Note- Cerita waktu umur Kaizo remaja dan Fang kecik lagi. Setelah mereka diselamatkan dan sekarang berada di bawah lindungan TAPOPS.
----
Crack...
Kaizo tersedar dari tidurnya di atas meja apabila dia terdengar bunyi pintu biliknya dibuka dengan perlahan, Kaizo mengerutkan dahinya apabila terkena pancaran cahaya lampu dari lampu mejanya.
"..Hah?.." Kaizo yang dalam keadaan mamai melihatkan ke sekeliling dia.
Ruang biliknya yang gelap dan hanya di sinari oleh lampu mejanya sahaja, dia rasa dia tertidur waktu dia membuat laporan tadi."Abang?" Suara kecil itu yang membuatkan Kaizo terus sedar dan melihat ke arah pintu biliknya.
Seorang budak kecil berumur 5 tahun berdiri di sebelah pintu biliknya, sambil menggosok matanya yang kuyu, dia memeluk bantal peluk dia dengan erat.
"Pang?" Kaizo segera bangun dari tempat duduknya dan terus pergi ke arah adiknya.
"Kenapa ni?" Tanya Kaizo dengan lembut sambil mendokong adik dia.
"..Abang takde dalam bilik tadi...adik takot.." Fang memeluk bantal dia dengan lebih erat lagi. Sebenarnya dia rasa malu, dan dia rasa nak sorok sahaja muka dia daripada abang dia.
"..Ah.." Kaizo baru sedar yang dia dah lama sangat tinggalkan adik dia berseorang, tapi nak buat macam mana laporan yang diberikan oleh Komander masih belum siap lagi jadi dia perlukan lebih banyak masa.
"..Maafkan abang..Pang.." Kaizo minta maaf dekat adik dia dengan penuah kesal, dia berasa bersalah kerana mengabaikan adik dia selama ni, adik dia yang masih kecil.
"Takpe, abangkan banyak kerja..uhm..nak..tidur dengan abang boleh?" Muka comel Fang tak dapat ditandingi dan Kaizo hanya mampu mengalah dengan adik dia.
"Hmm..yelah-yelah...jom kita pergi tidur okey?" Kaizo tersenyum sedikit apabila Fang bersorak dengan gembira, sambil mengusap lembut rambut adik dia.
Sekilas pandang ke arah fail-fail laporan dia yang masih banyak dan belum disiapkan lagi, Kaizo hanya mengeluh sedikit dan membuat keputusan untuk rehat sebentar.
"Abang jommlahh tidurr jomm" Fang tepuk-tepuk muka abang dia sambil senyum nakal.
"Ish budak ni-- gigit kang!" Kaizo buat muka garang pastu buat-buat nak gigit pipi Fang, tapi Fang sempat tampar muka handsome Kaizo.
"Tak boleh tak bolehhh!!"
"GIGIT BUDAK NI--"
Malam ni agak riuh di bilik dua beradik alien tersebut, walaupun mereka selalu bergaduh tapi mereka masih sayang antara satu sama lain..
Selamat Malam.
![](https://img.wattpad.com/cover/337212969-288-k682526.jpg)
YOU ARE READING
Carrot Bro's - Fang And Kaizo
Fiksi PenggemarRandom ideas for our cute, carrots aliens brothers!! Fang and Kaizo.(+ Other gangs too) see them having a brotherly bond and love that we couldn't see! Most might be sad but there's also a happy story in this book!! Do look forward to it!! Note - So...