- Bab 8 -

734 18 2
                                    


Qaisarah masih merenung pintu banglo besar itu. Dia masih berharap yang suaminya akan pulang walaupun dia buat perkara yang pada setiap hari selepas suaminya pergi. Sudah hampir sebulan, kelibat suaminya masih tidak muncul lagi. Tekaknya mula berasa haus. Dia bangun dari duduknya dan menapak ke dapur. Namun langkahnya terhenti apabila dengar ketukan pintu. Tanpa berfikir dia cepat-cepat berlari ke arah pintu kerana dia menyangka yang suaminya telah pulang. Dengan wajah yang gembira dia membuka pintu. Senyuman di wajahnya mati apabila bukan suaminya yang berhadapan dengannya..tetapi Diana.
Diana hanya menayangkan muka ketat sebaik sahaja melihat muka gadis itu.

"I nak jumpa Hayder" tubuh kecil Qaisarah ditolak sehingga terjatuh sebelum Qaisarah sempat berkata apa-apa.

"HAYDER!" Jerit wanita itu memanggil Hayder.

Qaisarah bangun dan menayangkan muka seakan mengejek. Suka hati je masuk rumah orang.

"Abang tak ada." Jawab Qaisarah sambil mencekak pinggang.

Wanita itu menoleh melihat gadis di belakangnya.

"Dia pergi mana?" Soal Diana tanpa nada.

"Adalah". Jawab Qaisarah sepatah.

"Eh girl! Kau baru jadi orang kaya dah tunjuk berlagak eh?!" Kepala Qaisarah ditunjal kuat.

Rania yang mendengar kekecohan itu terus menuju ke ruang tamu. Terlihat pergaduhan antara Qaisarah dan Dakia itu. Dia terus menuju ke arah Qaisarah

"Eh Cik Diana. Apa yang cik buat ni?"

Rania melindungi Qaisarah dari terus diserang wanita itu

"Mana Hayder". Soal Diana lagi

"Maaf. Keberadaan Hayder perlu dirahsiakan dari orang luar." Balas Rania.

"Orang luar?! You tak kemal ke I siapa?!" Tengking Diana kepada mereka berdua.

"Eh makcik tak sedar diri. Baliklah. Dahla orang luar senget pula tu. Buat kecoh di rumah orang. Tak tahu malu ke?" Bidas Qaisarah yang berada di belakang Rania.

"Kurang ajar!"

Tangan Qaisarah ditarik kuat oleh Diana. Wajahnya dilempang sehingga meninggalkan kemerahan di pipi gadis itu.

"Sakitlah makcik!" Tengking Qaisarah .

Rania yang cuba menghentikan perbuatan Diana itu juga ditolak dengan kuat sehingga kepalanya terhentak di bucu meja. Akhirnya Rania rebah.

"Kak Rania!" Qaisarah bangun dengan pantas dan pergi ke arah wanita itu. Dia cuba mengejut wanita itu namun tiada tindak balas. Sudahlah dia tinggal berdua sahaja di rumah itu. Maid yang lain sudah pulang ke rumah masing masing. Bodyguard yang diarahkan untuk menjaga mereka berdua juga turut pengsan kerana perbuatan jahat Diana. Wanita itu menutup dan mengunci pintu sebelum dia menyambung melakukan perbuatannya tadi.

"Kau sini!"

Rambut Qaisarah ditarik dengan kuat.
Qaisarah meronta-ronta minta dilepaskan. Apalah nasib. Dulu didera abang tirinya sekarang oleh wanita ini pula.

"Hayder tu aku punya. Kau tau tak kau dah rampas hak aku?!" Jerkah Diana.

Qaisarah hanya memandang Dania dengan pandangan yang lemah. Tubuhnya tidak lagi mampu menahan sakit.

"Apahal pagar rumah terbuka ni?" Soal Hans yang baru sahaja tiba di banglo tersebut bersama Ammar atas arahan Hayder.

"Macam ada yang tak kena je. Mana semua pengawal?"

Hans cepat- cepat memakirkan kereta dan menuju ke pintu banglo tersebut.
Langkah mereka berdua dipercepatkan apabila mendengar jeritan Qaisarah. Ammar sudah siap bersedia dengan pistolnya. Hans pula menendang kuat pintu. Terlihat wajah Qaisarah yang lemah bersama lebam dan darah yang keluar dari tepi bibirnya. Tangan Diana yang ingin menampa gadis itu terus terhenti. Kolar baju gadis itu dilepaskan.

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now