-Bab 24-

388 10 0
                                    

Pandangan kosong Hayder pada kertas kerjanya sama sekali tidak beralih. Patutnya dia harus menyiapkan atur cara projek yang akan dijalankan di Itali pada minggu depan. Tetapi, otaknya masih berfikir bagaimana dengan isterinya jika dia   bergerak ke Itali nanti. Dalam keadaan isterinya itu yang sedang sarat mengandung yang telah mencecah 4 bulan,  dia semakin berat hati untuk tinggalkan.

"Abang termenung apa tu?" Soal Qaisarah yang baru sahaja masuk ke bilik kerja Hayder bersama secawan kopi panas di tangannya. Perut yang mula kelihatan membesar dipegang  manja.

Hayder terus tersentak dari lamunannya sebaik sahaja ditegur  Qaisarah. Senyuman tipis ditayangkan. "Tak ada apa sayang. Sayang ni.. susah -susah je buat kopi untuk abang. Sayangkan tengah pregnant ..sayang patutnya rehat". Bebel Hayder dengan nada kerisauan. Tangan sasanya naik mengusap perut isterinya.

"Buat air je pun. Tak ada apalah abang". Jawab Qaisarah sambil menepuk lembut bahu suaminya. Terlampau risau..bukan ada apa pun.

Sejak akhir-akhir ni, Hayder semakin mengawasi pergerakan Qaisarah walaupun di rumah. Dia sanggup meminta 6 orang orang bawahannya untuk berkawal pada setiap masa agar isterinya selamat. Sejak dia tahu tentang plan Puan Roselyn untuk menggugurkan kandungan Qaisarah..Hayder semakin bertambah risau. Puan Roselyn bukanlah calang-calang orang tambah pula  dia merupakan ibunya sendiri. Puan Roselyn sanggup buat apa saja demi memuaskan hati sendiri. Itula salah-satu perkara yang menambahkan kerisauan di hati Hayder kini.

"Sayang..I need to go to Itali". Kata Hayder ringas setelah nafas berat dilepaskan. Usapan di perut Qaisarag terhenti seketika.

"Berapa lama?". Soal Qaisarah pula tanpa melihat wajah tampan Hayder. Dalam hatinya, die mengeluh. Kenapa kena pergi Itali sedangkan dia sedang mengandung.

"I don't know. Kerja abang banyak yang tak settle kat sana. Banyak projek yang abang kena handle. Maybe..it takes 2 month I guess". Hayder berkata sambil menatap mata milik isterinya. Dia tiada pilihan lain selain pergi ke Itali. Begitu juga dengan Hans, Daniez, Adans dan Haidar sendiri. Mereka harus mengikuti Hayder untuk menyelesaikan kerja tersebut.

"Abang kerja kat sana sebagai apa sebenarnya?".

"CEO"

"Then.."

"Then? What?".

"Kenapa abang yang kena selesaikan semua kerja tu? Pekerja abang tak ada ke?".

"Sayang..abang ada je pekerja..but I need sayang". Hayder melepaskan keluhannya sekali lagi.

"Fine..pergilah". Qaisarah bangun dari duduknya lalu bergerak keluar dari bilik itu. Semakin berat hati Hayder setelah melihat Qaisarah begitu tadi. Tapi nak buat macam mana? Dia perlu pergi ke Itali juga.

••

Dingin malam membelai tubuh Qaisarah yang hanya dilitupi gaun labuh bewarna merah. Dia menatap kosong pemandangan waktu malam di balkoni mansion mereka. Setelah makan malam sebentar tadi bersama Hayder, dia terus masuk ke bilik dengan alasan nak berehat. Hakikatnya, gadis itu masih merajuk dengan suaminya. Sedang sibuk menikmati angin malam bertemankan bulan yang terang..pinggang ramping Qaisarah dipeluk seseorang dari belakang. Sengaja gadis itu tidak menoleh ke arah gerangan yang memeluknya kerana tau siapakah orangnya.

"Baby girl..are you mad at me?". Soal Hayder lalu membenamkan wajahnya di ceruk leher jinjang Qaisarah. Wangi.
Pertanyaan Hayder hanya dibiarkan tanpa balasan. Mukanya langsung tidak dipalingkan walaupun sedikit.

"Baby girl..janganlah merajuk dengan abang macam ni. Esok pagi abang dah kena gerak dah tau..nanti tak rindu abang ke?". Tanya Hayder lagi. Kalini dia memusingkan sendiri tubuh isteri menghadapnya. Dagu runcing isterinya dipegang menghadap matanya.

"I'm asking you..nak jadi isteri derhaka ke?". Soal Hayder lagi dengan lembut setelah persoalannya dibiarkan lagi.

"Abang tak sayang Qaisarah..abang nak tinggalkan Qaisarah". Balas Qaisarah dengan mulutnya yang sudah tercebik. Tumbin matanya mula menakung air mata.

"Hey sayang..listen okay. I love you so much. Always. I never thought of leaving you. Please don't say it again. That's not true, sayang. Abang janji..abang settlekan kerja abang kat sana cepat-cepat .. then I'll come back to you again. Okay?". Jelas Hayder memujuk isterinya.

"Janji?"

"I'm promise". Ucap Hayder lalu mencium ubun-ubun isterinya. Senyuman manis Qaisarah akhirny terlihat juga. Baru sejuk hati Hayder.

"Dah jom tidur..kesian baby ..mesti sejuk". Kata Hayder lagi sambil mengusap perut isterinya. Qaisarah hanya mengangguk lalu masuk semula begitu juga dengan Hayder.

••

"Abang kat sana jangan nakal-nakal tau. Jangan tengok perempuan lain. Jangan cakap dengan perempuan lain. Jangan makan dengan perempuan lain. Jangan pegang perempuan lain". Warning Qaisarah terlebih dahulu sebelum suaminya berangkat. Hayder tergelak kecil melihat telatah isterinya bebel.

"I wouldn't. Dari tengok perempuan kat sana...lebih baik abang tengok sayang..mengancam..halal pulak tu". Bisik Hayder di telinga Qaisarah. Naik merah muka Qaisarah. Tangan kecilnya terus laju mencubit kuat lengan Hayder. Sasa tak sasa..sekali mak ketam cubit memang sakit.

"GATALL!". Marah Qaisarah lalu terus menuju ke arah Adans dan Hans. "Abang Hans..abang Adans tengokkan abang tauu..kalau dia nakal bagitau Qaisarah terus". Kedua jejakan itu hanya menganggukan kepala sambil tersenyum. Dengan ketinggian Qaisarah yang jauh beza dengan mereka.. bila gadis itu marah terasa comel pula.

"Guys! Flight dah ready. Jom gerak sekarang". Kedengaran suara Daniez yang garau dari jauh. Haidar di sebelahnya hanya sibuk menaip sesuatu di telefon pintar. Sibuk dengan Anisah tercinta la tu.

"Abang pergi dulu ye sayang..jaga diri. Duduk rumah. Jangan merayap. Kalau nak apa-apa minta Izz dan Farz  teman okay". Pesan Hayder buat kali terakhir dengan tatapan tepat ke wajah isterinya.

"Baik abang". Jawab Qaisarah sepatah dengan mulut tercebik seakan mahu menangis. Mananya tak sedih..kena berpisah 2 bulan dengan suaminya ketika dia sedang mengandung anak mereka.

"Izz..Farz..ingat pesan aku. Aku bagi amanah kat korang untuk jaga bini aku. Don't let anyone hurt her or you'll regret". Amaran keras Hayder diberikan kepada dua orang suruhannya yang diarah untuk menjaga keselamatan isterinya. Dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam  itu hanya mengangguk tanda faham. Setelah itu, Hayder kembali menoleh menghadap isterinya. Dia mengusap perut boyot Qaisarah lalu menunduk menyamakan tinggi dengan perut itu.

"Baby..jangan nakal-nakal tau. Jangan susahkan Mummy bila Daddy tak ada ni. Jaga Mummy elok-elok". Kata Hayder dengan lembut seolah dia sedang bercakap dengan anaknya yang dibawa di dalam perut itu. Qaisarah hanya tersenyum melihat suaminya.
Hayder bangun berdiri lalu mengikuti rakannya yang lain bergerak. Tangannya sempay dilambai ke arah isterinya yang masih melihatnya.

"Bye sayang! Iloveyou!" Jerit Hayder dari jauh. Senyumannya jelas kelihatan sehingga menampakkan baris gigi lelaki itu. Qaisarah hanya membalas dengan lambaian. Air matanya sudah mula gugur membasahi pipinya. Matanya menemani pemergian suaminya sehingga hilang dari pandangan. Tanpa sedar, Ammar memerhatikan Qaisarah dari jauh dengan senyuman sinis yang penuh makna. Sudah tiba masanya dia memulakan kerjanya. Bermula dengan menculik Qaisarah terlebih dahulu.

Amira..abang akan tuntut kematian Amira.








Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now