-Bab 15-

550 9 0
                                    

"Hayder..kau tau kan yang keadaan orang kita kat Itali tengah teruk?" Soal Hans dengan muka yang serius. Pandangan kosong Hayder beralih ke arah Hans yang berada di hadapannya. Dia menganggukkan kepalanya perlahan. Dia memang memikirkan tentang orangnya di Itali tapi dia juga berat hati mahu meninggalkan isterinya sekali lagi. Setelah sekian lama dia tidak menjalankan kerja gelapnya, kini dia perlu melakukannya lagi.

"Aku tak sedap hatilah nak tinggalkan isteri aku. Kau tau kan apa yang jadi kat dia masa aku tak ada." Kata Hayder . Fikirannya sedang berlawan dengan hatinya sendiri. "Aku tau Hayder..tapi orang kita kau Ken fikir jugak". Terang Hans lagi. Dia juga risau akan mereka berdua tapi apakan daya..jika bukan Hayder yang pergi..markas mereka di sana akan hancur.

"ABANGGGG!!!!". Qaisarah jerit sekuat hati dari tingkat bawah memanggil suaminya yang berada di dalam bilik kerja. Perbincangan dua lelaki itu terus terhenti .

"ABANGGGGG!!! TURUN LAH! QAISARAH NAK TUNJUK SESUATU NI!!" Panggil Qiasarah lagi dengan sekuat hati. " Jomlah turun. Bini kau dah panggil dah tu. Sakit telinga aku". Kata Hans lalu bangun dari duduknya. Hayder hanya membuntuti kawannya itu.

"Ye sayang..nak tunjuk apa?". Soal Hayder dengan lembutnya sebaik sahaja dia turun ke bawah. "Ni Qaisarah ada buat kek. Cuba abang dengan abang Hans rasa". Sepinggan kek dihulurkan kepada 2 jejaka itu. Hayder dan Hans memandang antara satu sama lain sebelum mereka menyuakan kek itu ke dalam mulut mereka. Wajah mereka berkerut sebaik sahaja kek itu dikunyah. Masin." Macam mana? Sedap tak? Mesti sedapkan. Qaisarah belajar kat youtube". Kata Qaisarah dengan gembiranya. "Se-sedap..sedap sangat". Kata Hayder dengan wajah yang berkerut. Perut Hans disiku kuat. "Ha-haah sedap sangat. Pandai Qaisarah buat". Kata Hans sambil menahan wajah yang berkerut demi menjaga hati gadis itu.

"Hai guys!" Jerit Daniez yang baru sahaja tiba bersama sepotong kek red velvet. Semua mata tertumpu ke arah Daniez di muka pintu. "Eh wah ada kek jugaklah! Mesti Hayder buat kan. Aku nak rasa!" Kek yang dibuat oleh Qaisarah laju masuk ke dalam mulut Daniez tanpa sempat ditahan oleh Hans. Muka Daniez terus berkerut. "Kek apa ni? Masinnya!" Kata Daniez selepas dia meluakkan kek tersebut kembali. "Kek macam ni pun nak bagi orang makan. Kalau tak pandai buat kek jangan buat haih. Aku dah banyak kali pesan". Kutuk Daniez lagi. Hans dan Hayder sudah menepuk dahi mereka. Mulut Qiasarah sudah mencebik. Matanya sudah bergenang air mata.

"Sampai hati Abang Daniez cakap macam tu kat kek Qaisarah!" Qaisarah terus berlari masuk ke biliknya. Air matanya berjurai membasahi pipi gebunya. Hayder menjeling tajam kepada Daniez yang masih terpinga-pinga. "Pernah ke aku buat kek?mangkuk!. Berani kau buat bini aku nangis". Kata Hayder lalu naik ke bilik mereka bagi sesi memujuk isterinya. "Eh..Hayder tak pernah buat kek ke? Habistu sebelum ni aku makan ke siapa?" Soal Daniez lagi. "Tu kek aku yang buatla bebal. Kau tu makan mana nak tanya dulu. Tau masuk dalam mulut je" Kata Hans dengan jelingan yang tajam. Patutla dulu dia selalu mintak Hayder buatkan kek..rupanya dia ingat kek yang selama ni dia makan Hayder yang buat padahal orang lain yang bersusah payah membuatnya.

••

"Baby girl??... where are you?". Soal Hayder lembut sebaik sahaja pintu bilik mereka dikuak. Kelihatan isterinya sedang duduk di birai katil nangis teresak-esak. Hayder menuju ke arah isterinya lalu melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. "Baby girl..don't cry..Abang Daniez memang macam tu. Nanti abang marah dia ye?" Kata Hayder dengan nada yang lembut. "Kek yang Qaisarah buat tak sedap ke abang..". Soal Qaisarag dengan mulutnya tercebik. "Sedap sayang..cuma kene improve sikit lagi lepastu..Qaisarah dah boleh masuk Masterchef!" Pujuk Hayder dengan lembutnya. Takut juga hati isterinya makin terluka dengan kata-katanya. "Wah! Betul ke?!". Mood Qaisarah semakin baik sebaik sahaja suaminya sebut tentang Masterchef. Impian dari kecil. Hayder menarik nafas lega apabila melihat senyuman isterinya.

Kemudian dia teringat akan kata-kata Hans tadi. "Baby girl..minggu depan abang kena pergi Itali..ada hal kat sana". Kata Hayder sambil mengusap tangan mulus isterinya. "Wah! Itali?! Nak ikut!!". Balas Qaisarah dengan girangnya. "Tak boleh sayang...abang tak boleh bawa Qaisarah..". Balas Hayder kembali. Berat hatinya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
"Alah..abang ni suka tinggal Qaisarah kan..". Mulut Qaisarah sudah cebik kembali. Pandangannya jatuh ke lantai. "Abang pergi kejap je sayang..seminggu je okay?". Kepala isterinya diusap lembut. Ubun-ubun isterinya lantas dicium.

"Tapi..abang ada hal apa kat sana? Takkanlah pasal syarikat abang lagi. Abang ada berapa banyak syarikat sebenarnya". Soal Qaisarah dengan muka yang penuh tanda tanya.

"Adalah..rahsiaa". Nada Hayder seolah mengejek isterinya. Muka isterinya berubah terus menjadi masam lalu terus berpaling. "Alaa merajuk pula isteri abang ni..abang pergi kejap je..nanti bila abang dah balik sini balik kita pergi bercuti..nak tak?". Kata Hayder yang cuba mengambil hati isterinya semula.

"Wah! Kat mana?". Soal Qaisarah dengan terujanya. Matanya seakan bersinar sebaik sahaja dengar perkataan "bercuti".

"Sayang nak kat mana? Fikir dulu. Nanti bagitahu abang okay?". Qaisarah hanya menganggukan kepalanya tanda setuju.

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now