-Bab 2-

987 29 4
                                    

"This girl? Come and take her"

Qaisarah melihat Hayder dengan wajah yang terkejut. Dia betul-betul dalam ketakutan sekarang.

"But step on my dead body first"

Riak wajah Hayder bertukar dingin.Irisnya bewarna hijau kebiruan memandang tepat ke arah Black yang sedang berdiri itu. Tiada secalit senyuman yang ditayangkan. Kepala Qaisarah mula terasa berat. Pertelingkahan antara 2 lelaki itu tidak dihiraukannya. Badannya yang lemah tidak lagi berkudrat untuk berdiri lalu Qaisarah rebah serta-mertanya.

"Hayder! Look!" Kata Ammar sambil menunding jari ke arah gadis yang sudah terbaring itu.

"Kau pergi settlekan perempuan tu..biar kitaorang settlekan makhluk tak sedar diri ni" kata Hans yang sudah bersiap sedia dengan senjata api kegemarannya.

Hayder hanya mengangguk lalu mencempung tubuh gadis itu bawa masuk ke dalam kereta audinya. Tubuh gadis itu di baringkan di tempat duduk di sebelahnya. Wajah yang manis itu ditilik terlebih dahulu sebelum dia berpindah ke tempat duduk pemandu. Kereta tersebut dipandu laju ke mansionnya . Setibanya di mansion, gadis itu diangkat dengan gaya bridal style masuk ke dalam mansion itu. 2 orang lelaki bertubuh tegap membuka pintu menjemput kepulangan Tuan Hayder kembali. Ke semua orang yang berada di dalam mansion tersebut terkejut dengan kejutan yang dibawa pulang. Perempuan? Bukan Tuan Hayder ini sungguh anti dengan wanita?. Hayder terus membawa gadis kecil di dakapannya ke dalam bilik yang telah di sediakan. Dia membaringkan gadis itu dengan perlahan sebelum memanggil pembantu peribadinya, seorang wanita berumur 30 an bernama Raini.

"Kak Rania tolong tukarkan baju dan masakkan bubur untuk budak tu" pinta Hayder tanpa nada.

Rania hanya mengangguk dengan pintaaan Hayder. Baju yang berada di dalam almari yang besar itu dicapai. Sepasang pijama bewarna pink kepunyaan arwah adik perempuan Hayder tetap menjadi pilihan. Baginton saiz tubuh Qaisarah sama seperti saiz tubuh arwah adik perempuan Hayder, Hadirah Qalisha yang meninggal setahun lalu akibat dilanggar semasa menemaninya ke pusat membeli - belah. Dahulunya, Hayder tidak sedingin dan pendiam seperti sekarang. Dia seorang yang ceria dan suka menghiburkan orang sekelilingnya. Tetapi, sejak kematian satu-satunya adik perempuannya, dia menjadi seorang yang tidak suka bercakap dan tidak suka bergaul. Dia lebih suka berseorangan jika tiada keperluan untuk keluar. Tambahan pula, ahli keluarganya meletakkan kesalahan kematian Hadirah kepada dirinya sehinga dia menganggap dia punca kematian gadis itu.

Hayder masuk ke dalam biliknya dan duduk di birai katil. Bingkai gambar di tepi katil ditenung lama. Entah kenapa dia merasakan yang dia harus melindungi gadis yang baru diselamatkannya tadi.

"HAYDER!!"

Pintu dibuka kasar bersama jeritan 2 orang lelaki yang sering membuat masalah, Ammar dan Hans. Sahabat baik yang tidak pernah meninggalkannya. Hayder memberikan jelingan maut kepada 2 lelaki yang menerjah biliknya.

"Hayder! Kau tau tak kitaorang dah berjaya bunuh Black!" Kata mereka berdua serentak dengan penuh gembira.

Hayder hanya menutup telinga lalu merebahkan tubuhnya di atas katil. Malas mahu melayan bebelan 2 orang kawannya itu. Hans dan Ammar yang menyedari perbuatan Hayder itu terus menuju ke arah katil. Bantal dicapai lalu memukul tubuh badan Hayder yang terlentang itu

"Hayder kau dengar tak?Kitaorang bunuh Black! Mesti kau tak percaya kan kitaorang dan bunuh raksaksa tu" kata Ammar dengan penuh rasa bangga.

"Sebelum kau dua aku bunuh baik keluar dari bilik aku ni. Aku nak rehat pun tak senang". Kata Hayder sambil menutup telinga menggunakan bantal.

Hans dan Ammar hanya menayangkan wajah sedih. Orang excited dia halau pula!

__________________ ♡ ____________________

Sinaran cahaya matahari mengejutkan Qaisarah dari tidurnya. Matanya memerhatikan tempat asing yang didiaminya. Matanya pula teralih kepada pakaian yang berbeza dengan pakaiannya semalam. Kepalanya dipegang. Perutnya pula terasa amat sakit taktala tidak makan dari semalam.

"Bilik siapa ni?"

Kakinya yang pendek cuba dijejakkan di lantai jubin yang berkilat bewarna kelabu itu. Pintu gelongsor yang perantara bilik dan balkoni itu dituju.
Dengan perlahan pintu itu dibuka lalu kakinya terus menapak balkoni.
Pemandangannya hanyala dipenuhi hutan yang lebat.

"Aku kat mana ni?"

"Kau dah bangun?"

Hayder yang tiba - tiba sahaja muncul bersama dulang yang berisi sepinggan mee goreng dan air suam diletakkan di atas meja bersebelahan sebuah sofa.

"Encik..saya kat mana? Saya nak ba-.."

"Duduk".Celah Hayder tanpa memandang gadis itu.

"Tapi encik-.."

"Duduk". Kata Hayder sekali lagi.

Qaisarah hanya akur dan duduk di sofa . Mee goreng basah di hadapannya buat dia terliur. Sedapnya!. Hayder hanya duduk dan menyuakan mee goreng itu ke arah Qaisarah.

"Takpe encik saya boleh buat sendiri" tolak Qaisarah. Sungguh dia tidak berasa selesa jikan diperlakukan seperti itu oleh orang yang tidak dikenali.

"Makan" sepatah Hayder menjawab

"Tapi- .."

"Makan or aku yang makan kau" kata Hayder tanpa nada.

Qaisarah yang berasa takut hanya mengikuti apa yang dikatakan Hayder. Apalah nasib aku!








Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now