-Bab 19-

483 9 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Qaisarah yang baru sahaja terjaga dari tidurnya terus turun ke bawah. Tiada sesiapa. Hayder, Adans mahupun Hans. Hanya terdapat beberapa orang pembantu  yang sedang mengemas di dapur. Langkah Qaisarah terus menapak perlahan ke dapur menuju ke arah salah seorang pembantu yang sedang mengelap meja.

"Eh Puan Qaisarah. Kenapa turun? Nak apa-apa ke?". Soal pembantu itu sebaik sahaja Qaisarah mendekatinya.

"Akak nampak abang Hayder tak? Qaisarah cari tak jumpa lah..". Balas Qaisarah sambil tertunduk ke bawah.

"Laaa..Tuan Hayder keluar kejap tadi. Nanti dia baliklah. Puan nak makan apa-apa tak? Saya ambikkan".  Kata pembantu rumah tersebut sebelum dia menyambung mengelap meja kembali.

"Tak apa. Nanti saya lapar saya ambil sendiri". Balas Qaisarah pula dengan senyuman manis.

"Assalamualaikum". Terdengar suara garau Hayder memberi salam sebelum masuk ke rumah. Mata Qaisarah terus beralih ke dedaun pintu.

"Abangggg!!!" . Jerit riang Qaisarah lalu terus berlari ke arah suaminya. Badan tegap suaminya dipeluk erat.

"Eh baby girl. Dah sihat ke?." Soal Hayder sambil mengusap kepala isterinya.

"Dah abang! Hehe abang beli apa tu?"
Terlihat satu bungkusan makanan di tangan suaminya.

"Abang beli rojak. Semalam Qaisarah mengigau sebut nak rojak nak rojak.  Tu lah abang beli ni". Balas Hayder lagi sambil membawa bungkusan makanan itu ke meja makan.

"Wahhh!!! Qaisarah nak!!". Baru sahaja tangan kecilnya ingin mencapai bungkusan makanan itu , Hayder terus merampasnya. Qaisarah terus tergamam.

"Rojak ni abang beli untuk orang sakit je. Orang tak sakit tak boleh makan". Kata Hayder  sambil mengangkat tinggi bungkusan itu .

"Alaa abang..Qaisarah nak lah. Pleasee". Mohon Qaisarah. Mukanya sengaja dibuat comel ingin melembutkan hati suaminya.

"Tak. Bo. Leh" .  Sengaja Hayder berkata begitu kerana ingin menyakat isterinya. Qaisarah mula mencebik. Air matanya sudah bertakung tunggu empangan air matanya pecah sahaja.

"Abang tak sayang Qaisarah! Tak nak kawan abang!". Kata Qaisarah sebelum dia berlari masuk semula ke biliknya.
Kesemua pembantu rumah yang menyaksikan adegan itu hanya menggelengkan kepala. Pandai-pandaila kau Hayder..berani buat berani tanggung. Hayder  menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Sejak bila bini dia pandai merajuk macam ni sekali.

••

"Qaisarah...abang ni..bukaklah pintu. Abang bawak rojak ni. Seedaapp". Kata Hayder yang berada di hadapan pintu bilik Qaisarah. Sudah sekian kali pintu itu diketuk namun tidak keluar sebarang tanda pintu itu akan dibuka.
Hayder cuba lagi dan lagi memujuk isterinya. Kelakuan Hayder dilihat oleh Hans dan Adans yang baru sahaja tiba di rumah. Mereka memandang pelik ke arah Hayder.

"Hayder? Kau dah kenapa duduk depan pintu tu? Mengintai bini sendiri ke?". Soal Adans sambil mengcengkak pinggannya seperti mak zaman dahulu memarahi anaknya yang nakal.

"Aku pujuk bini aku. Dia merajuk". Balas Hayder pendek.

"Pujuk?Bini?". Soal Hans dan Adans serentak. Hayder menganggukan pertanyaan mereka.

"HAHAHAHAHAHA!!..Sejak bila kau memujuk orang ni Hayder?." Kata Hans dan Adans serentak lagi. Hayder hanya memberikan jelingan maut kepada mereka. Terus ketawa tadi terhenti.

"Apa pun goodluck weh. Siapa suruh kahwin cepat sangat. Kan dah kena pujuk bini". Kata Hans sebelum berlalu dari situ. Adans hanya tersenyum lalu beredar.

"Baby girl...bukaklah pintu. Abang gurau je. Tengok diorang gelakkan abang". Ngadu Hayder kepada isterinya. Dia sedikit berasa malu apabila ditegur oleh rakannya tadi namun disorok . Hanya senyap sahaja menjadi balasan kepada Hayder.

"Okay!okay! Macam ni. Sayang keluar makan rojak lepastu kita main make up-make up nak tak?". Soal Hayder memujuk hati keras isterinya. Pintu terus dibuka dengan laju.

"Wahh! Betul ke? Kita main make up
- make up?yeayy!!". Qaisarah memeluk erat tubuh suaminya. Pinggan yang berisi rojak itu dirampas dari tangan suaminya dan dibawa ke meja makan. Setelah selesai makan, pasangan itu terus masuk ke dalam bilik mereka.

"Abang cepat duduk". Kata Qaisarah sambil mendudukan suaminya di atas katil. Tangannya pula laju mencapai barang make up yang terletak di atas meja solek."Sayang nak buat apa ni?". Soal Hayder pelik kepada isterinya yang sibuk ke sana ke sini mengambil peralatan solek.

"Abang kan cakap lepas Qaisarah makan rojak tu abang nak main make up-make up dengan Qaisarah..abang lupa ke?". Soal Qaisarah semula. Dia memeluk tubuh tanda mahu merajuk.

"Ouhh haah abang lupa..sorry sayangg. So, mama model untuk make upnye?." Hayder memusing-musingkan kepalanya melihat jika ada anak patung lama di rumah itu yang boleh dijadikan  model.

"Abanglah modelnya".  Jawab Qaisarah sepatah sambil mengeluarkan satu persatu alatan soleknya.

"Ha?!abang? Bukan Qaisarah selalu make up anak patung ke?". Terasa ingin lari dari situ juga. Jika rakannya lihat mukanya diconteng oleh Qaisarah pasti  menjadi bahan lawak untuk mereka.

"Kat rumah ni mana ada anak patung. Jadi, abanglah jadi model Qaisarah! Jom mula!". Kata Qaisarah dengan riangnya . Hayder hanya mampu redha dengan apa yang dibuat oleh isterinya nanti.

••

Mata Hans ralit membaca berita di telefon pintarnya. Adans pula tidak berenggang dari permainan "mobile legend" . Sedang sibuk Hans membaca berita tiba-tiba ada satu panggilan masuk dari Daniez.

"Hello?ha kau nak apa?". Soal Hans  terlebih dahulu sebelum Daniez berkata apa- apa.

"Bertuah betul kawan kau ni! Hayder boleh tinggal aku kat Itali ni sorang-sorang. Nasib Samon bagitau aku. Kalau tak macam mayat hidup aku tinggal kat sini?". Jawab Daniez bertubi-tubi. Sakit hati sungguh dengan perangai Hayder. Langsung tidak memberitahunya yang dia pulang ke Malaysia.

"HAHAHAH kesian betul kau. Sekarang kau kat Itali lagi ke?. Hayder balik sebab ada masalah kat sini". Balas Hans pula.

"Aku dekat Airport sekarang ni. Aku tak kira ..korang kena ambil aku kat sini". Kata Daniez sebelum dia mematikan panggilan begitu saja. Betul-betul marah nampak.

"Macam tu je mamat ni matikan call. Weh Daniez suh kita ambil dia kat Airport sekarang. Tengah angin dengan si Hayder tu". Kata Hans sambil bangun dari duduknya.

"Alaaa..aku tengah main game ni". Mata Adans tidak terlepas dari mobile legend di dalam telefon pintarnya.

"Takde takde..sebelum mamat tu meroyan macam suami hilang isteri baik kita pergi ambil dia sekarang". Jawab Hans sambil menarik baju Adans. Adans yang pasrah hanya mengikuti sahaja kehendak Hans.

"Jap..bagitau Hayder dulu la. Dia dengan bini dia kat atas". Mereka berdua langsung naik ke atas menuju ke bilik Hayder. Tangannya laju memulas tombola pintu bilik pasangan itu."Hayder kitaorang na-.." . Terhenti kata-kata Hans apabila melihat wajah Hayder disolek isterinya. Terhembus segala ketawa mereka berdua.

"Ni bukan Hayder. Ni Hadira! HAHAHAHA!". Gelak Adans sambil menepuk-nepuk dinding di sebelahnya. Sakit perut dibuatnya.

"Abang Hans dengan abang Adans nak apa? Qaisarah dengan Abang Hayder tengah sibuklah". Marah Qaisarah lalu menyambung menyapu blusher pada suaminya.

"Abang Hans dengan abang Adans nak bagitau kakak Hadirah ni yang kitaorang nak pergi ambil abang Daniez kat Airport. Manalah tau kakak Hadirah ni nak ikut..HAHAHA". Kata Hans sambil.mengejek Hayder. Hauder hanya memberikan jelingan tajam kepada mereka berdua. Nasib ada bini dia, kalau tak dah lama dia belasah dua orang budak tu.

"Korang pergilah. Aku nak main make up-make up dengan bini aku". Balas Hayder tanpa menoleh ke arah Hans dan Adans.

"Baik kakak Hadirah". Jawab mereka serentak pula. Mereka terus lari dari situ sebelum ditumbuk oleh Hayder.
Tak guna betul. Tunggu korang nanti. Bisik hati Hayder

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now