-Bab 16-

538 10 1
                                    

"Sayang jaga diri tau masa abang tak ada. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap abang Hans dengan abang Adans tau". Kata Hayder sambil mengusap kepala isterinya yang sedang tercebik itu.

"Abang pun jangan nakal-nakal..kalau Abang Daniez bagitau Qaisarah yabg abang tengok perempuan lain siap abang!" . Balas Qaisarah sambil menunjukkan penumbuk kecilnya. Kalau ditumbuk pada badan sasa Hayder mesti tak rasa apa-apa. Hayder hanya tersengih melihat gelagat isterinya. Tak padan dengan kecik afa hati nak belasah orang. Kemudian, mata Hayder beralih pada dua orang kawannya yang bakal jaga Qaisarah.

"Aku bagi amanah untuk jaga bini aku ni pada korang. Jaga bini aku elok-elok". Kata Hayder tanpa nada. Tiada langsung secalit senyuman bermaksud dia betul-betul serius kali ini. Daniez pula terpaksa mengikutnya ke Itali kerana hanya Daniez yang arif tentang markas-markas di Itali.

"Jangan risaula bro. Kitaorang jaga bini kau elok-elok. Bagai menatang kuah yang penuh". Balas Hans. Perutnya sudah 5 kali berbunyi. Mananya tak berbunyi..seawal 5 pagi dia sudah terpacak di hadapan rumah Hayder untuk membawa suami isteri itu ke lapangan terbang. Tak sempat nak sarapan dahulu.

"Kau ni peribahasa pun salah..bukan kuah tapi minyak". Kata Adans pula sambil menyiku lengan kawannya itu lalu dia menggelengkan kepalanya.

"Lepasni korang pergilah sarapan. Bawa bini aku sekali. Jangan bagi dia minum air sejuk nanti dia sesak nafas. Jangan pesan air yang bersusu untuk dia. Nanti dia sakit perut. Pastikan minuman dia kurang gula. Makanan ringan a big no. Make sure sehari dia makan 4 kali. Nasi kena 1 or 2 senduk je. Jangan lebih". Panjang lebar Hayder menerangkan tentang pemakanan isterinya. Sebelum ni, apa yang isterinya makan semua bawah kawalan dia bagi memastikan kesihatan gadis itu tidak terjejas. Hans dan Adans hanya mengangguk tanda faham walaupun mereka berdua malas mendengarnya.

"Hayder..aku dah aturkan kapal terbang peribadi untuk kita. Kita kena pergi sekarang". Kata Daniez yang baru sahaja sampai. Matanya ralit melihat telefon untuk mengetahui keadaan lokasi yang akan mereka mendarat nanti. Hayder hanya mengangguk lalu memalingkan wajah ke isterinya yang sedang mencangkung di tengah-tengah antara mereka. Air matanya tidak berhenti mengalir dari tadi.

"Baby girl..janganlah nangis. Abang janji abang pergi kejap je..okay?".

"Janji?".

"Janji".  Hayder memberikan senyuman manis kepada isterinya sebelum dia bertolak pergi.  Umbun-umbun isterinya dicium lama.
"Jom". Kata Hayder sepatah kepada Daniez  sebelum kakinya melangkah  pergi. Dia sempat melambaikan tangan ke arah Qaisarah dengan senyuman manis.

"Abang balik cepat!". Jerit Qaisarah dari jauh. Matanya menghantar susuk tubuh Hayder pergi hingga tidak kelihatan lagi.

"Erghh laparnyaaaa! Adans, Qaisarah jom pergi sarapan".  Kata Hans lalu pergi meninggalkan mereka berdua. Adans hanya mengangguk. Matanya beralih ke arah Qaisarah yang masih tercegat di tempatnya. " Nanti dia balik la tu..jangan risau". Kata Adans sebelum tangganya meraih hujung lengan baju gadis itu dan membawa pergi.

••

"Bosannya! Kalau ada abang kan best". Monolog Qaisarah sendiri. Siaran television sudah beberapa kali ditukar.  Dapur sudah 10 kali dia menjejakkan kaki. Tiada apa yang menyeronokkan. Kucing kesayangannya, Mickey sedang tidur nyenyak di tempatnya. Tak dapat Qaisarah bermain dengan kucing itu.
Skrin telefon digerati lama. Tiada sebarang panggilan masuk. "Abang jahat!Abang tinggal Qaisarah!". Jerit Qaisarah seorang diri. Nak minta Hans dan Adans teman di banglo itu takut meniumbulkan fitnah lagi pula hari sudah malam. Rania pula tak ada pada waktu begini kerana ada urusan di kampung.

KNOK!KNOK!

Pintu banglo itu diketuk kuat. Mata Qaisarah terus beralih ke arah muka pintu. "Siapa pula yang datang malam-malam macam ni". Dia bangun dari duduknya lalu menapak ke arah pintu. Dia membuka pintu dengan perlahan namun tiba-tiba sahaja pintu itu ditolak kasar dari luar oleh seseorang sehingga melanggar lengan kiri milik Qaisarah.

"Aduh! Siapa pulak ni!" Baru sahaja dia mahu memarahi orang yang menolak pintu kuat sebegitu, mulutnya terus terkunci sebaik sahaja dia melihat gerangan tersebut.

"Mana anak aku?" . Soal Puan Roselyn dengan nada dingin.

"Eh! mama. Mama sihat?". Tangan wanita itu cuba diraih namun pantas saja ditepis.

"Aku tak pernah mengaku kau menantu aku". Balas Puan Roselyn. Sungguh dia benci akan gadis yang berada di hadapannya itu walaupun gadis itu tidak buat apa-apa kesalahan sekalipun.

"A-abang pergi Itali..ada kerja. Baru pagi tadi gerak mama..". Kata Qaisarah dengan teragak-agak. Wajahnya hanya tertunduk ke lantai. Tidak berani bersemuka dengan wanita tua itu.

"Baguslah..aku nak kau keluar dari rumah ni. Aku taknak tengok kau kat sini. Disebabkan kau ..anak aku dah tak hormat aku sebagai mak dia!". Jerkah Puan Roselyn.

"Ma-mama tu kan dah lepas.. Qaisarah minta maaf..janganlah halau Qaisarah mama..". Qaisarah cuba meraih simpati Puan Roselyn. Dia sudah tak ada apa-apa. Hanya sehelai sepinggang jika dia keluar dari banglo itu. Dia merayu dan melutut di hadapan wanita itu

"Ammar". Sepatah Puan Roselyn menyebut nama seseorang yang amat dikenali Qaisarah.

Ammar?abang ammar ke?Monolog hatinya sendiri.

Wajah yang tadi tertunduk kini diangkat semula melihat gerangan yang dipanggil wanita itu. Alangkah betapa terkejutnya Qaisarah. Lelaki yang dikenalinya berada di belakang Puan Roselyn. Muka sudah tidak seceria dulu. Terdapat parut pada bahagian dahinya.

"Abang Ammar? Abang ke mana sebelum ni? Lama abang hilang." Soal Qaisarah bertubi-tubi. Sejak pergaduhan yang berlaku di rumah Puan Roselyn dan Tuan Harsh, Ammar turut hilang pada masa yang sama. Tiada khabar berita. Jika ditanya pada Hayder, Hans, Daniez dan  Adans, mereka hanya mendiamkan diri.

"Aku bukan abang Ammar kau lagi". Jawab Ammar sepatah. Mukanya sungguh dingin. Lagi dingin dari Hayder. Penampilannya juga turut berubah.

"Ammar ..tarik dia keluar". Arah Puan Roselyn.  Ammar hanya mengikuti apa yang diarahkan. Ammar mencengkam kuat lengan Qaisarah sebelum tubuh kecil itu diheret keluar
Qaisarah cuba melawan  namun dengan kudratnya yang lemah dia tidak mampu berbuat apa-apa. Pengawal yang diarahkan menjaga banglo itu juga hanya membutakan mata dan memekakkan telinga. Mereka lebih takut pada Puan Roselyn berbanding Hayder. Walaupun Puan Roselyn dan Tuan Harsh tidak tahu mengenai kerja haram yang dilakukan oleh anak sulongnya, namun aura yang dibawa oleh Puan Roselyn lebih menakutkan berbanding Hayder. Puan Roselyn memegang kuasa besar. Bila-bila masa sahaja hidup orang yang tidak disukainya hancur. Sama ada dari segi pekerjaan, tempat tinggal, keluarga ataupun kesemunya. Berbeza dengan Hayder. Dia hanya membunuh orang yang tidak disukainya tanpa melibatkan perkara lain.

"Berambus dari sini!". Halau Puan Roselyn. Rayuan Qaisarah tidak dihiraukan. Tepat sahaja Qaisarah dihalau keluar hujan lebat mula turun tiba-tiba sahaja. Puan Roselyn meminta beberapa orang bawahannya menarik Qaisarah keluar dari kawasan banglo itu. Kemudian pagar besar ditutup rapat semula. Qaisarah sudah tidak mampu melawan lagi. Badannya mula lemah. Matanya yang mulai kuyu sempat melihat wajah Ammar yang sedang memerhatikannya dari jauh. Tiada kerisauan langsung di mukanya padahal Ammar adalah orang pertama yang sukai dirinya. Pintu banglo itu kemudiannya ditutup.  Air mata Qaisarah tidak berhenti mengalir. Tubuhnya yang basah kuyup digagahkan juga bangun dan berjalan bagi mencari tempat teduh.

Sampai hati abang Ammar buat Qaisarah macam ni..Hayder..cepatlah balik...
Bisik hati Qaisarah

••

"Kau termenung apa?" . Soal Hans kepada Adans yang dari tadi mengelamun. Secawan kopi diletakkan di atas meja .

"Aku rasa tak sedap hatilah". Balas Adans sebelum dia menghirup kopi buatan kawannya.

"Kau fikir apa? Qaisarah? Ala..dia okay je tu..kalau tak okay mesti dia call kita". Kata Hans lagi yang cuba menyedapkan hati kawannya itu.

"Cuba kau call dia. Tanya dia okay ke tak". Arah Adans dengan wajah yang risau. Dia dapat merasakan seakan sesuatu terjadi di banglo milik Hayder. Hans cuba menghubungi Qaisarah namun tidak diangkat. Dia cuba beberapa kali sebelum menggelengkan kepala ke arah Adans.

"Aku nak pergi tengok dialah". Adans terus bangun dari duduk lalu bergegas ke arah motorbikenya.

"Weh! Tunggu!aku ikut!". Hans sempat menghirup sekali lagi kopi sebelum dia berlari menuju ke arah keretanya. Motor dan kereta itu terus meluncur laju ke arah rumah Hayder.

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now