-Bab 1-

1.7K 35 2
                                    

PANG

Bunyi nyaring gelas yang dihempas kuat oleh Azraai menyapa gendang telinga sebaik sahaja Qaisarah sampai ke rumahnya. Keadaan rumah yang seperti tongkang pecah membuatkan matanya terus tertumpu ke arah abang tirinya yang sedang tidak tentu arah seolah mencari sesuatu.

"Abang buat apa ni? Kenapa rumah bersepah macam ni sekali?" Kata Qaisarah sambil menyusun semula barang yang di baling abangnya.

Mata Azraai yang merah memandang Qaisarah dengan penuh marah sebaik sahaja terdengar suara gadis itu. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menuju ke arah gadis itu lalu mencekik leher yang masih bersarungkan tudung itu.

"Mana duit?!Aku nk duit!"jerkah Azraai kepada Qaisarah

"Qa-qai mana ada duit dah abang..duit gaji Qai semua abang dah am-ambik" kata Qaisarah dengan nadanya yang tersekat-sekat.

Dengar sahaja ayat itu keluar dari mulut gadis itu, leher Qaisarah terus dilepaskan. Tangan Azraai terus merampas dan menyelongkar beg Qaisarah yang bewarna biru gelap itu. Tangannya mencapai beg duit dibuka dengan kasar sebelum lelaki itu mengeluarkan Rm 50 lalu mencampak beg duit itu ke muka Qaisarah.

"Ni apa? Daun kering? Kau cuba nak tipu aku ke Qaisarah?" Kata Azraai sambil menunjuk-nunjuk duit itu ke arah muka Qaisarah.

"Tapi duit tu cukup-cukup untuk kita dua makan abang." Balas Qaisarah apabila melihat abang tirinya merampas hasil titik peluhnya sehingga tidak cukup rehat.

"Aku ped- "

Kata Azraai terhenti apabila melihat dua lelaki berbadan tegap yang amat dikenalinya berada di hadapan muka pintu rumah mereka. Seorang dari mereka tidak beralih mata melihat wajah Qaisarah yang jelas cantik Dan manis itu.

"Azraai...hutang kau bila nak bayar?Dah tertunggak sangat ni." Kata seorang lelaki botak sambil berpeluk tubuh.

"A-aku tiada duit lagi Bob sekarang..tapi aku janji aku akan bayar duit kau..betul" balas Azraai dengan nada takut.

Qaisarah hanya mendiamkan diri sambil kakinya menapak kebelakang kerana berasa tidak sedap hati dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Beg yang tadinya dicampak terus dicapai sebelum melangkah laju ke pintu dapur untuk melarikan diri. Namun perbuatan itu disedari oleh lelaki yang memerhatikannya sejak dari tadi.

"Adik kau.." jari lelaki itu ditunding ke arah Qaisarah yang sudah membelakangi mereka bertiga. Azraai dengan pantas berpusing ke belakang melihat adik tirinya itu lalu cepat-cepat menarik adiknya dari melarikan diri. Langkah Qaisarah terhenti apabila tangannya ditarik dengan kasar oleh abang tirinya.

"Kalau aku bagi adik aku kat kau untuk langsaikan hutang aku boleh tak?"

Kata Azraai sambil mencengkam tangan gadis kecil itu.Kedua lelaki itu hanya menangguk tanda setuju. Mata Qaisarah terus tertumpu ke arah abangnya dengan terkejut.

"Abang nak jual Qai? Abang tak ingat ke janji abang pada ayah?!" Nada Qaisarah naik setaraf kerana tidak berpuas hati.

"Aku peduli apa dengan janji busuk tu. Mulai sekarang kau bukan adik aku"

Azraai terus menolak gadis itu ke arah dua lelaki yang berbadan tegap. Badannya terus dipegang kuat oleh kedua lelaki tersebut.

"Lepasni kalau berhutang bayar ..nasib kau baik sebab kau ada adik yang manis ni je". Tangan lelaki itu naik membelai muka cantik Qaisarah.

Qaisarah meronta dengan kuat untuk melepaskan diri namun usahanya gagal kerana kudrat dirinya yang kecil tidak mampu melawan lelaki bertubuh tegap itu. Qaisarah dibawa dua lelaki itu ke satu kelab yang dipenuhi oleh perempuan yang tidak cukup kain. Tubuh gadis itu ditarik kasar sebaik sahaja pintu kereta dibuka. Tanpa membuang masa, dengan kudrat yang ada dia terus melarikan diri.

"Woi!Kejar perempuan tu!"

Arah lelaki bernama Black itu kepada konco - konconya. Qaisarah terus berlari tanpa berpaling ke belakang. Setelah jauh dia berlari, kakinya mula lemah.Lariannya mula perlahan. Dengan suasana yang gelap dan hanya disinari cahaya bulan dia tidak melihat sesiapa untuk memohon pertolongan.Dengan kudrat yang ada dia memaksa dirinya untuk terus berlari sehingga ke sebuah kedai yang kebetulan masih buka pada waktu itu.Sampai sahaja di kedai tersebut dia terus masuk kerana tahu yang sekumpulan lelaki tersebut masih mengejarnya.Kebetulan ada 3 orang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang duduk berbincang di sebuah meja yang terpencil kedudukannya. Kaki Qaisarah laju menapak ke arah mereka lalu menyorok di belakang seorang lelaki berumur 20 an itu tanpa memikirkan tanggapan mereka kepadanya.

"Encik tolong saya..mereka mahu tangkap saya".rayu Qaisara kepada lelaki tersebut.

"Are you okay sweetheart?"soal salah seorang lelaki yang berada di meja itu.

"Apalah kau ni Ammar ..kan dia cakap diorang tu nak tangkap dia" kata seorang lagi lelaki berkaca mata hitam disebelahnya.

Mereka berdua berpusing kebelakang melihat sekumpulan lelaki yang dimaksudkan gadis itu. Dengan serentak mereka berdecit. Black yang sedar akan kelakuan mereka segera menuju ke tempat tersebut. Dia melihat gadis yang dikejarnya berada di belakang salah seorang lelaki di situ, Tuan Hayder Qalish. Seorang lelaki yang cukup dikenalinya.Berwajah ketat, pendiam dan dingin kepada orang lain. Lelaki itu cukup digeruni kerana kekejamannya membunuh orang yang membuat masalah dengannya. Antara boss kepada lelaki yang berdepan dengannya sekarang, Krizz.

"Serahkan budak tu pada kitaorang! Dia bukan milik kau!" Jerkah Black kepada Hayder.

Hayder memandang ke arah Qaisarah yang memegang jaket kulit bewarna hitamnya dengan kuat. Tanpa riak dia memandang semula ke arah Black yang masih menunggu.

Apakah tindakan Tuan Hayder selepas itu?




Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now