-Bab 27-

696 15 8
                                    

Qaisarah yang baru sahaja terjaga cuba mengangkat  kepalanya yang sakit.  Dia cuba memegang kepalanya pula namun pergerakannya terbatas kerana tangan yang sudah pun diikat. Dia meronta kuat untuk melepaskan diri. Dia kemudian memerhati sekeliling. Tempat yang aneh. Seperti gudang yang sudah terbiar lamanya. Hidungnya juga tertangkap bau hanyir yang kuat sehingga membuatkan gadis itu mahu termuntah.

"Aku kat mana ni..."  monolog hatinya sendiri.

"Dah bangun dah?". Kata Puan Roselyn yang baru sahaja tiba bersama beberapa lagi  orang konconya. Dia tersenyum sinis melihat menantu yang tidak dianggap itu terikat . Wanita tua itu berpeluk tubuh berdiri di hadapan gadis yang terduduk dan tidak berdaya itu.

"Mama...tolong Qaisarah ma..Qaisarah mengandung..tolong ma..". Rayu Qaisarah yang cuba meraih simpati ibu mertuanya yang kejam itu.

"Jangan panggil aku dengan panggilan tu!. Aku jijik ada menantu macam kau. Entah-entah..anak dalam kandungan kau tu pun bukan anak Hayder! Tapi anak kau masa kau s*ndal dengan jantan lain!. Kau saja nakkan kat anak aku sebab kau nak kikis semua harta yang dia ada kan. Senangnya kau bodohkan anak aku tu". Jerkah Puan Roselyn tanpa berlapis walaupun sedikit ayatnya. Terkesima Qaisarah di situ. Sehina itu dia di hadapan ibu mertuanya.

"Qaisarah sayang ikhlas kat abang ma..Qaisarah tak pernah terfikir nak buat macam tu. Ni pun anak kami ma. Cucu mama". Air mata Qaisarah mula menitik .

"Kau ingat aku ni bod*h macam si Hayder tu. Herh. Aku nak kau gugurkan kandungan tu dan minta cerai dengan Hayder". Arah Puan Roselyn tanpa memandang wajah menantunya itu.

"Ma..jangan buat Qaisarah macam ni ma. Qaisarah sayang abang Hayder". Rayu Qaisarah. Pipinya yang gebu sudah dibasahi dengan air mata sendiri.

Puan Roselyn hanya memekakkan telinga dengan rayuan Qaisarah itu. Dia keluar dari gedung itu tanpa perasaan. Kemudian terlihat sosok Ammar masuk ke dalam menggantikan Puan Roselyn. Mukanya yang bengis dan puas melihat Qaisarah sebegitu.

"Dah bangun dah kau rupanya".  Sinis Ammar sambil melabuhkan duduk di sebuah kerusi berhampiran Qaisarah berada".

"Ammar? Kau nak apa dari aku? Lepaskanlah!". Kesabaran Qaisarah mula hilang sebaik sahaja melihat muka lelaki itu. Dia meronta dengan kuat.

"Wow hilang terus panggilan "abang" tu. Dulu bukan main kau hormat aku". Sengaja Ammar tekankan perkataan abang tu.

"Tak ada sebab untuk aku hormat kau lagi. Kau hampir musnahkan keluarga aku! Keluarga kawan baik kau sendiri, Hayder". Geram Qaisarah melepaskan segala isi hatinya.

"Tapi kau bunuh adik aku! Satu-satunya keluarga yang aku ada". Celah Ammar. Tangannya sudah mengepal dengan kuat.

"Adik kau?"

"Ya! Abang kau langgar lari adik aku semata nak selamatkan nyawa kau! Depan mata aku..adik aku kena langgar depan mata aku!. Ingat aku nak maafkan korang berdua?. Selagi aku tak bunuh kau. Aku takkan puas!". Ammar menendang perut Qaisarah dengan kuat."ARGHHH!". Jerit Qaisarah. Dia memegang erat perutnya ketika itu.

"Ammar..cukup. Qaisarah minta maaf. Qaisarah tak tahu apa-apa pasal ni". Rayu Qaisarah. Dia cuba memandang ke arah jejaka yang sedang beriak bengis itu.

"Memang kau tak tahu apa-apa. Tapi abang kau. Dia tahu dia dah langgar orang. Tapi sikit pun dia tak ada niat nak keluar dari kereta tengok siapa yang dia langgar. And now, sekarang dia dah tak  ada. So, aku nak kau ganti tempat dia".

Ammar mengambil kain lalu mengikat mulut Qaisarah. Kemudian dia bertindak mengeluarkan pisau belatinya lalu menikam kaki kiri Qaisarah. Darah yang memancut keluar dinikmatinya. "Sekarang kau dah tak boleh lari".  Qaisarah hanya mampu menangis dan menjerit tanpa suara. Kepala gadis itu kemudiannya ditendang kuat. Terbaring terus tubuh itu. Akibat gegaran di kepalanya, Qaisarah pengsan.

"Padan muka kau. Duduk la kau kat sini". Kata Ammar lalu meludah ke arah Qaisarah tanda benci.

"Bos, Hayder dan yang lain dah gerak balik ke Malaysia". Kata seorang lelaki sambil memegang tablet yang menunjukkan kordinat Hayder berada.

"Persiapkan budak kita. Pastikan Hayder tak jumpa tempat ni terlebih awal. Aku nak enjoy seksa budak malang ni dulu". Kata Ammar lalu menapak meninggalkan tempat tersebut. Tubuh yang terbaring tadi hanya dipandang sebelah mata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now