BAB 17

68 17 0
                                    

   PADA suatu pagi yang sangat indah dan udara yang segar, Noah dan Nuryn berada di kantin sekolah untuk menunggu kehadiran Aulia yang belum tiba. Noah bersama Nuryn duduk di sebuah bangku yang berada di kantin tersebut.

Pada hari ini jugalah, para pelajar tingkatan lima mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia mereka. Semua pelajar tingkatan lima tidak sabar mahu melihat keputusan masing-masing.

Tidak lama kemudian, selepas lima minit menunggu kehadiran Aulia, akhirnya sahabat mereka itu tiba jua.

Lantas itu, Aulia pun menghampiri Noah dan Nuryn sebaik sahaja dia melihat dua orang sahabatnya itu.

"Hai, korang! Buat apa dekat sini?" Sapa Aulia lalu melontarkan soalan kepada Noah dan Nuryn.

"Buat apa lagi? Tunggu kau lah," jawab Nuryn.

Aulia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil meng'oh'kan sahaja.

Lalu Noah dan Nuryn bangun dari tempat duduk masing-masing. Seraya itu, mereka bertiga mengatur langkah kaki masing-masing untuk menuju ke destinasi yang mereka ingin tuju.

Aulia, Noah dan Nuryn berjalan seiringan menuju ke destinasi tersebut.

"Eh, korang. Selepas sahaja korang selesai ambil keputusan masing-masing, korang pergi ke kantin tau. Aku tunggu korang berdua dekat sana. Nanti kita buka sama-sama." Ujar Noah kepada Aulia dan Nuryn.

"Ok!" Balas Aulia dan Nuryn serentak.






















FAWWAZ DAIYAN | AULIA HAURA
























   SETELAH Noah sudah mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, dia segera menuju ke kantin sekolah.

Tibanya Noah di kantin sekolah, dia menuju ke arah bangku yang berada di kantin tersebut. Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas bangku tersebut.

Sewaktu menunggu kehadiran Aulia dan Nuryn, Noah duduk sambil menikmati sebungkus air ice lemon tea yang dibelinya di kantin.

Beberapa minit kemudian, Aulia pun tiba. Lalu dia menuju ke arah Noah. Tanpa Noah sedari, Aulia sudah pun berada di hadapannya.

"Eh, Aulia. Dah sampai pun kau." Kata Noah sebaik sahaja dia melihat kelibat Aulia yang sudah melabuhkan punggung duduk di hadapannya.

Aulia hanya mengukir senyuman.

"Nuryn mana? Dia dah ambil ke?" Tanya Noah apabila dia tidak melihat kelibat Nuryn.

"Itu pun dia." Ujar Aulia sambil menunjuk ke arah Nuryn yang baru sahaja tiba. Noah pun memaling ke arah yang ditunjuk oleh Aulia.

Lalu Nuryn segera menghampiri Aulia yang sedang duduk berhadapan dengan Noah.

"Sorry, lambat sikit. Hehe.." Ucap Nuryn yang sudah berdiri tepat di belakang Aulia.

"Tak apa," jawab Aulia lalu bibirnya mengukirkan senyuman.

"Eh, tunggu apa lagi? Jomlah kita buka sama-sama." Ujar Noah.

"Ok, ok." Kata Aulia sambil mengeluarkan keputusannya dari dalam beg yang berada disisinya.

"Satu," Noah mula mengira.

"Dua.."

"Tiga!"

Noah sudah mengukirkan senyuman sebaik sahaja dia membuka kertas tersebut lalu melihat keputusan miliknya itu.

Nuryn sudah terlompat-lompat kegirangan. Dek melihat keputusan miliknya sebentar tadi. Tiba-tiba tingkah laku Nuryn dan Noah terhenti, setelah mereka melihat raut wajah Aulia yang kelihatan seperti tiada sebarang riaksi.

"Eh, Aulia. Kau ok tak ni? Macam mana dengan keputusan kau?" Noah sudah melontarkan beberapa soalan kepada Aulia.

"Haah. Kau ok tak?" Tanya Nuryn pula.

Aulia mengukir senyuman.

"Mestilah ok!" Ujar Aulia lantas memeluk Nuryn seerat-eratnya. Nuryn pula agak sukar untuk bernafas apabila dipeluk oleh Aulia dengan begitu erat. Sebaik sahaja Aulia melihat sahabatnya sudah seperti itu dengan lekasnya dia meleraikan pelukan tersebut.

Nuryn yang sudah dilepaskan, dia dengan segeranya mengambil kertas yang berada di tangan Aulia. Kini, kertas tersebut sudah bertukar tangan.

Mata Nuryn bagai ingin terkeluar dari kelopak mata, selepas sahaja dia melihat keputusan milik Aulia.

"Weh, Aulia! Are you serious?" Soal Nuryn terkejut.

Aulia hanya sekadar mengangguk.

Kertas yang tadi berada di dalam genggaman tangan Nuryn, kini bertukar tangan lagi. Sekarang tangan Noah pula yang memegang kertas tersebut.

Noah pun segera melihat keputusan Aulia. Jatuh rahang Noah sebaik sahaja dia melihat kertas tersebut.

OG | Mrs. Fawwaz DaiyanWhere stories live. Discover now