BAB 9

122 27 0
                                    

  PADA pagi yang indah, Aulia bersama Nuryn duduk di kantin sekolah mereka. Aulia yang dari duduk di atas bangku kelihatan sungguh berselera menikmati sebungkus bihun goreng yang dibelinya di kantin. Nuryn pula hanya termenung dan kelihatan agak murung.

"Woi Nuryn!" Sergah Aulia membuatkan Nuryn kembali dari lamunannya.

"Apa woi?! Buat terkejut aku je!" Balas Nuryn geram.

"Kau kenapa murung semacam hari ni?" Tanya Aulia hairan. Kebiasaannya ceria sahaja Nuryn ini, hari ini tiba-tiba sahaja kelihatan agak murung.

"Hm... Kau tahu ta-" Belum sempat Nuryn menghabiskan ayatnya, Aulia mula membuka mulut.

"Tak." Sepatah perkataan sahaja yang diucapkan oleh Aulia. Lalu menyuap bihun goreng tadi ke dalam mulut.

"Kau ni.."

"Apa?!" Tanya Aulia.

"Aku tak habis cakap lagi, lepas tu kau sibuk mencelah. Macam mana kau nak tahu kalau aku belum habis cakap. Geramlah aku dengan kau ni!"

"Oh, kau ingat aku tak geramlah dengan kau. Kau tahu tak-" Aulia belum sempat habis menghabiskan percakapannya Nuryn mencelah.

"Tak."

Bihun goreng yang dinikmatinya dengan penuh berselera dilupakan.

Kini, Aulia sudah mengepal buku limanya. Sabar Aulia. Sabar.

Aulia menarik nafas sebelum menyambung ayatnya, "Aku dari tadi panggil kau, tapi kau tak dengar. Lepas tu apa lagi, aku sergah saja lah kau."

"Ok, ok. Sudah."

"Ok, ceritalah kenapa kau tak ceria pagi ni? Selalunya kau bukan main lagi ceria semacam." Ujar Aulia.

"Kau tahukan tinggal lagi beberapa minggu sahaja nak SPM? Kalau kau macam ni nanti ianya akan menjejaskan result SPM kau."

"Tak lah.. Semalam aku cuma main game saja dengan Si Beruk tu." Luah Nuryn.

Aulia tahu 'Si Beruk' yang dikatakan oleh Nuryn itu. Sudah tentulah Noah itu.

"Kesian dekat kawan beruk tu disamakan dengan Si Noah tu."

"Eh, Aulia. Sekarang, kau dah pandai eh buat lawak.."

"Sekejap. Tadi kau cakap kau main game sahaja kan dengan Si Noah tu? Lepas tu, apa kena mengena dengan kau murung bagai ni?" Tanya Aulia pelik. Nuryn ini memang tak reti nak berterus terang.

"Aku ada buat perjanjian dengan dia. Kalau dia menang main game tu, aku kena belanja barang yang dia. Kalau aku yang menang, dia akan belanja barang apa yang aku nak. Lepas tu, dia menang dan aku pula kalah." Luah Nuryn lagi.

"Ok. Itu sahaja? Apa susah belanja sajalah." Ucap Aulia.

"Tapi masalahnya, barang yang dia minta mahal der."

"Barang apa yang mahal sangat tu?" Soal Aulia.

"Ini kalau aku beritahu kau mesti dah teguk liur." Ujar Nuryn.

"Ha, cakaplah."

"Playstation's."

"What?! Seriously?!" Tanya Aulia terkejut. Ternganga mulut mendengar kata-kata Nuryn. Lantas meneguk liur yang dari tadi tersangkut di kerongkongnya.

"Betullah.. Tak kan aku nak main-main pula. Ada nampak muka aku ni macam tengah tak serious ke?"

Aulia menggeleng, "Mahal tu.."

"Tahu tak apa. Kalau murah tak apa lah lagi, boleh lah aku belikan."

"Ok. Aku tak nak masuk campur eh.." Aulia mengelak.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now