-Bab 17-

499 9 0
                                    

Qaisarah memeluk erat badannya yang kesejukkan itu. Menggigil di perhentian bas berdekatan. Matanya yang mula letih cuba ditahan juga. Perutnya berbunyi berkali-kali. Dia tidak ada duit mahupun makanan untuk dimakan. Bajunya juga tiada ganti. Dia hanya sehelai sepinggang.

Kereta Hans dipandu laju ke arah banglo milik Hayder. Begitu juga Adans. Hatinya makin rasa tidak sedap. Hujan yang membasahi tubuhnya langsung tidak dihiraukan. Sedang sibuk Hans memandu, matanya tertangkap ke arah seorang perempuan yang berseorangan di perhentian bas. Awalnya dia tidak berani untuk ke perhentian itu, tetapi setelah diteliti dengan betul dia seakan mengenali perempuan itu. Matanya terus membulat. Tangannya cepat menekan butang call di screen TV keretanya. Laju sahaja tangannya mendail nombor telefon Adans.

"Hello? Ha Hans asal call ni?. Kan dah nak sampai dah". Kata Adans sebaik sahaja dia menerima panggilan dari rakannya.

"Qaisarah kat bas stop . Cepat datang sini". Balas Hans dengan nada serius lalu mematikan panggilan sebelum Adans sempat menjawab. Hans segera keluar dari keretanya lalu berlari ke arah Qaisarah yang sedang lemah.
"Qaisarah..macam mana boleh ada kat sini?". Soal Hans dengan penuh risau. Dia memegang muka Qaisarah yang memucat itu. Pipi gadis itu ditepuk dengan lembut beberapa kali untuk menyedarkannya.

"A-abang Hans...A-abang Am-ammar..Qaisarah jumpa Abang Ammar..". Kata Qaisarah dengan nada yang kurang jelas akibat badannya yang mula lemah. Hans yang baru tiba terus menuju laju ke arah Qaisarah. Motornya yang tumbang langsung tidak dihiraukan lagi. Jacket yang melekap di badannya terus ditanggalkan lalu menyelimuti tubuh gadis itu.

"Hans, kau bawak dia pergi balik rumah kita dulu. Esok baru panggil doktor peribadi aku datang. Lepastu, kau call Hayder. Aku pergi tengok apa yang jadi kat banglo tu". Arah Adans tegas lalu terus menunggang motorbikenya kembali. terus laju meluncur ke arah banglo milik Hayder. Hans hanya mengangguk akan arahan Adans. Tubuh Qaisarah terus dicempung lalu dibawa ke tempat duduk penumpang di belakang. Lalu, dia terus masuk ke tempat duduk pemandu dan memandu laju ke rumah mereka.

"Woi! Kau bukak pagar ni sekarang!". Jerkah Adans kuat kepada dua orang pengawal di pondok keselamatan. Pengawal tersebut hanya mendiamkan diri lalu membuka pagar buat Adans.
Adans turun dari motorbikenya lalu menuju ke muka pintu banglo itu. Orang bawahan Hayder mula berasa tidak senang duduk melihat kehadiran Adans dengan muka bengisnya.

"Macam mana Qaisarah boleh ada dekat perhentian bas sana?!" Jerkah Hayder kepada salag seorang orang bawahan Hayder. Namun, orang bawahan itu hanya mampu diam dan menunduk. "Aku tanya ni!kau pekak ke?!". Tengking Adans lagi.

"Aunty yang halau. Ada masalah ke?". Jawab Puan Roselyn yang baru sahaja membuka pintu kerana terdengar kekecohan di bawah. Mata Adans terus teralih ke arah wanita itu.

"Kenapa aunty buat macam tu? Dia tu isteri Hayder aunty..menantu aunty sendiri!". Marah Adans namun masih dapat dikawal kerana hormatnya dia kepada wanita itu.

"Dia bukan menantu Aunty". Sepatah Puan Roselyn menjawab. Mukanya sombong mendongak. Mata Adans yang tadi fokus merenung wanita tua itu teralih sebaik sahaja ade susuk tubuh seorang lelaki di belakang Puan Roselyn. Ammar.

"Ammar? Macam mana kau kat sini? Kau ke yang buang Qaisarah macam tu sekali". Soal Adans dengan nada serius. Tidak sangka dia dapat berjumpa dengan lelaki itu setelah sekian lama dia menghilang. "Kau hilang ke mana Mar selama ni!. Asal kau jauhkan diri dari kitaorang?!". Marah Adans dengan muka bengisnya. Namun, muka itu tidak sedikit pun gentarkan hati Ammar. Dia hanya beriak kosong.

"Aku bukan Ammar lagi. Ammar dah lama mati". Ringkas sahaja Ammar menjawab soalan Adans itu. Kemudin dia berpusing dan pergi dari situ. Adans sungguh terkedu dengan jawapan Ammar. Ammar dah mati? Apa maksud dia?.

"Riqi, Sam ..halau dia keluar dari sini". Arah Puan Roselyn pula kepada anak bawahannya. Tatapan Adans ke Ammar tidak beralih dari tadi. Adans cuba memahami apa yang sedang terjadi. Tubuh Adans cuba disentuh oleh dua orang bawahan Puan Roselyn namun ditepis kuat.

"Tak payah! Aku boleh keluar sendiri". Kata Adans dengan bengisnya. Dia terus bangun lalu menaiki motorbikenya dan pergi dari situ. Tanpa sedar air mata Adans menitik. Ammar merupakan kawan rapatnya dari kecil. Motornya laju meluncur ke rumah yang ditempatkan Qaisarah.

••

Sudah ke-10 kali Hans menghubungi  Hayder namun tiada satu pun call yang terangkat. Dia merengus sendiri. Kepalanya serabut. Qaisarah sedang berehat  di dalam bilik tetamu setelah pakaiannya ditukar oleh pembantu rumah mereka, Mak Jah. Nombor Hayder didail lagi.

"Hello?". Hayder menjawab panggilan.

"Ha Hayder! Aku call kau banyak kali asal tak angkat?." Soal Hans dengan nada serabut.

"Aku busy sikit tadi. Ada masalah. Asal kau call?." Soal Hayder kembali.

"Hayder..aunty buat hal. Dia halau Qaisarah dari banglo kau. Qaisarah tengah kat rumah aku ni. Dia lemah sangat ni". Jawab Hans  dengan cemasnya.

"Ha?! Kau jaga Qaisarah aku balik sekarang jugak". Kata Hayder lalu terus mematikan call. Kotnya terus dicapai lalu menuju ke jet peribadinya ditempatkan.

"Hans..macam mana dengan Qaisarah?." Soal Adans  setelah sampainya di rumah itu.

"Dia tengah berehat kat bilik tetamu. Mak Jah jaga dia and Hayder dah on the way balik sini ". Jawab Hans pula. Dia melabuhkan duduknya di atas sofa begitu juga dengan Adans.

"Aku nampak Ammar". Kata Adans sepatah setelah suasana senyap seketika. Mata Hans terus teralih ke arah Adans. "Ammar? Kau biar betul?." Soal Hans dengan riak pelik. Dia susah mahu percaya jika Ammar betul-betul kembali. Sudah lama jejaka itu menghilangkan diri tanpa sebab. "Aku pun tak tahu nak jelaskan macam mana..tunggu Hayder baliklah". Balas Adans sambil mengurut pelapis keningnya. Fikirannya serabut memproses apa yang sedang terjadi.

••

Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Hayder yang baru sampai terus meluru masuk ke rumah Hans dan Adans.
Dia mengetuk pintu rumah sekuat hati.
Hans terus membuka pintu dengan pantas. "Bini aku mana?". Soal Hayder dengan wajah yang penuh kerisauan.
"Dia ada dekat bilik tetamu. Kau pergila tengok dia". Balas Hans pula. Hayder terus berlari menuju ke bilik tetamu. Pintunya dikuak kasar. Terlihat isterinya yang sedang terbaring lemah di atas katil.

"Sayang..abang dah balik ni. Abang minta maaf sebab tak ada masa sayang kena semua tu". Kata Hayder sambil memaut tangan isterinya yang lemah itu. Dia rasa bersalah kerana dia tidak dapat melindungi perempuan yang dicintainya. Baru kejap sahaja dia meninggalkan isterinya, sudah macam-macam terjadi. Air mata jantan lelaki itu mengalir tanpa sedar. Namun dalam hatinya membuak rasa marah kepada orang yang sanggup berbuat decision kepada isterinya.

"Kau rehatlah dulu dengan isteri kau. Teman dia. Soal apa yang jadi biar kitaorang take over dulu". Kata Adans yang kebetulan lalu di hadapan bilik tetamu dan melihat Hayder di situ. "Thanks..apa-apa bagitau aku". Balas Hayder lalu kembali menatap isterinya.  Adans hanya mengangguk dan menutup pintu yang tadinya terbuka kerana ingin pasangan itu berehat. Hayder bangun dari duduknya lalu berpindah ke sebelah Qaisarah. Dia merebahkan badannya di sisi gadis itu. Baru pagi semalam dia meninggalkan isterinya dengan wajah yang ceria, kini isterinya sedang lemah terbaring di sisinya.


















Sorry tak berapa best ..honestly tengah kekurangan idea lately ni🙏🏻. But I'll try my best to give the best!!

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now