-Bab 10-

719 16 5
                                    


Makanan yang dihidang di atas meja dijamah dengan seleranya. Namun suasana di meja makan itu masih sunyi tanpa sebarang suara. Hayder memerhatikan adik dan isterinya. Dua- dua malu ke?

"Haidar?" Panggil Hayder.

Haidar hanya menjungkitkan keningnya.

"Kenapa kau diam?bukan selalunya kau yang paling tak duduk diam ke?"

"Kau kahwin tak beritahu aku pun"

Merajuk rupanya..patutla senyap

"Baby girl? Kenapa diam?"

"Abang tak beritahu lagi pasal keluarga abang"

Kata Qaisarah tanpa memandang muka suaminya. Hayder mengeluh perlahan.

"Kau siap-siap nanti. Kita pergi rumah mummy". Kata Hayder pasrah.

"Baik boss". Turut Qaisarah

Mereka menghabiskan makanan mereka dengan cepat dan bersiap untuk ke rumah Mummy dan Daddy Hayder. Walaupun hatinya berat membawa Qaisarah , namun disebabkan rasa ingin tahu isterinya itu dia terpaksa juga membawanya. Qaisarah mengenakan dress hitam bersama shawl kilat bewarna putih. Penampilan harus dijaga sebelum ke sana. Kata Haidar, Tuan Harsh Malek iaitu daddy Haidar dan Hayder ,menjemput saudara - mara mereka kerana Puan Roselyn Rose membuat makan-makan di rumah itu.
Hayder menapak ke arah Qaisarah yang sedang bersiap di hadapan cermin bilik mereka.

"You're so beautiful, baby girl."

Pinggang ramping milik isterinya dipeluk sebelum kepalanya mendarat di atas bahu itu.

"Wangi- wangi ni nak goda abang ke?".
Sakat Hayder kepada isterinya.

"Ish apa abang merepek ni..gatal eh"

Qaisarah mencubit tangan Hayder yang sedang merayap di perutnya.
Hayder berdesis kesakitan.

"Baby girl..bila dalam perut ni nak ada baby? Kita tak buat lagi malam pertama kita. Dah hampir 3 bulan perkahwinan kita." Kata Hayder sambil mengusap perut isterinya itu

Kata- kata Hayder membuatkan wajah Qaisarah memerah. Badannya terus mengeras. Dia memusingkan badannya menghadap Hayder yang berada di belakangnya. Tangan Hayder diraih sebelum digenggam.

"Maafkan Qaisarah, abang. Qaisarah bukan taknak jalankan tanggungjawab Qaisarah sebagai seorang isteri. Qaisarah cuma belum bersedia". Kata Qaisarah. Dia takut jika suaminya berfikir bukan- bukan tentangnya.

"It's okay, baby girl. Abang faham. I'll wait for you". Tangan lembut isterinya dicium.

"Dah jom gerak. Haidar mesti tunggu lama dekat bawah". Kata Hayder lalu memimpin tangan isteriny itu

Mereka menuruni tangga bersama-sama. Haidar yang tadi duduk di sofa terus berdiri.

"Turun pun. Aku ingat korang ni beromance dulu. Bukan main lama nak turunnya."

Bebel Haidar. Muka Qaisarah terus merah menahan malu. Sebaik sahaja tiba di rumah Tuan Harsh, Hayder menghebus nafasnya dengan berat. Harap tiada perkara buruk yang berlaku. Ketika pintu kereta ingin dibuka, Qaisarah memegang tangan suaminya. Mukanya kelihatan gelisah.

"Why baby girl?" Soal lembut Hayder kepada isterinya.

"Abang..why Qaisarah rasa tak sedap hati bila sampai sini?"

Pertanyaan Qaisarah itu membuatkan dia tersentak. Bukan isterinya sahaja yang merasakan hal itu. Dia juga dapat merasakan seperti akan ada benda buruk yang terjadi di dalam. Tapi mulutnya tidak terluah untuk memberitahu isterinya.

"Tak ada apalah baby girl. It's just your feeling. I'll protect you okay."

Tangan Qaisarah diusap. Dia cuba menenangkan hati isterinya itu.

Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now