnya.

Tidak lama kemudian, Nuryn menyedari bahawa Noah sedang menggelakkannya.

"Woi, beruk!" Jerit Nuryn.

"Ya, pendek. Kenapa? Ada masalah yang menimpa kau ke?" Tanya Noah seperti tidak tahu apa-apa yang telah berlaku.

"Ish, kau tak payah nak berpura-puralah beruk!" Jerit Nuryn lagi.

Noah pula mula melarikan dirinya daripada Nuryn. Nampaknya gunung berapi akan meletus tidak lama lagi.

"Woi, beruk! Kau jangan nak lari eh!" Kata Nuryn lalu mengejar Noah yang sudah melarikan diri daripadanya.

"Alamak! Mak! Tolong! Ada hantu dah mengamuk!" Ujar Noah sambil berlari-lari mengelilingi meja di ruang tamu. Maklumlah, Noah sudah lama berniat untuk tawaf satu meja yang berada di ruang tamu itu cuma Nuryn sahaja yang lalai.

"Apa kau kata?! Aku yang kecik comel macam ni kau panggil hantu? Kau memang nak kena!"

Kini, mula sesi tawaf mengelilingi meja di ruang tamu.

"Woo, woo. Apa ni? Jangan gaduh-gaduh. Mak aku cakap kalau gaduh-gaduh nanti hujung-hujungnya berkahwin. Tak gi tu?" Seloroh Aulia yang sejak tadi hanya diam dan melihat drama tak berbayar yang ada di hadapan matanya.

Gurauan Aulia membuatkan mereka berdua berhenti berlari dan berkejaran.

"Eee, siapa aja yang nak kahwin dengan hantu ni?" Soal Noah sambil jari telunjuknya menuju ke arah Nuryn.

"Eee, aku pun tak teringinlah nak kahwin dengan beruk ni!" Kata Nuryn dengan yakinnya.

"Siapa cakap aku nak kahwin dengan kau?" Tanya Noah lagi.

Nuryn hanya menjelingkan matanya ke arah Noah.

"Sudah-sudah. Baik korang sambung ulang kaji. Lagi bagus." Ujar Aulia lantas menyambung kerjanya.

"Huh! Nah, ambil balik pencil box kau ni, hantu pendek." Noah berkata sambil menghulurkan pencil box milik Nuryn untuk memulangkannya semula.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now