-Bab 20-

502 8 0
                                    


Daniez mengerling ke arah jamnagar buat kali ke 5. Tidak muncul-muncul rakannya lagi. Kakinya sudah tidak duduk diam.

"Manalah diorang ni. Aku dahla penat ni". Keluh Daniez seorang diri. Sudah hampir 30 minit dia menunggu di situ. Makannya yang dibeli juga sudah habis. Matanya melilau ke kiri dan kanan lalu terhenti pada 2 susuk tubuh yang sedang menghampirinya.

"Lambat betul sampai. Naik unta ke apa?". Perli Daniez kepada 2 rakannya itu.

"Ala kau ni. Jalan jem la tadi. Memangla lambat".  Daniez hanya memberi jelingan sebagai balasan. "Hayder mana?". Soal Daniez lagi.
Hans dan Adans memandang ke arah satu sama lain sebelum mereka ketawa terbahak sekali lagi kerana teringat akan wajah Hayder yang telah disolek.

"Nanti kat rumah kau taula". Jawab Adans pula.

Daniez hanya menganggukan sahaja. Beg bagasinya ditarik ke kereta diikiti Hans dan Adans.

••

"Abang..bila kita nak balik banglo abang?" . Soal Qaisarah sambil menghadap ke arah muka suaminya.

"Abang beli banglo baru untuk kita okay, baby girl?. Buat masa ni..abang nak Qaisarah duduk sini dulu. Selamat". Balas Hayder dengan senyuman manis kepada isterinya.

"Banglo baru? Kenapa dengan banglo abang tu?. Mama kan..halau Qaisarah je". Kata Qaisarah lagi lalu tertunduk. Sakit bila diingatkan balik.

"Tak ada sayang..abang saja je nak cari banglo baru. Nak yang lebih besar sebab nanti kita akan ada ramai peneman". Hayder cuba menyedapkan hati isterinya. Dia tidak mahu berterus terang yang dia juga dihalau kerana mempertahankan isterinya.

"Ramai peneman? Maksudnya? Abang Adans, Abang Daniez dengan Abang Hans duduk dengan kita". Soal Qaisarah semula dengan wajah pelik.

"Our babies sayang. Kita kan nak ada ramai anak..am I right?". Jawab Hayder  sambil mengelus pipi mulus Qaisarah.
Terus berona merah pipi Qaisarah. Tubuh sasa Hayder ditampar kuat. "Abangg ni!!". Kata Qaisarah sambil menekup mukanya. Sedang rancak mereka berborak, pintu bilik mereka dirempuh seseorang.

"Hayderr!! Sampai hati kau tinggalkan aku kat Ita-.." terhenti ayat Daniez apabila melihat muka Hayder yang serupa seperti seorang pondan.

"Ya allah! Apa jadi kat kawan aku ni. Ni ke masalah yang sampai kau balik Malaysia ni Hayder! ". Kata Daniez lalu terduduk seolah kecewa.

"Kau ni kan..memang tak boleh ketuk dulu pintu ke? Main rempuh je. Kalau aku tengah buat projek , kau rempuh macam tu kesian bini aku tau tak?!". Marah Hayder dengan muka jambunya. Sekali lagi muka Qaisarah berona merah. Hayder ni main cakap je.

"Aku tak sangka yang lepas kau balik Malaysia terus ada keinginan nak jadi pondan". Kata Daniez dengan penuh drama.

"Aku dah cakap jangan ganggu diaorang. Kau ni pun. Dah jum keluar". Hans yang mendengar kekecohan itu terus menarik tangan Daniez keluar .
Hayder dan Qaisarah sama-sama menggelengkan kepala. Cepat-cepatlah mereka pindah rumah. Qaisarah menyambung menghias wajah suaminya yang tampan itu.

Hayder merenung dalam isterinya yang sibuk menyolek mukanya. Mata isterinya yang bulat bersama bulu mata yang lentik menjadi kegemaran Hayder. Matanya turun pula ke bibir munggil isterinya. Terus Hayder menayangkan senyuman. Comel betul isterinya. Tangan Hayder naik mengelus pipi gebu Qaisarah.

"Kenapa abang?". Soal Qaisarah sebaik sahaja bertembung mata dengan suaminya. Tangan yang tadi sibuk menyolek terhenti seketika.

"I love you, baby girl".

"Kenapa tiba-tiba je ni? Abang demam eh" . Tangannya terus mendarat pada dahi Hayder.

"Abang tak demamlah, sayang. Abang cuma nak Qaisarah tau macam mana kuatnya sayang abang kat sayang". Luah Hayder  sambil memegang kedua - dua tangan isterinya.

"Abang tau abang bukan suami yang baik. Abang banyak kelemahan. Abang banyak kekurangan. I can't protect you. Tapi abang janji, selagi abang hidup..selagi tu lah abang akan cuba landing sayang macam nyawa abang sendiri. Sayanglah kekuatan abang. So, please don't leave me okay?". Luah Hayder lagi sambil mengelus pipi putih Qaisarah. Menitik air jantannya.

"Abang..abang  dah jadi suami terbaik dah untuk Qaisarah. Janganla cakap macam tu. Qaisarah tak pernah salahkan abang atau terfikir nak tinggalkan abang. Kalau abang tak ada..Qaisarah tak tau apa nasib Qaisarah sekarang..mungkin..Qaisarah tak sempurna macam sekarang". Balas Qaisarah lalu memegang kedua pipi  suaminya. Air matanya juga menitik namun dilap oleh Hayder.

"Abang! Tengok dah comot dah mascara abang sebab abang nangis". Kata Qaisarah lagi apabila melihat kesan comot di bawah mata Hayder. Hayder hanya tergelak dengan telatah isterinya.

••

"Kau ni Daniez. Kan aku cakap jangan kacau diorang". Kata Hans sambil melabuhkan duduknya di sofa yang empuk. Secawan kopi dicicipnya.

"Dia yang tinggalkan aku kat Itali". Jawab Daniez sambil memeluk tubuh. Matanya melilau mencari Adans di rumah itu.

"Mangkuk ayun sorang tu mana?". Soal Daniez kemudiannya. Hans hanya mengangkat bahu sebagai balasan. Tiba-tiba terdengar kekecohan di laman rumah mereka.

"Tolong!!! Ada makhluk nak gigit aku!". Jerit Adans sambil berlari keliling rumah tersebut. Hans dan Daniez yang terdengar suara itu segera bergegas ke luar. Terlihat Adans sedang berlari laju daripada digigit anak kucing.

"Anak kucing rupanya..ingat kan apa tadi". Hans yang malas mahu melayan terus masuk semula ke dalam rumah.

"Woi! Anak kucing tu aku baru belikan untuk Qaisarah". Jerkah Daniez apabila melihat Adans menolak-nolan kucing itu sehingga bulu yang tadi putih kotor akibat terkena tanah.

"Kau demam apa tiba-tiba  beli anak kucing ni. Qaisarah kan dah ada kucing". Balas Adans pula lalu memanjat kerusi yang berdekatan.
"Kau ambil dia sekarang. Jangan bagi dia dekat dengan aku". Kata Adans lagi.

Hayder dan Qaisarah yang terdengar  kekecohan di bawah terus turun. Wajah Hayder yang tadi disolek dibersihkan terlebih dahulu. Malu kalau dibahan rakan-rakannya lagi nanti.

"Apa yang korang memekik petang-petang ni". Soal Hayder dengan nada serius. Suara tiga sekawan itu sunggu menganggu matanya yang baru sahaja mahu terlelap. Mata Qaisarah yang pada awalnya memerhati Adans dan Daniez terus beralih pada anak kucing yang merenung Adans di atas kerusi.

"Ehh!anak kucing!! Comelnyaaa!!". Jerit riang Qaisarah.  Dia terus berlari ke arah anak kucing itu lalu mengangkatnya.

"Abang Daniez belikan untuk Qaisarah. Kucing Qaisarah kan kat rumah sana. Abang belikan yang baru". Kata Daniez dengan tangan yang dimasukkan dalam poket seluarnya.

" Wah! Thank you abang Daniez!". Kakinya menapak semula masuk ke dalam rumah bersama anak kucing tersebut. "Nak namakan awak apa eh? Emm..Copea?!. Ala tapi awak jantan pula..kalau Remy? Tapi Remy tu pelakon favourite Qaisarah. Takkan nak samakan dia yang hensem tu dengan kucing..tak boleh tak bole.." . Hayder hanya tergelak melihat telatah isterinya bercakap dengan anak kucing itu.






Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now