-Bab 26-

484 9 0
                                    

Sebulan kemudian,...

Qaisarah sibuk menilik baju -baju di sebuah kedai yang katanya popular ketika itu. Awalnya dia hanya mahu membeli barang keperluan. Tapi, sebaik sahaja matanya terpana pada kecantikkan baju-baju di situ, kakinya laju sahaja melangkah menuju ke kedai tersebut. Permintaan Qaisarah untuk keluar dari rumah tersebut ditegah Hayder pada mulanya, tapi setelah Qaisarah mengadu yang dia sudah amat bosan duduk di mansion tersebut, akhirnya Hayder membenarkan sahaja buah hatinya itu keluar. Dia mengarahkan beberapa orang bodyguardnya di sana untuk menjaga dan mengawasi isterinya itu.

"Lawanyaa baju ni". Mata Qaisarah seolah bersinar melihat sepasang gaun bewarna putih dan mempunyai kaf bewarna emas kekuningan. Terlihat sangat exclusive di matanya. Dia kemudian meniliti harganya pula.
Terus membulat mata Qaisarah.

"Rm 299.90? Apa yang mahal sangat baju ni". Bisik hati Qaisarah. Dia terus meletakkan baju itu di tempatnya semula. Aimi, iaitu salah seorang bodyguard yang diupah Hayder untuk mengawasi Qaisarah hanya memerhati. Sebaik sahaja Qaisarah keluar dari kedai tersebut diikuti seorang lagi bodyguard yang telah diupah, Aimi terus masuk ke dalam kedai itu lalu membeli baju tersebut. Sudah dipesan dari awal oleh Hayder untuk membelikan apa sahaja yang isterinya mahu.

Selesai sahaja berbelanja, mereka bertiga terus bergerak pulang. Apabila tiba di mansion milik Hayder dan Qaisarah, mata gadis itu tertumpu pada 2 biji kereta Honda yang dipakir bersepah di kawasan kediaman mereka. Pintu mansion itu pula sudah terbuka luas. Aimi dan seorang lagi bodyguard Hayder memandang satu sama lain.

"Nak bagitau Tuan Hayder ke?". Soal bodyguard itu kepada Aimi.

"It's okay. Aku uruskan. Kau panggil yang lain jadikan back up kalau apa- apa jadi". Arah Aimi kemudian matanya beralih pada Qaisarah yang mula ketakutan setelah mendengar apa yang didengarinya tadi.

"Puan Qaisarah duduk dalam kereta kejap ye. Shark akan jaga puan. Saya nak check keselamatan di dalam dulu". Kata Aimi lalu melangkah keluar dari kereta tersebut. Tangannya sudah siap sedia untuk mencapai pistol yang berasa di poketnya.

Shark juga sudah siap mengunci pintu kereta dan memegang pistol miliknya sebagai langkah berjaga-jaga sementara menunggu rakan-rakannya sampai.

"Shark..ada apa ni?". Soal Qaisarah dengan nada cemas. Dia seakan bole membaca apa yang akan terjadi.

"Puan tenang ye. Saya akan jaga puan". Jawab Shark sambil melilau memerhatikan sekeliling.

Tidak lama kemudian, bunyi tembak-menembak menyapa gegendang telinga mereka berdua. Membulat mata mereka apabila melihat Aimi yang tadi masuk ke dalam kini keluar sambil memegang lengannya yang cedera akibat ditembak. Aimi gagah juga lari ke arah kereta mereka lalu masuk ke dalam kereta.

"Call Tuan Hayder sekarang! Cepatt!!". Jerit Aimi sambil meringis kesakitan. Shark terus mencapai telefon lalu menghubungi Tuan Hayder untuk memaklumkan kejadian tersebut. Namun tak diangkat.
Pada masa itu juga beberapa rakan yang dihubungi Shark sebentar tadi tiba di lokasi.

"Kau bawak puan lari dari sini. Tempat ni tak selamat. Puan Roselyn, Tuan Ammar dengan anak buah diorang ada kat sini. Diorang ramai". Kata Aimi lagi.

"Habistu kau macam mana? Kau dah cedera dah ni". Soal Shark lagi dengan nada cemas. Dia mau sahaja membawa Aimi bersama pergi dari situ. Tapi dengan membawa Aimi, larian mereka akan lambat kerana kaki Aimi yang juga cedera. Qaisarah yang mendengar perbualan mereka sudah berasa ketakutan hingga hampir menangis

"Tak apa. Kau pergi je. Bawak puan Qaisarah ke tempat selamat. Biar aku dengan diorang settlekan". Shark hanya menurut perintah lalu membawa Qaisarah pergi dari situ.
Setelah melihat Puan Roselyn dan Ammar keluar dari mansion itu bersama, Aimi bersama rakannya yang lain terus mengalihkan perhatian mereka sementara Shark membawa Qaisarah pergi jauh dari tempat itu. Qaisarah yang sebenarnya takut hanya mampu mengikuti apa sahaja yang diarahkan mereka. Dalam keadaan mengandung, dia terpaksa juga kuatkan diri untuk lari dari situ.

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now