- Bab 7 -

765 19 3
                                    


"Hayder, I'm pregnant ".

"So? why are you looking for me?"

Balas Hayder dengan tatapan membunuh ke arah wanita berumur 23 tahun itu.

"I need your help. Mama and papa tak tahu pasal benda ni Hayder. Please."

Tangan kekar lelaki itu cuba diraih namun Hayder sempat menarik tangannya.

"Balik. Aku taknak tengok muka kau kat sini." Kata Hayder tanpa nada.

" But Hayder I terdesak sangat sekarang. Kandungan ni dah cecah 2 minggu."

"And kau jadikan aku pak sanggup untuk dosa kau tu ?." Hayder tersenyum sinis.

"Aku tak sebodoh kau, Diana. Jangan rosakkan masjid yang baru aku bina".

Kata Hayder lagi tanpa melihat muka wanita itu. Hayder masuk ke banglonya dan terlihat isterinya sedang berbual dengan ibu bapa Diana dengan mesranya. Sungguh pandai gadis itu mengambil hati orang.

"Hayder, mana Diana?" Soal Mama Diana, Puan Rose.

"Dia ada aunty. Kat luar tengah ambil angin."

Balas Hayder dengan senyuman tipis. Walaupun dia tiada apa - apa hubungan dengan anak mereka, dia masih menghormati kedua orang tua itu yang amat baik kepadanya.

"MAMA! PAPA! JOM BALIK! TAK GUNA KITA DUDUK RUMAH NI LAMA LAMA!!." Jerit Diana dari luar banglo itu.

"Haih anak awakla tu." Kata Puan Rose kepada suaminya, Encik Haiqal.

"Anak saya tak terjerit macam tu lah. Hayder, kami balik dulu ye." Kata Encik Haiqal pula.

Hayder hanya mengangguk kepada Encik Haiqal.

"Abang.. tadi tu sapa?" Soal Qaisarah sambil menarik- narik hujung baju suaminya itu.

"Seseorang yang tak penting." Jawab Hayder sebelum matanya beralih ke arah isterinya itu.

"Kau cakap apa je sampai dia mengamuk macam tu sekali?" Soal Hans yang sedang duduk di sofa sambil menonton cerita kegemarannya.

"Takyah kesah pasal dia". Balas Hayder.

Otaknya sudah penat, dia tidak mahu tambah lagi beban di kepalanya. Ammar laju menaip sesuatu di skrin telefon bimbitnya.

"Kau taip apa bukan main laju je tu?" Soal Adans.

"Deniez ni. Dia kata Hayder kena pergi Itali malam ni. Kau faham- fahamla kenapa."

Hayder hanya mengangguk. Pandangan tertumpu ke arah isterinya.

"Nak ikut"

Qaisarah sudah membuat muka sedih. Baru kahwin takkan dah ada kerja.

"Tak boleh. Kau tinggal sini dengan Kak Rania okay?"

Balas Hayder. Kepala Qaisarah digosok untuk memujuk.

"Tapi kenapa?Abang nak jumpa siapa dekat sana?" Soal Qaisarah.

"Aku ada kerja sikit dekat sana." Jawab Hayder pendek.

Qaisarah mencebik lalu naik ke bilik mereka. Merajuk lah tu tak dapat ikut. Hayder mengeluh sendiri.

"Kau nak gerak pukul berapa?" Soal Ammar

"Lepas bini aku tido aku gerakla. Korang tolong packingkan barang aku."
Arah Hayder yang sedang menaiki tangga.

Pintu bilik dibuka perlahan. Kelihatan isterinya sedang membaca novel kegemarannya yang diberi Kak Rania tempoh hari. Hayder naik ke atas katil lalu duduk di sebelah isterinya.

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now