-Bab 13-

616 13 1
                                    

Suasana di ruang tamu terasa amat dingin. Hayder dan Qaisarah sama-sama mendiamkan diri. Sejak kejadian tengahari tadi, Qaisarah tidak mempedulikan Hayder. Dia hanya banyak termenung seorang diri seakan banyak benda yang berada di fikirannya. Hayder menghela nafas berat. Dia berpusing menghadap Qaisarah yang berada di sebelahnya.

"Baby girl? Marahkan abang ke?" Soal Hayder dengan penuh lembut. Soalan jejaka itu hanya dibalas dengan gelengan.

"Then? Why senyap ni? Bagilah tau abang." Pinta Hayder lagi. Qaisarah beralih pandangan ke wajah suaminya.  Pandangan isterinya yang tenang itu membuatkan Hayder rasa lega sedikit.

"Siapa perempuan yang datang tadi?" Soal Qaisarah tanpa nada. Hayder terdiam sejenak. Macam mana dia nak bagitahu isterinya yang perempuan itu merupakan kawan kecilnya yang amatla rapat. Hayder menarik nafas sebelum dia membuka cerita.

"Nama dia Nadia. Dia kawan abang. Kawan rapat dari kecil. Keluarga abang dengan keluarga dia pun rapat sangat. Tapi masa abang 10 tahun, dia pindah ke luar negara sebab ayah dia ada business kat sana. Sekarang ni, abang kerjasama dengan syarikat ayah dia. Dato Hazry. Kebetulan minggu ni Dato overseas.. so Nadia yang ambil alih tugas dia." Terang Hayder dengan sayunya. Sebolehnya dia tidak mahu isterinya tahu tentang Nadia. Dia dan Nadia sama-sama pernah meninyimpan perasaan ketika kecil dahulu. Tapu sekarang Nadia tu cuma masa silamnya sahaja.

Qaisarah hanya mengangguk kecil setelah mendengar penerangan dari suaminya." Kenapa abang tak terus terang je dari awal.. mati-mati Qaisarah ingat dia tu ex girlfriend ke..ex tunang ke.. tak pun scandle abang!" Soal Qaisarah dengan penuh rajuknya.

"Sorrylah baby girl..lepasni apa-apa abang akan bagitahu baby girl dulu okay?" Pujuk Hayder sambil mengusap tangan lembut isterinya.

Tuk!Tuk!Tuk!

Pintu banglo mereka diketuk kuat dari luar. Seperti nak roboh banglo itu.

"Baby girl..naik dulu pakai tudung" arah Hayder sebelum kakinya menapak ke pintu utama. Qaisarah hanya mengakur arahan suaminya. Entah siapa yang datang malam-malam buat ni.

Hayder membuka pintu banglonnya. Terpampar wajah Hans, Daniez dan Adans. Hayder menjulingkan bola matanya ke atas.

"Dah kenapa ketuk pintu aku ni sampai nak roboh ni? Tak reti nak bagi salam?" Kata Hayder dengan nada dingin. Ingatkan siapa tadi yang datang ke rumahnya. Baru je nak bermanja dengan isteri..dah kene kacau.

"Alaa saja datang..kitaorang bawak pizza! Jom makan!" Kata Daniez dengan riangnya sambil menunjuk 2 plastik kotak pizza yang berada di tangannya. Daniez orang pertama yang menapak masuk. Hans dan Adans hanya menggelengkan kepala mereka.

"Hayder! Mana sweetheart aku?!" Jerit Daniez dari dapur yang sedang lincah mengambil pinggan untuk dibuat alas makan.

"Siapa sweetheart kau?" Soal Hayder kembali lalu melabuhkan punggungya di sofa.

"Qaisarah lah!" Balas Daniez kembali.

"Fu*k! Itu bini aku! Kau dah lama hidup ke?!" Jerkah Hayder . Berani betul panggil bini orang sweetheart.
Daniez hanya menayangkan sengihan kecil.

"Abang?siapa tu?" Soal Qaisarah yang baru sahaja turun bersama tudung yang sudah siap tersarung di kepalanya.

"Ada beruk datang rumah ni" Balas Hayder  sambil menjeling ke arah Daniez yang membawa pinggan ke ruang tamu.

"Qaisarah jom makan! Abang  ada bawakkan pizza ni" Kata Daniez lalu meletakkan pinggan yang dibawanya tadi di atas meja.

"Qaisarah nampak macam berisilah. Mengandung ke?" Seloroh Hans berkata. Wajah Qaisarah terus bertukar merah. Hayder hanya tersengih kecil.

"Ma-mana ada abang Hans..Qaisarah tak mengandung pun" jawab Qaisarah dengan tergagap-gagap. Tingkah laku Qaisarah membuatkan Hayder hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Comel!.

"Hayder..kau dengan Qaisarah tak malam pertama lagi ke?" Soal Adans pula. Belakang kepala jejaka berjaket hitam itu ditepuk.

"Apalah kau ni Adans..straight sangat cakap..kesianla Qaisarah tu..cakap kene bertapis..contohi aku ni" kata Hans dengan bangganya sebelum matanya beralih ke arah Hayder kembali.

"Haah Hayder..kau dengan Qaisarah tak buat anak lagi ke?" Soal Hans pula. Kind kepalanya pula ditepuk kuat oleh Adans. Membulat terus mata Qaisarah sebaik sahaja mendengar soalan Hans itu.

"Kau pun 2×5 tau. Bertapisla konon" perli Adans lalu memberikan jelingan tajam. Daniez tidak mempedulikan mereka. Dia hanya sibuk menjamah pizza yang berada di pinggannya.

"Kalau ada rezeki adalah tu" jawab Hayder ringkas. Dia tahu isterinya tidak selesa dengan soalan seperti itu. Qaisarah hanya mendiamkan diri lalu duduk bersebelah dengan suaminya. Hayder meletakkan sepotong pizza di atas pinggan lalu beri kepada isterinya.
"Nah..makan elok" kata Hayder lembut kepada isterinya.  Tangannya naik mengosok kepala gadis itu yang dibaluti tudung.

"Ha kau ni Daniez. Datang rumah aku untuk makan je ke?" Soal Hayder sambil mensuakan sepotong pizza ke mulutnya.

"Aku rindu Qaisarah lah" sepatah Daniez menjawab sambil mengunyah pizza yang berada di dalam mulutnya. Tangan Hayder laju menepuk kuat leher lelaki itu. Qaisarah tersedak terus apabila mendengar kata-kata Daniez.
"Kau cakap lagi kau rindu bini aku..aku kerat jari kau tu". Amaran Hayder itu hanya dibalas dengan jelingan tajam dari Daniez.

"Aku gurau je lah. Adalah benda nanti kita kena bincang. Kau nak ke bincang kat sini. Bini kau ada kan?" Balas Daniez menyuakan pizza yang kelima kemulutnya.

"Oi Dan! Kau memang nak lahap semua kotak tu ke?!" Terbeliak mata Hans apabila melihat separah kotak besar hampir dilahap semua oleh Daniez. Cakap nak makan sama-sama. Ni dia je dah 5 keping. Tu pun boleh sumbat lagi tu.

"Korang lambat sangatlah. Aku dahlah lapar" kata Daniez lalu ingin mencapai pizza keenamnya. Haydet menjulingkan biji matanya." Dah korang makan cepat nanti kita bincang dalam bilik kerja aku" kata Hayder sambil mengelap mulut isterinya yang comot itu. Qaisarah menayangkan muka comelnya.

"Korang kalau nak bersweet kat sini tak payah eh..aku dah cukup suci untuk tengok semua benda benda tu" kata Daniez dengan mulutnya yang penuh dengan pizza. Habis tersembur sisa makanan keluar dari mulutnya."Eeeee!kau ni Daniez tak boleh makan elok sikit ke? Tersembur macam air pancut!" Marah Hans sambil membersihkan bajunya yang terkena sisa makanan dari mulut Daniez. Hayder hanya menggelengkan kepalanya.

"Abang...abang ada sorok apa -apa dari Qaisarah ke? Why abang selalu mengelak bincang bila ada Qaisarah? Abang ada perempuan lain ke?" Soal Qaisarah bertubi-tubi. Entah mengapa dia merasakan yang suaminya menyimpan 1000 rahsia darinya." Baby girl..you know that Im only love you right?why cakap macam tu?" Jawab Hayder dengan lembut sambil memegang dagu runcing milik isterinya. "Habistu? Kenapa abang taknak bincang dekat sini je?" Soal Qaisarah lagi. Hayder mengalihkan matanya ke arah  3 orang rakannya. Mereka bertiga hanya membalasnya dengan gelengan tanda tidak tahu.
Hayder mengeluh sendiri. Adakah dia perlu beritahu kepada isterinya tentang sisi gelapnya tau membiarkan soalan itu tergantung begitu sahaja.

"One day love, one day.." bisik hati Hayder sendiri sambil merenung tepat ke mata isterinya yang masih terpinga. Waktu sekarang ni waktu yang tidak sesuai memandangkan mereka baru sahaja berbaik. Biarlah dia beritahu sendiri apabila sudah bersedia sepenuhnya.

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now