BAB 21

74 16 0
                                    

  PUAN Marissa Sofea sedang sibuk membeli-belah disebuah kedai runcit bersama suami, Encik Daaim Adhwa. Tujuannya ke kedai runcit itu, hanyalah ingin membeli bawang merah dan halia. Tetapi lain yang dirancang lain yang dibelinya. Tahu-tahu sahaja ada barang yang tidak diperlukan dibelinya sekali.

"Eh, awak ni. Tadi awak cakap nak beli bawang merah dan halia saja. Ini banyak pula barang yang awak ambil. Bukan diperlukan pun." Biasanya Puan Marissa Sofea yang akan meleter. Tetapi ini Encik Daaim Adhwa pula.

"Alah, awak ni. Sikit je ni. Lagi pun barang yang saya ambil ni perlu dan dekat rumah pun dah nak habis." Balas Puan Marissa kepada suaminya.

"Siapa yang nak bayar banyak-banyak macam ni nanti?" Soal Encik Daaim.

"Ajaklah yang bayar. Saya tolong ambilkan barang je."

Encik Daaim sudah melepaskan nafas berat.

"Berapa?" Tanya Encik Daaim kepada penjaga kaunter pembayaran.

"Semuanya RM35.50 sen," jawab penjaga kaunter pembayaran itu.

Lalu Encik Daaim mengeluarkan sejumlah duit yang disebutkan oleh penjaga kaunter pembayaran itu sebentar tadi. Lantas Encik Daaim menghulurkan duit tersebut.

"Terima kasih, saya beli." Akad jual beli diucapkan oleh Encik Daaim.

"Sama-sama, saya jual."
















FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA


















  SEMASA dalam perjalanan ingin pulang ke rumah, Puan Marissa Sofea dan Encik Daaim Adhwa hanya ditemani dengan bunyi pelbagai lagu yang dimainkan dicorong radio kereta.

Beberapa minit kemudian, sebuah lagu yang dimainkan dicorong radio menerpa masuk ke dalam gegendang telinga Puan Marissa dan Encik Daaim. Lagu yang sedang dimainkan dicorong radio adalah lagu Seiring Sejalan yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi Malaysia yang bernama Sharifah Aini.

"Seiring dan sejalan." Kini, Puan Marissa dan Encik Daaim mula menyanyi.

"Seindah bunga di taman."

"Bak burung nan megah."

"Kanda kupuja."

"Bahagia kita berdua."

Tiba-tiba, Puan Marissa berhenti menyanyi. Dia baru teringat apa yang mahu dia lakukan sebentar tadi.

"Eh, sudah-sudah. Saya sebenarnya call Aulia. Saya rindu sangat dekat dia." Kata Puan Marissa sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangannya.

"Ha, kalau awak nak sambung nyanyi, nyanyikan ya. Yang penting jangan libatkan saya. Saya nak call anak saya ni." Ujar Puan Marissa.

Lantas Encik Daaim terus menyambung untuk bernyanyi.

"Dinda."

"Kanda."

"Burung pun turut menyanyi."

"Tawa."

"Riang."

"Dan cinta mula bersemi."

"La la la la la la la la."

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now