BAB 34

42 14 0
                                    

  SETELAH Fawwaz bersama anaknya pergi, Nuryn dan Noah melangkah masuk ke dalam bilik Aulia.

Mereka berdua menghampiri ke arah Aulia yang sedang duduk termenung. Kelihatan sungguh jauh pemikiran Aulia sedang melayang. Entah perkara apa yang sedang berada di dalam fikirannya pun tidak tahu.

Nuryn dan Noah sudah memanggil-manggil namanya beberapa kali pun masih sahaja lagi tidak didengari olehnya.

"Aulia? Aulia?" panggil Nuryn ingin menyedarkan Aulia sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Aulia.

Aulia sedar dari lamunannya. Dia memalingkan wajahnya ke arah Nuryn dan Noah.

"Iya, kenapa?" tanya Aulia kebingungan.

"Kau kenapa mengelamun?" soalan dibalas dengan soalan.

"Tak ada apa-apalah." nafi Aulia.

Nuryn mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Erm.. Aulia," panggil Nuryn.

"Iya.." balas Aulia sambil anak matanya tertumpu tajam tepat ke arah anak mata milik Nuryn.

Nuryn yang melihat anak mata milik Aulia yang tepat tertumpu melihat anak matanya, terus sahaja mengalihkan pandangannya.

"Au.. Aulia jang.. janganlah pandang aku macam tu," kata Nuryn tiba-tiba gagap.

Aulia melihat Nuryn seperti  kebiasaannya sebaik sahaja mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Nuryn yang sepertinya sedang kurang selesa apabila dia merenung tajam ke arah Nuryn.

"Ok, dah. Cakaplah apa yang kau nak cakap tadi." ujar Aulia.

"Erm.. macam mana ek nak cakap dekat kau eh?" tanya Nuryn sambil menggaru-garukan kepalanya yang sememangnya sedang gatal itu.

"Ok, Aulia. Macam ni.." Noah mencelah.

"Kita orang nak cakap yang, tolonglah terima Fawwaz semula.." kata Noah sambil matanya memandang ke arah lantai.

"Uhuk! Uhuk! What?!" Aulia tersedar air liurnya dan terkejut akan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Noah sebentar tadi. Dia menggosok-gosok dadanya sambil mencapai air yang berada di atas meja bersebelahan dengan katilnya.

"Aku? Korang suruh aku terima dia semula? Korang berdua buat lawak apa ni? Serius tak kelakar langsung," ucap Aulia sambil tersenyum senget.

"Iya, betul tu. Aku tengok Fawwaz tu bersungguh-sungguh dia pujuk kau. Walaupun kau masih marahkan dia, cakap kasar dengan dia. Dia bersabar saja. Dia tak putus asa untuk ambil hati kau semula." beritahu Nuryn panjang lebar. Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Biasanya dia yang merayu dekat kau kan. Biar kali ini kita orang berdua pula yang merayu dekat kau." ujar Noah.

"Tolonglah, Aulia. Kali ini sahaja. Kita orang merayu sangat-sangat dekat kau agar terima dia semula. Kesian dekat Fawwaz. Dia betul-betul menyesal atas perbuatan dia." rayu Nuryn.

"Dia pasti ada sebab dia yang tersendiri. Apa yang kita semua lakukan pasti ada sebab dan tujuannya yang tersendiri." kata Noah.

"Tak apalah. Kau fikirlah dulu. Kita orang dah nak balik ni." ucap Nuryn.













 
   PADA hari ini, doktor memberitahu bahawa Aulia sudah pun dibolehkan keluar dari hospital. Oleh itu, Encik Daaim dan Puan Marissa datang ke hospital untuk mengambil dan membawa Aulia pulang.

"Aulia, dah siap?" tanya Puan Marissa.

"Dah." jawab Aulia yang baru sahaja keluar dari tandas.

"Kalau dah, jom." ajak Puan Marissa.

Aulia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now