BAB 24

60 16 0
                                    

PUAN Marissa Sofea yang sedang sibuk menyiapkan hidangan untuk makan tengah hari, terus terhenti seketika untuk meneruskan niatnya apabila dia melihat anaknya, Aulia Haura sudah 'bersiap' sambil menuruni satu-persatu anak tangga.

"Eh, Aulia.. kamu nak pergi mana?" Tanya Puan Marissa kehairanan.

Suara milik Puan Marissa menerpa masuk ke dalam gegendang telinga Aulia sehingga dia menoleh ke arah punca suara tersebut. Lantas dia menghampiri ibunya yang berada berhampiran dengan dapur.

"Aulia nak keluar sekejap pergi beli barang sikit. Kenapa ibu? Ibu ada nak kirim apa-apa ke?" Soal Aulia pula.

"Oh. Tak ada," ucap ibunya ringkas.

Aulia mengangguk.

"Kalau macam tu, Aulia pergi dulu ya?" Pamit Aulia. Lantas menyalam tangan ibunya.

"Hati-hati bawa kereta. Kamu tu baru je belajar bawa kereta," pesan Puan Marissa.

"InsyaAllah.."

Seraya itu Aulia segera mengatur langkahnya. Lalu dia bergegas menuju ke arah pintu utama rumah. Lantas dedaun pintu dikuaknya.















FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA















  SESAMPAINYA Aulia di hadapan sebuah mall, dia dengan segeranya mencari tempat untuk memarkir keretanya.

Seusai Aulia memarkir keretanya, lantas dia keluar dari perut kereta dan mengunci keretanya itu.

Selesai sahaja dia mengunci keretanya, dia mengatur langkahnya untuk melangkah masuk ke dalam mall tersebut.

Lalu dia menuju ke arah sebuah kedai yang berada di dalam mall tersebut. Tapi langkahnya terhenti seketika, apabila dia melihat seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis teresak-esak di hadapan sebuah kedai yang selang beberapa buah kedai lagi dari kedai yang ingin dia tuju.

Lantas dia dengan segeranya menghampiri budak perempuan tersebut. Lalu dia melutut dihadapan budak perempuan itu agar ketinggiannya sama dengan budak perempuan tersebut.

"Hei, adik... kenapa awak menangis ni?" Aulia terus melontarkan soalan kepada budak perempuan itu yang masih dalam keadaan menangis teresak-esak. Niatnya hanya ingin menenangkan budak perempuan itu.

Lalu budak perempuan itu memalingkan tubuhnya menghadap Aulia yang sudah melutut dihadapan budak perempuan itu.

"P-papa saya tinggalkan saya.." balas budak perempuan itu sambil mengelap hingusnya yang sudah terkeluar dari hidungnya menggunakan lengan baju.

"Nama awak siapa?" Tanya Aulia lagi ingin tahu nama budak perempuan tersebut.

"Nama sa-saya Iman Haura." Jawab Iman Haura sambil tersedu-sedan.

"Eh, nama kita sama lah.. cuma awak Iman Haura. Nama kakak pula Aulia Haura." Kata Aulia.

"Ok, dah jangan nangis lagi. Kita cari papa awak sama-sama ya.." pujuk Aulia sambil dia mengusap-usap belakang tubuh Iman Haura.

Tanpa dia sedari, ada seorang jejaka sedang menghampiri mereka berdua.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now