-Bab 18-

477 10 0
                                    


" Macam mana dengan isteri aku Aiman?." Soal Hayder kepada doktor peribadi Adans yang merawat Qaisarah. Mukanya kelihatan risau.

" Badan dia tengah lemah sangat sekarang ni dan suhu badan dia pun tinggi. Biarkan dia berehat selama beberap hari ni. Untuk luka pada kakinya  tu, aku akan jahit petang nanti". Balas Aiman sambil mengemaskan barang-barangnya.

"Luka?." Soal Hayder sepatah .

"Ye. Kaki dia mungkin terseret pada tempat tajam. Lukanya agak dalam". Kata doktor Aiman sebelum dia pergi dari situ. Hayder menatap isterinya yang terbaring. Seluar isterinya diselak sedikit bagi menampakkan luka yang disebutkan tadi. Luka tersebut dibalut terlebih dahulu agar tidak dijangkiti sementara menunggu masa untuk dijahit.

"A-abang? Abang dah balik?." Qaisarah yang baru sahaja terjaga cuba membuka mata  melihat suaminya itu.

"Yes baby girl, it's me.. Abang minta maaf sebab sayang kena hadap semua ni ". Hayder mengenggam erat tangan isterinya.

"Qaisarah lega abang dah balik. Qaisarah rindu abang..". Mulutnya dicebikkan. Tubir air mata sudah bergenang. Sedikit demi sedikit air mata mengalir. Namun dilap oleh Hayder.

" It's was my fault. I can't take care of you." Kata Hayder lagi sambil menatap wajah isterinya yang pucat. "Dah sayang tidur dulu, abang ada benda nak bincang dengan Adans dan Hans". Qaisarah hanya mengangguk sebagai balasan. Hayder mencium ubun-ubun isterinya sebelum dia meninggalkan bilik itu.

••

"Ha Adans, Hans..apa yang korang nak cakap kat aku tu?" Soal Hayder tanpa nada. Kakinya menuju ke dapur bagi mendapatkan segelas air. Tekaknya betul-betul kehausan.

"Ammar..". Jawab Hans sepatah. Tegukkan air tadi terus terhenti. Gelas diletakkan di atas meja.

"Ammar?". Soal Hayder lagi dengan serius.

"Dia terlibat dalam kes bini kau ni, Hayder. Dia yang tarik bini kau keluar dari banglo kau tu." Kata Adans pula. Mata Hayder terus membesar. Kawan baiknya sendiri sanggup berbuat demikian.

••

Ammar melemparkan pandangannya keluar tingkap. Sudah 10 tahun sejak kematian adik perempuannya, Amira, dia tidak putus asa  mencari pelaku yang membuat adiknya meninggal kerana dilanggar lari. Di depan matanya, dia menyaksikan adiknya dilenyek oleh kenderaaan yang dipandu laju oleh seseorang. Satu-satunya adik kesayangannya pergi dengan begitu tragis.

_________________________________________
4 bulan yang lalu...

"Ha Hans kau nak pesan apa tadi? Aku baru nak gerak dari rumah ni". Soal Ammar di dalam satu panggilan telefon bersama rakannya, Hans.

"Aku nak pizza beef  spicy!! Jangan lupa kek red velvet Qaisarah sekali!". Jawab Hans di dalam panggilan itu.

"Okay okay. Jumpa nanti!". Balas Ammar sebelum dia meletakkan  panggilan. Dengan muka yang cerianya  dia mencapai kunci motornya lalu bergerak ke pintu rumah. Namun langkahnya dihentikan seseorang.

"Boss..kami ada sesuatu nak cakap kat boss. Kami dah jumpa pelaku yang melanggar adik boss, Amira. Ni maklumat tentang orang tu." Orang bawahan Ammar menyerahkan satu dokumen yang berada di dalam sampul. Hati Ammar berdebar-debar membukanya. Matanya terus berkerut melihat nama yang tertera pada helaian kertas tersebut.

"Muhammad Azraai bin Zulkifli. Asal macam pernah dengat nama ni." Monolog hatinya sendiri. Dia cepat-cepat mengeluarkan telefonnya lalu mencari info yang dikumpulkannya untuk diberi kepada Hayder. Menurut maklumat yang dikumpul oleh  orang suruhannya, adiknya dilanggar ketika Azraai tergesa kerana membawa Qaisarah ke hospital ketika nyawa adiknya berada di hujung tanduk. Sungguh dia tidak menyangka. Pelaku yang melanggar adiknya merupakan abang kepada isteri kawannya, Qaisarah. Dia menggepal penumbuknya sekuat hati.

"Rafiq..cakap dekat Hans yang aku tak jadi datang". Arah Ammar dengan muka bengisnya lalu naik ke tingkat atas. Dia menjadi tak tentu arah. Keluarga pembunuh adiknya betul-betul dekat dengannya.

"Nyawa..di balas nyawa". Bisik Ammar sendiri. Dia bercadang untuk berpindah Amerika Syarikat untuk bertenang dan membuat persiapan membalas dendam. Dia menukar nombor telefonnya kerana tidak mahu Hans, Hayder ,Adans dan Daniez  menganggunya.
_________________________________________

"Ammar? you termenung apa?". Soal Puan Roselyn yang baru sahaja tiba di meja makan.

"Tak ada apa aunty..saya cuma penat sikit". Balas Ammar lalu menayangkan senyuman segaris. Puan Roselyn hanya tersenyum . "Aunty..Hayder tak datang sini ke? Yelah.. ni kan banglo dia". Kata Ammar lagi. 

"Walaupun ni banglo dia..aunty tetap ada hak sebab dia an-.." . Kata-kata Puan Roselyn terhenti apabila pintu banglo itu diketuk kuat. Salah seorang pembantu Hayder terus membuka pintu itu . Terpampar wajah bengis Hayder di hadapan pintu .

"Hayder tak sangka mama akan buat Qaisarah macam tu sekali. Dia isteri Hayder!!". Jerkah Hayder  kepada Puan Roselyn. Namun wajah Roselyn masih terlihat tenang.

"Mama tak pernah terima dia sebagai menantu mama. Kenapa Hayder degil sangat? Apa yang perempuan sundal tu buat sampai Hayder berani melawan mama macam ni?!". Suara Puan Roselyn naik setaraf. Hatinya sakit melihat perangai anaknya berubah begitu sekali.

"Perempuan sundal yang mama cakap tu isteri Hayder! Menantu mama! Macam mana pun mama nak pisahkan kami berdua, datanglah banyak manapun perempuan yang mama hantar tu.. Hayder tetap akan pilih Qaisarah sebagai isteri Hayder. She's the only one ". Balas Hayder kembali. Matanya kemudian beralih ke arah susuk tubuh yang berada di belakang Puan Roselyn. Makin bertambah amarahnya apabila teringat apa yang dikatakan oleh Adans . Hayder terus meluru ke arah Ammar lalu mencengkam kolar lehernya.

"How dare you, Ammar. Yang kau campak tu bini aku!". Hayder terus melayangkan tumbukan yang kuat di muka Ammar sehingga dia terbaring.

"Sepatutnya..aku tak campak bini kau..aku bunuh terus!". Muka Ammar ditumbuk sekali lagi dengan kuat.

"Apa kau cakap ni ha? Kenapa kau berubah macam ni sekali lepas kau hilang tiba-tiba?!". Kolar baju Ammar dicengkam kembali.

"Bini kau tu dari keluarga pembunuh!." Jerkah Ammar lagi. Hayder melayangkan penumbuk berkali-kali ke muka Ammar.

"Pengawal! Hentikan dia!". Arah Puan Roselyn dengan segera apabila melihat anak bujangnya bertumbuk dengan Ammar. Tubuh Hayder terus ditarik dan di bawa keluar.

"Kalau kamu macam ni lagi, kamu jangan balik ke banglo ni. Jangan lupa..banglo ni pun  hasil pemberian mama dan papa!". Kata Puan Roselyn kepada anaknya. Begitu saja Puan Roselyn membuangnya. Hayder terus menaiki motornya lalu beredar dari situ kerana tidak tahan. Amarahnya membuak-buak. Tapi, otaknya masih memikirkan apa yang dikatakan oleh Ammar . Keluarga pembunuh?.



Hopefully you guys like it! Jangan lupa vote tauu!! Thankies


Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now