BAB 26

80 16 0
                                    

TANPA Aulia sedari, ada seorang jejaka yang sedang menghampiri mereka berdua.

"Haura!" Jerit jejaka itu dari jauh.

"Suara tu macam pernah dengar tapi.. dekat mana eh?" Hati kecil Aulia sudah pun berbisik menyoal tentang suara yang baru sahaja dia dengari.

Bahkan, Aulia berasa amat pelik kerana jejaka tersebut memanggil namanya. Tetapi dia tetap cuba untuk mengetepikan semua itu. Mungkin jejaka tersebut memanggil nama Iman Haura ataupun boleh jadi juga jejaka tersebut memanggil nama orang lain.

Tiba-tiba, Aulia melihat sepasang kaki yang bersarungkan kasut kulit berwarna hitam sedang berada disebelah kanannya.

Lantas Iman Haura yang berada dihadapannya tadi bergegas lari menuju ke arah jejaka tadi lalu dia memeluk kaki jejaka tersebut dengan seerat-eratnya.

Jejaka itu pula sudah menghulurkan tangannya untuk mendukung Iman Haura. Terus sahaja Iman Haura meleraikan pelukannya.

Kini, jejaka itu sudah pun mendukung Iman Haura. Lalu jejaka itu membuka mulutnya untuk mengucapkan terima kasih kepada Aulia.

"Terima kasih atas kesudian awak untuk memujuk anak saya. Maafkan saya juga atas kecuaian saya sebentar tadi," ucap jejaka tersebut kepadanya.

"Sama-sama." Balas Aulia lalu cuba untuk berdiri.

Sebaik sahaja mendengar suara Aulia, jejaka tersebut terus mengangkat kepalanya untuk melihat wajah milik Aulia.

Aulia berasa begitu terkejut apabila melihat wajah jejaka tadi. Ternyata jejaka tersebut ialah Fawwaz Daiyan.

"Haura? Awak Aulia Haura kan?" Soal Fawwaz yang juga kelihatan terkejut apabila melihat wajahnya.

"Ini anak awak?" Soal Aulia pula. Soalan yang dilontarkan oleh Fawwaz hanya dibiarkan. Entah bagaimana fikirannya boleh terlintas untuk melontarkan soalan itu kepada Fawwaz. Sepatutnya, dia perlu melarikan diri daripada Fawwaz.

"Ya." Jawab Fawwaz ringkas.

Setelah mendengar jawapan dari Fawwaz, Aulia terus bergegas lari menuju ke pintu keluar.

Tanpa Aulia sedari, Fawwaz sudah pun mengejar sosok tubuhnya.

"Haura! Aulia Haura! Stop!" Jerit Fawwaz sambil mengejar Aulia.

"Aulia Haura, tolong berhenti sekejap!" Jerit Fawwaz lagi.

"Eh, lepaslah!" Jerit Aulia pula apabila Fawwaz sudah menggenggam erat tangannya.

"Awak ni kenapa ek?" Tanya Aulia.

Fawwaz diam. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya. Malah genggaman tadi menjadi semakin erat.

"Eh, sakitlah! Lepaskan tangan saya!" Pinta Aulia apabila dia merasakan bahawa genggaman tadi menjadi semakin erat. Fawwaz yang tadinya mengeratkan genggaman tersebut, kini dia melepaskan tangan Aulia sebaik sahaja mendengar jeritan daripada Aulia.

"Haura.."

"Apa!?"

"Tolong."

"Tolong apa?!"

"Tolong dengar dulu, apa yang saya nak jelaskan." Ujar Fawwaz.

"Nak dengar apa lagi?!"

"Tak ada apa lagi yang awak perlu jelaskan dekat saya, Fawwaz." Kini butiran cecair jernih yang ditahan Aulia tadi, berguguran jatuh setitis demi setitis sehingga membasahi pipi mulusnya.

"Maafkan saya, Haura." Pinta Fawwaz yang sudah melutut dihadapan Aulia.

"Maafkan saya. Saya terpaksa. Tolong beri saya peluang kedua?"

Aulia sudah mengemam bibirnya sambil air mata terus-menerus turun menitis membasahi pipinya.

"Awak fikir mudah ke Fawwaz, untuk saya beri awak peluang kedua?"

"Cukuplah, Fawwaz."

"Awak tahu tak, lapan tahun saya tunggu awak. Tahu-tahu je, awak dah ada anak." Kata Aulia sebelum dia mengatur langkah untuk meninggalkan Fawwaz.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now