Pilihan Cerita

285 7 1
                                        

Hai! Para pembaca sekalian~ Harini Author nak pembaca buat undian tentang sambungan cerita Fang dan Kaizo!

Ada tiga idea yang Author dah buat sebenarnya, tapi tak tahu nak sambung yang mana dulu hehe...       (╥﹏╥)

*Author nak try buat Bahasa Melayu banyak sikit sebenarnya hehe...



••••••


1. Racun

[ Nyawa Sebagai Taruhan ]

•°Dalam sebuah misi, Fang terkena racun dari satu pokok yang sangat beracun, dia kena cepat mencari penawar kalau tak nyawa dia akan terancam.

" AAAA!!! TOLONG AKU BOBOIBOYYYY!!! "

" GOPALLL!!! "

Tapi racun tu merebak dengan cepat... masa yang dia ada semakin suntuk

"..haaa...ugh..nantilah aku cari penawar tu..aku kene tolong diorang..HELANG BAYANG!"

Fang terus keluarkan kuasa bayangnya dan pergi ke arah kawasan dimana Boboiboy dan Gopal terkandas dan diserang musuh.

Lengan kiri Fang yang terkena racun tadi diikat dengan kain bagi memperlahankan racun itu merebak.

Kini nyawanya terancam namun dia kena selamatkan kawan-kawan dia terlebih dahulu!

Masa semakin suntuk dan lengan kiri Fang telah membengkak kerana racun tadi, badan dia semakin lemah...nampaknya racun itu telah merebak keseluruh badan, dalam samar samar Fang dapat melihat wajah kawan-kawan dia yang masih lagi melawan musuh.

Keadaan di sekeliling dia semakin gelap.

Adakah dia terlambat?

" FANGGG!!! "

Nampaknya begitulah.



•••••••



2. DreamBot

[ DreamBot ]

•° Dalam sesuatu perlawanan, Fang tidak sempat untuk mempertahankan diri dan lalu dia telah termasuk perangkap musuh dan dipukau dengan kuasa yang digunakan oleh DreamBot.

Mimpi yang ditunjukkan oleh DreamBot amat indah sekali dan ia memberikan kegembiraan kepada Fang, dengan sekelip mata Fang telah berada kembali di rumah lama dia, saat dia dan abang dia masih kecil, saat dimana ibubapa Fang masih hidup lagi.

"Ibu...Ayah...?"

Ya. Ia sangat indah sekali di mata Fang dan dia berharap akan selamanya berada didalam mimpi tersebut...

" Apa yang kau cuba buat!?"

" Kau tahu tak...yang kita boleh kawal mimpi?"

' FANGGG!! '

Tapi kawan-kawan dia perlukan dia.

' PANGGGG!!!! '

Dan abang dia perlukan dia.




•••••••




3. Terbongkar

[ Penyamaran Terbongkar ]

•° Fang sedang menjalankan misi penyamaran secara Solo di sebuah kapal angkasa milik alien jahat yang bernama General Gha'rja.

Fang hanya perlu mencari maklumat mengenai rancangan jahat General Gha'rja, serta mencari maklumat baru mengenai salah satu power sphera yang berjaya ditangkap oleh alien jahat tersebut.

Memandangkan tiada sebarang maklumat yang dapat direkodkan oleh TAPOPS mengenai kuasa power sphera tersebut, Fang perlu 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 berhati-hati dalam misi dia kali ini.








••••••

Hehe ni Author buat saje2 je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hehe ni Author buat saje2 je...kalau nak vote boleh vote dekat nombor. Alright have a nice day~

Carrot Bro's - Fang And KaizoWhere stories live. Discover now