-Bab 4-

908 26 1
                                    

Hayder sudah menghilang selama 2 hari. Entah ke mana lelaki itu pergi. Bila ditanya, hampir ke semua orang di dalam rumah itu "tidak tahu". Sudah sebulan Qaisarah menghinap di banglo milik Hayder, namun sehingga sekarang dia tidak tahu tentang later belakang lelaki itu. Yang hanya dia tahu bahawa lelaki itu merupakan seorang usahawan yang terkaya di Itali. Ya, dia berkacukan Itali. Dari melihat kelainan matanya sahaja sudah terbukti dia kacukan. Kulitnya yang putih dan rambutnya bewarna keperang- perengan menjadi satu kombinasi yang cukup sempurna. Bulu mata dan keningnya yang lebat menjadi kegilaan para wanita yang melihatnya. Tapi tidak pada Qaisarah Mardiah. Gadis itu menganggap lelaki itu biasa sahaja. Sebab itula dia tidak seperti wanita lain yang teruja apabila melihat jejaka itu.

Jam sudah menunjukkan 12.00 malam. Mata yang berat dan kuyu ditahan lama. Kelibat lelaki yang ditunggu tidak muncul jua. Sudah 2 hari Qaisarah menunggu kepulangan Hayder pada setiap malam. Kerana terlalu mengantuk akhirnya Qaisarah rebah di sofa di ruang tamu itu. Tepat pukul 12.30 malam, pintu banglo itu dibuka. Hayder masuk sambil tangannya mengurut perlahan leher yang sakit itu. Banyak hal yang diuruskannya di Itali. Menapak sahaja masuk, matanya tertumpu pada tubuh yang terbaring di atas sofa. Dia berdecit perlahan.

Dia tunggu aku balik ke?

Monolongnya sendiri. Wajah comel itu ditenung lama.

Apa yang comel sangat kau ni..tidur pun comel

Tanpa sedar bibirnya yang merah itu mengukir senyuman kecil. Ammar dan Hans yang berada di dapur memandang pelik ke arah rakannya itu. Tak pernah - pernah lelaki dingin itu senyum.

"Oi Hayder! Kau buat apa dengan jodoh aku tu!". Jerit Ammar dari dapur.

Hayder tersedar dari lamunannya dan toleh ke arah dua rakannya itu. Dia berdehem sedikit mengawal riak muka.

"Eh macam mana korang ada kat rumah aku malam-malam ni?" Soal Hayder pelik.

"Kitaorang memang ada kat rumah kau sejak kau pergi Itali dua hari lepas" kata Hans tanpa nada.

"Aku saja nak tengok- tengokkan jodoh aku kat sini masa kau tak ada".Kata Ammar pupa dengan senyuman yang manis.

Hayder menjulingkan matanya. Menyampah!

"Dahlah aku nak bawak little girl aku ni naik atas". Kata Hayder sambil mencempung tubuh kecil itu.

"Jodoh akuuuuu~". Keluh Ammar

"Kau tak rasa ke Hayder tu simpan perasaan kat budak tu?" Kata Hans secara tiba- tiba.

"Aku perasan jugak. Perangai dia jadi lain bila dengan Qaisarah tu". Jawab Ammar.

Akhirnya mereka berdua temernung memikirkan tentang perasaan Hayder .
Hayder meletakkan tubuh kecil itu dengan perlahan agar dia tidak terjaga dari tidurnya. Selimut ditarik menyelimuti tubuh itu dari kesejukkan.

"I'll protect you, my tesoro".

Bisiknya sendiri. Tidak dapat dinafikan dia memang telah menyimpan perasaan kepada gadis itu. Dirinya sungguh ingin menjaga gadis itu seperti nyawanya sendiri.

"Kalau kau suka dia why not kau luah je." Kata Ammar yang tiba-tiba sahaja muncul.

"Kau cakap apa ni." Balas Hayder tanpa memandang lelaki itu.

"Kitaorang nampak Hayder. You've fallen in love with her. Dari perangai kau..senyuman kau tu..nampak sangat kau jatuh cinta dengan dia, Hayder Qalish." Jelas Ammar .

Hayder hanya mendiamkan diri. Matanya tertumpu pada Qaisarah yang nyenyak di buai mimpi itu.

"Kau tau kan tak elok simpan perempuan yang tak ada sebarang hubungan dalam rumah lama- lama?." Soal Ammar lagi.

"Aku tau. Then aku kena buat apa?"

"Apa bebal sangat otak kau ni Hayder. Marry her". Balas Ammar. Tidak sangka kawannya itu mempunyai otak yang lembap.

"Kahwin? Then kau macam mana? Bukan kau suka dia ke?" Soal Hayder kembali.

"Kau yang jaga dia. Dia hak kau bukan hak aku. Alah, aku kan idaman para gadis. Petik je jari ramai beratur" dengan bangga Ammar menjawabnya.

Sekali lagi Hayder menjulingkan matanya. Perasan sungguh!

"I'll marry her. ASAP. Aku nak kau dan Hans tolong aku buat persiapan. And tolong call Adan dan Deniez untuk tolong korang berdua." Arah Hayder.

Ammar hanya mengangguk apa yang diarahkan oleh Hayder itu demi kebahagiaannya.

You'll be mine tesoro.

Wajah manis itu dipandang lama. Tidak dia menyangka orang yang baru dia kenali dapat membuatkan dia jatuh cinta begitu dalam.

___________________♡____________________

"Kau tak nak beritahu family kau ke Hayder?."

"Beritahu pasal apa?". Tangan Hayder limcah menaip sesuatu di laptopnya. Matanya hanya fokus pada kerjanya yang tertunggak.

"Pasal yang kau nak kahwinlah" balas Hans kembali

"Diorang dah benci aku Hans. Aku boleh buat apa? Diorang takkan ambil tahu pun". Hans hilang kata-kata. Tidak berani bercakap keluarga Hayder berlebihan.

"Hayder! Turun makan!" Jerit Qaisarah dari tingkat bawah.

"Ha tu bakal bini kau dah panggil." Muka pasrah ditayangkan. Bilalah dia bole dapat jodoh.

" She will ." Kata Hayder sepatah sambil menapak keluar dari bilik kerjanya.

Selesai sahaja makan, Hayder mengajak Qaisarah untuk duduk di pondok yang berhadapan dengan kolam ikan ternakannya. Ada benda yang mahu dia bincangkan.

"Awak nak cakap apa dengan saya?" Tangan kecilnya lincah mengacau ikan yang berada dalam kolam itu.

"Marry me". Kata Hayder tanpa nada.

"Ha? Awak merepek apa ni? Saya baru 20 tahun. Awal lagi la awak." Balas Qaisarah. Mukanya yang merah cuba disorokkan.

"I don't care. Just marry me, tesero. Aku nak jaga kau." Balas Hayder. Tangannya digenggam kuat.

"Kenapa awak nak kahwin dengan orang seperti saya? Mak bapak saya dah tak ada. Tak ada rumah. Miskin. Ramai lagi perempuan yang serba lengkap kat luar sana."

Qaisara bangun dari duduknya dan ingin pergi dari situ. Namun langkahnya terhenti apabila hujung bajunya ditarik oleh Hayder.

"I don't care. Aku still nak kau jadi isteri aku yang sah."

Hayder menunjukkan wajah yang serius menandakan dia betul-betul dengan niatnya itu. Orang kanan Hayder yang menyaksikan drama itu berbisik sesama sendiri.

"Kau pernah ke dengar Tuan Hayder cakap banyak macam tu sekali?"

"Tak. Dia dah pandai bercakap dah sekarang".

"Aku tau korang mengumpat pasal aku!" Jerit Hayder dari arah kolam.

Kedua lelaki itu teru berdiri tegak seperti tiada apa-apa berlaku. Ammar yang baru sahaja tiba di banglo tersebut mula mempunyai idea untuk menyakat. Kakinya terus menuju ke arah kedua lelaki tersebut.

"Baris! Senang diri"

"Haigh!" Serentak mereka melakukan apa yang diarahkan Ammar.

Hayder hanya menggeleng lalu mengikuti Qaisarah masuk ke dalam banglo itu.


Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now