-Bab 21-

491 13 0
                                    

PRANGG!

Gelas kaca yang berada di tangan Ammar dibaling kuat ke lantai. Anak buah yang berada di kawasan markas itu tidak lagi terkejut. Boleh dikatakan hampir setiap hari Ammar akan membaling gelas kaca kerana tertekan.
Ammar merenung gambar adiknya yang ditampal di dinding biliknya. Sungguh dia rindu akan gadis itu.

"Aku kena balas dendam demi kematian adik aku. Nyawa..dibalas nyawa". Walapun bukan Qaisarah ya g membunuh adiknya, dia tetap ingin membunuh Qaisarah kerana perbuatan abangnya yang tak guna itu. Dia menganggap Qaisarahlah punca semua itu terjadi. Jika Azraai tidak mementingkan nyawa Qaisarah sehingga meragut nyawa orang lain, tak mungkin adiknya akan mati. Tangan Ammar yang sudah berdarah ditumbuk kuat ke dinding. Dia takkan berhenti selagi Qaisarah tidak mati.

"Leon!Hai ottenuto quello che voglio?"
(Leon! Dah dapatkan apa yang aku nak tu?".) Soal Ammar kepada salah seorang orang bawahan yang berasal dari Itali. Pertanyaan itu hanya dibalas dengan satu anggukan. Senjata yang dibeli mereka sudah pun bersiap sedia. Hanya tunggu masa sahaja.

••

"Wah! Ni rumah kita ke abang?" Soal Qaisarah dengan riangnya sebaik sahaja kakinya menapak masuk ke satu mansion yang agak besar.

"Ye sayang. Ni mansion kita. Nasib baik abang pernah beli mansion ni dulu untuk dijadikan sebagai tempat lepak abang". Jawab Hayder dengan tenangnya.

"Mulai harini...Daniez, Hans dan Adans akan tinggal sekali dengan kita. Untuk keselamatan sayang. Abang ada juga upah beberapa orang bodyguard untuk jaga mansion ni". Terang Hayder dengan jelas. Isterinya hanya mengangguk sebagai tanda faham.

"Jom tengok bilik kita". Kata Hayder lalu memeluk pinggang ramping isterinya. Qaisarah hanya mengikuti jejak langkah Hayder. Pintu bilik dibuka Hayder. Terus membulat mata Qaisarah melihatnya. "Wahh!! Besarnyaa! Cantik pula tu! Abang ke yang hias bilik ni?". Soal Qaisarah dengan senyuman lebar.

"Of course la sayang. Abang dah sediakan macam-macam untuk isteri abang ni tau..baju..tuala..barang mandian..baju da-". Qaisarah terus menekup mulut suaminya. "Abang!! Tu semua Qaisarah boleh uruskan sendiri lah". Marah Qaisarah namun mukanya sudah merah menahan malu. Hayder hanya tergelak kecil melihat wajah isterinya. Pipi gebu gadis itu dicubit kuat. "Eeeeee comel betul isteri abang ni. Geram je!". Kata Hayderr sambil melihat wajah isterinya dengan dekat.

"Bila kita boleh duduk sini abang?". Soal Qaisarah sambil melihat-lihat keluasan bilik itu.

"Sekarang pun boleh!". Jawab Hayder dengan yakinnya. "Yeayy!" Sorak Qaisarah lalu turun ke tingkat bawah.
Hayder terus mengejar langkah isterinya. Qaisarah menuju ke arah kolam yang besar di halaman rumah mereka.

"Abang! Jom mandi kolam!". Ajak Qaisarah dengan nada riangnya. Kaki kecilnya sudah dicelup-celup di dalam kolam.

"Baby girl...langit dah mendung dah ni. Esok-esoklah mandi kolam". Kata Hayder sambil memeluk tubuh.

"Alaa abang..Qaisarah teringin nak mandi kolam". Rengek Qaisarah dengan muka comelnya, berharap suaminya akan mengalah.

"I said no. Naik sekarang. Kita nak pergi  beli barang lagi ni. Kejap lagi Haidar sampai". Bebel Hayder serupa seorang ayah memarahi anaknya. Qaisarah mencebik lalu bangun dari duduknya. Dia terus masuk ke dalam tanpa memandang sikit pun muka Hayder. Hayder hanya mampu menggelengkan kepalanya. Nasib dapat isteri kuat merajuk.

Suasana dalam kereta sunyi sepi. Tiada sebarang tanda untuk berbual antara pasangan suami isteri itu. Pandangan Qaisarah hanya dilemparkan keluar. Hayder pula sempat menoleh sekali sekala ke arah isterinya yang dari tadi diam. Tangan kasarnya terus memegang erat tangan mulus isterinya.
"Sayang...marah abang ke?" . Soal Hayder dengan lembut. Soalnnya dibiarkan tidak terjawab. Hayder terus memberhentikan keretanya di simpang jalan. "Sayang..I'm asking you.. are you mad at me?". Soal Hayder sekali lagi dengan keningnya terjungkit.

"Qaisarah nak mandi kolam la..". Jawab Qaisarah lalu menarik tangannya. Hayder menghembus nafas berat. "Baby girl...esok kita mandi kolam okay? Kan kita dah plan nk jemput Haidar datang mansion kita yang baru tu".  Kata Hayder memujuk isterinya. Namun hanya jelingan yang diberikan.

"Yelah..yelah". Jawab Qaisarah lalu menutup matanya. Hayder menggelengkan kepalanya. Sejak dua menjak ni banyak betul ragam dia.

Sampai sahaja di pasar raya, Qaisarah memegang erat lengan sasa Hayder. Matanya memandang barang-barang basah yang tersedia. Setelah diteliti, tangannya terus mencapai 2 ekor ikan siakap lalu di masukkan ke dalam plastik. Hayder hanya memerhati tanpa berkata-kata. " Qaisarah nak masak ikan siakap 3 rasa". Kata Qaisarah sambil  meletakkan ikan tersebut ke dalam bakul. Kemudian dia dan Hayder sambung melihat ke bahagian sayur-sayuran.

••
"Aaaa penatnyaaa..". Keluh Qaisarah sambil melabuhkan duduknya di sofa. Lega sedikit rasa penatnya. "Lepasni nak kena masak pula..penatnya..". Keluh Qaisarah lagi.

"Kalau sayang penat biar abang la masak". Kata Hayder sambil meletakkan barang yang dibeli tadi di atas meja. Langkahnya diatur ke ruang tamu sebelum dia melabuhkan duduk disisi isterinya.

"Eh tak boleh. Nanti abang sepahkan dapur". Balas Qaisarah melarang suaminya menjejaki dapur. Kali terakhir suaminya masak semasa mereka masih tinggal di rumah mereka. Katanya nak buat suprise tapi lain pula jadi. Seluruh dapur bersepah.

"Yela..abang tak sentuh dapur Qaisarah tu". Kata Hayder sambil menayangkan muka selamba. Sengaja perkataan dapur itu. Qaisarah hanya menayangkan senyuman manisnya.

"Dahlah ..Qaisarah nak pergi masak dulu. Abang duduk sini diam-diam. Jangan kacau Qaisarah". Kata Qaisarah lalu bangun dari duduknya. Baru sahaja mahu melangkah, tangannya ditarik Hayder.

"Sayang....nak ikut". Rengek Hayder sambil mencebikkan bibirnya.

"Jangan ngada-ngada. Duduk sini". Kata Qaisarah dengan tegasnya lalu beredar dari situ.

"Amboi..garangnya dia. Ni yang suka kacau ni". Hayder terus berlari menuju ke arah isterinya yang bergerak ke dapur. Mula lah akal panjangnya menganggu isterinya memasak.

*Tarik baju

Tak dilayan

*Cuit pipi

Tak dilayan

*Tumpahkan air

"ABANGG!!". Mengamuk terus  Qaisarah.

"HAHAHAHA!!" . Ketawa Hayder lalu berlari ke tingkat atas. Qaisarah hanya merenung tajam ke arah suaminya. Bersabar je lah.









Sorry kalau tak best🙏🏻kalau nak lagi rajin rajinla bg vote:3




Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now