-Bab 14-

611 7 1
                                    

"Wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi.. " riang Qaisarah menyanyi seorang diri. Tangannya sibuk menaburkan makanan ikan di dalam kolam ikan yang berada di halaman banglo mereka." Haih kau ni ikan..asyik makan je..tapi macam ni jugak saiz kau" monolog Qaisarah seorang diri.

"Baby girl! Where are you?!" Jerit Hayder memanggil isterinya. Matanya melilau mencari merata-rata. Tadi nak kata nak keluar tapi dah 30 minit dia tunggu tak muncul juga isterinya." Haih manalah budak kecik sorang ni" keluh Hayder sendiri. Matanya melihat ke langit. Dah mendung. Lebih baik dia mencari isterinya sebelum hari hujan.

"Qaisarah! Qaisarah Mardiah!" Jeritannya masih tidak disahut. Susah jugak bila ada halaman yang luas ni. Merata boleh pergi. Hayder laju menapak ke pondok yang berdekatan kolam ikan. Manalah tau isterinya sedang bersantai di situ. Mulutnya masih tidak henti memanggil nama yang sama. Sebaik sahaja sampi di pondok , terlihat kelibat isterinya sedang bermain dengan ikan di tangannya.

"Woi budak kecik!" Jerit Hayder sekuat hati sambil bercekak pinggang. Qaisarah terus tersentak dari mainnya. Ikan yang tadi digenggam terlepas masuk semula ke dalam ikan." Where have you been, baby girl? I'm looking for you". Hayder terlihat seolah seorang ayah yang memarahi anaknya yang balik lewat. Perwatakan Hayder tidak jauh seperti orang tua yang sedang menjaga anaknya. Qaisarah menuju ke arah Hayder dengan tangan yang memegang labuh bajunya. Kepalanya tertunduk ke bawah . Takut melihat Hayder yang seperti singa.

"I'm asking you, Qaisarah Mardiah. Abang cari Qaisarah merata tau. Cakap nak keluar.  Ni siap pun belum. Siap main dengan anak ikan lagi. Busuk tau. Abang tunggu dah 30 minit. Hari dah nak hujan. Kalau lambat macam mana. Tutup tempat tu nanti salahkan abang pulak." Bebel panjang Hayder. Geram sungguh dengan isterinya. Dia tidak pernah bebel panjang begitu sebelum ni. Ni pertama kali dia meluahkan rasa geram dengan bebelan Qaisarah hanya menunduk ke bawah. Air matanya mula bergenang.

"Look at me Qaisarah". Kata Hayder sepatah dengan riak wajah yang dingin. Qaisarah mengangkat wajahnya melihat ke arah Hayder yang beriak dingin. Tiada langsung secalik senyuman di wajah lelaki itu. Qaisarah mula mencebik. Air matanya laju mengalir. Wajah Hayder yang tadi dingin terus bertukar comas sebaik sahaja melihat isterinya menangis.

"Ayok tak tau Qaisarah nangis" ejek Daniez yang baru sahaja tiba dan kebetulan menyaksikan drama "Bapak Marah Anak " sebentar tadi. Hayder sempat sekilas menjeling ke arah Daniez sebelum matanya beralih semula ke isterinya. "Aaa baby girl kenapa nangis ni? Siapa buat?". Soal Hayder dengan nada lembut. Dah marah anak orang boleh pulak dia tanya balik.

"Abang dah tak sayang Qaisarah!" Esakan Qaisarah semakin kuat. Habis lecun tudungnha basah dek kerana Air mata yang tidak henti mengalir dari tadi. Hayder terus melutut menyamakan ketinggian mereka berdua lalu menarik Qaisarah kedapannya. Kepala gadis itu diusap perlahan." Abang sayang Qaisarahlah..janganlah nangis. Abang dah tak marah dah". Ujar Hayder lembut memujuk kembali isterinya. Hayder meleraikan pelukan lalu memandang ke arah wajah isterinya. Nangis pun comel. Dengan hidung merahnya lagi. Mata bulat milik isterinya itu paling menarik perhatian. Sungguh terlihat baby face di wajah isterinya itu.

" Don't cry. I'm sorry okay, baby girl? Lepasni Qaisarah nak bersiap 2 jam sekalipun tak apa. Abang tunggu". Qaisarah hanya mengangguk perlahan. Hayder tersenyum. Wajah putih mulus isterinya direnung lama sebelum dia melabuhkan bibir di pipi yang memerah itu." Dah now pergi siap. Kata nak pergi shopping. Abang tunggu dalam kereta okay?". Qaisarah menganggukkan kepalanya lalu menayangkan senyuman comel kepada suaminya. Dia terus berlari anak masuk ke dalam bilik . Hayder menggeleng sambil tersenyum. Nasib comel!.

••

Jam sudah menunjukkan 4:30 petang. Mata Hayder sudah mula layu menunggu isterinya bersiap. Betul-betul lama masa yang dia ambik nak bersiap.

"Abang!!" Jerit Qaisarah yang sedang menuruni tangga. Senyuman di bibirnya tidak lekang memanis. Mata Hayder terus segar dari layu sebaik sahaja mendengar suara isterinya. " Cantik tak Qaisarah?" Soal Hayder sambil berpusing-pusing di hadapan suaminya. Qaisarah mengenakan dress merah maroon bersama shawl cotton bewarna putih bersama reben  cream dipinkan di tudungnya. Wajahnya manis tanpa secalit make up seperti selalu.

"Manisnya isteri abang ni. Dah jom gerak dah lewat dah ni"kata Hayder sebelum menarik tangan isterinya dan menuju ke kereta mereka." Abang..slow-slow lah!". Hayder hanya menghiraukan kata-kata isterinya. Pintu kereta dibuka. Tubuh kecil isterinya ditolak lembut masuk ke tempat duduk bersebelahan dengannya. Kakinya menuju ke tempat pemanduan. Seketika dia mengeluh.

"Abang kenapa? Marah Qaisarah ke?" Soal Qaisarah dengan nada sebak. Mulutnya sudah mula mencebik. Matanya mula mengeluarkan cecair jernih."Eh mana ada. Abang tak marah Qaisarah pun. Kita kene cepat ni. Lagi 2 jam mall tu nak tutup. Nak ke sana 30 minit" jelas Hayder dengan lembutnya. Takut betul jika isterinya terasa hati dengan katanya lagi. Hayder terus memulakan pemanduannya. Perkarangan banglo itu kosong sekelip mata. Mereka berdua hanya membisukan diri sepanjang perjalanan. Hayder mahu fokus terhadap pemanduannya manakalan Qaisarah pula hanya melemparkan pandangan kosong ke  luar. Matanya mula layu. Kelopak matanya mula berat. Akhirnya dia terlena dibuai mimpi.

"Baby girl..wake up. Kita dah sampai" Hayder mengejut lembut isterinya. Dia tahu yang isterinya mudah terkejut bila dikejut. Badan kecil itu digoyang berkali-kali. Namun gadis itu masih lena diulik mimpi. Hayder menggelengkan kepalanya. Susah betul nak kejut pun. Matanya yang tadi melihat wajah manis isterinya turun memandang bibir munggil  yang tertutup rapat itu. Dada jejaka itu mula naik turun mengawal pernafasannya. Mukanya di dekatkan ke wajah isterinya. Matanya langsung tidak beralih sedikit pun. Hayder merapatkan wajah mereka sehingga hidung mereka berdua besentuhan. Dada Hayder semakin berombak kencang. Tanpa sedar hembusan  nafas  jejaka itu telah menyedarkan Qaisarah dati tidurnya. Tubuh kecil itu menggeliat sebentar. Mata bulat itu dibuka perlahan. Alangkah terkejutnya bila Hayder berada begitu dekat dengannya ketika itu.

"A-abang..? Abang kenapa de-dekat sangat ni" soal Qaisarah dengan gagapnya. Dia pula jadi cemas dengan kedudukan mereka sekarang. Hayder yang tersentak dari renungannya terus membetulkan duduk. Kolar kemejanya di tarik bagi memudahkan dia bernafas. "A-abang nak kejutkan Qaisarah je. Susah sangat nak bangun isteri abang ni" kata Hayder lalu membetulkan rambutnya bagi menghilangkan rasa cemas.

"Eeeee! Abang cuba nak apa-apakan Qaisarah kan!" Kata Qaisarah sambil mencubit kuat lengan sasa suaminya. "Aduh!! Tak tak..abang tak buat apa-apalah! Lepaslah baby girl..jangan cubit abang macam ni." Kata Hayder dengan kuatnya menahan rasa sakit. Akhirnya Qaisarah melepaskan cubitan ketamnya dari lengan sasa Hayder. Dia menayangkan sengihan kecil." Sorry abang". Pintu kereta dibuka lalu Qaisarah melangkah keluar kakinya. Hayder menggelengkan kepalanya lalu mengikuti isterinya keluar dari kereta.

Suasana di mall itu sangatla riuh. Orang ramai yang tidak terhingga menjadikan laluan di situ agak sesak. Hayder memegang erat tangan isterinya. Takut hilang pula di tengah-tengah orang ramai itu. Mata Qaisarah melilau mencari kedai yang diinginkannya. Jika pergi ke mall kedai itu lah tempat pertama ditujunya dahulu." Abang! Nak tu!" Jerit riang Qaisarah sambil menunding jari ke arah kedai Baskin Robbin yang terletak tidak jauh dari mereka. Kaki kecil Qaisarah laju berlari  ke kedai itu. Tidak sempat Hayder mahu berkata apa-apa. Hayder terus mengejar langkah isterinya itu. Susah betul nak jaga yang seorang ni.

"Kak..saya nak yang tu satu". Kata Qaisarah sambil menunding jari ke arah salah satu perisa yang ditayangkan. "Baby girl..kenapa lari macam tu? Kalau kene culik macam mana". Kata Hayder sambil mengawal pernafasannya. "Qaisarah bukan budak kecil lagi boleh diculik". Jawab Qaisarah dengan sombongnya. Hati Hayder yang panas hanya mampu dikawal. Dia mencuit kuat hidung kecil milik isterinya. "Dah pandai menjawab eh". Qaisarah menayangkan muka menyampah sambil mengosok - gosok hidungnya.

"Here ma'am". 1 mangkuk aiskrim di serahkan kepada Qaisarah. Senyum di muka langsung tidak lekang. " How much?" Soal Hayder mendatar. Walletnya dibuka lalu jejaka itu mengeluarkan duit berjumlah Rm 20. Duit itu kemudian diserahkan kepada penjual itu. Mata Hayder beralih ke arah isterinya semula. Isterinya sibuk menjamah aiskrim yang baru sahaja dibeli. "Sedap?". Soal Hayder sepatah. Qaisarah hanya membalas dengan anggukan laju tanpa memandang ke arah Hayder.  Hayder menggelengkan kepalanya. Nasiblah dapat isteri macam ni.

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now