-Bab 3-

921 22 1
                                    


Siaran TV yang terpampar di depannya sudah melalikan Qaisarah. Banglo yang besar itu sudah dijelajahinya sejak awal tengahari tadi. Tiada apa yang menarik.  Kelibat Hayder tidak kelihatan selepas memberinya makan pagi tadi. Entah ke mana lelaki itu pergi.

"Bosannya!!" Jerit Qaisarah seorang diri.

"Kenapa ni Cik Qaisarah?" Soal Rania yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Kak Rania..mana lelaki tu pergi?"

"Lelaki? Tuan Muda Hayder ?" Soal Rania kembali.

"Haa ahh. Mana dia pergi? Kenapa dia tak bagi saya balik ke rumah saya?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada wanita itu.

"Mulai sekarang kau duduk dengan aku." Hayder yang baru sahaja muncul itu mencelah percakapan mereka.

"Tapi kenapa? Saya nak balik ke rumah saya encik..."

"Hayder". Sepatah Hayder menjawab. Soalan gadis itu langsung tidak dihiraukan.

"Kak Rania tolong siapkan budak tu. Sekarang." Arah Hayder sambil kakinya menapak ke dapur.

Rania hanya menagguk sebelum membawa Qaisarah naik kebiliknya untuk disiapkan. Dress bewarna merah jambu bersama tudung bewarna putih disuaikan. Setelah  30 minit menunggu akhirnya Qaisarah turun juga. Mata Hayder yang tadi fokus ke arah skrin Iphonenya terus beralih melihat ke arah Qaisarah. Comel. Wajah Hayder tiba sahaja menjadi merah namun riak wajahnya tetap sama.Dingin. Ammar yang baru sahaja keluar dari dapur terlihat wajah Hayder yang memerah itu.

"Bro asal muka kau merah?" Tegur Ammar sambil berjalan ke arah Hayder yang sedang duduk menghadap Qaisarah itu.

Ammar duduk bersebelahan dengan Hayder dan juga turut memandang Qaisarah yang sedang dirapikan Rania itu. Dress bewarna merah jambu itu amat sesuai dengan gadis yang comel itu. Mata Ammar yang melihat gadis itu terbeliak tidak percaya.

"Omaigad! Ni ke jodoh aku! Comelnyaa!!". Kata Ammar dengan teruja.

Qaisarah yang terdengar apa yang dikatakan itu hanya mampu tersenyum malu manakala Hayder pula sudah memberikan jelingan tajam kepada  Ammar.Cemburu la tu. Dia terus bangun dari duduknya lalu pergi ke arah gadis yang tercegat itu. Tangan yang kecil itu diraih sebelum ditarik mengikut jejaknya pergi ke arah kereta.

"Wait! Hayder! Mana kau nak bawa jodoh aku tu!" Jerit Ammar yang terkejut melihat tingkah laku Hayder itu.

"DIAMLAH!" Balas Hayder kembali.

Pintu kereta Audi itu dibuka lalu menolak tubuh gadis itu. Dia memakaikan tali pinggang keledar agar keselamatan gadis itu terjaga.
Pintu ditutup lalu kakinya terus menuju masuk ke tempat pemandu.

"Kita nak pergi mana?". Soal Qaisarah kepada Hayder yang sedang membetulkan duduknya.

"Nak pergi  shopping. Beli baju and keperluan kau" Jawab Hayder tanpa melihat muka Qaisarah.

__________________♡____________________

Hayder hanya memegang hujung baju Qaisarah semasa berada di pusat membeli - belah itu. Banyak mata yang memerhatikan mereka. Ada yang memuji ketampanan Hayder. Ada yang memuji kecomelan mereka seperti abang yang memimpin adiknya. Ada juga yang mengutuk Qaisarah kerana menganggap gadis itu tidak sepadan berjalan bersama usahawan terkaya itu. Hayder hanya memekakkan telinga dan   membutakan mata dengan apa yang terjadi di sekelilingnya. Kakinya menuju ke sebuah kedai terkemuka di situ. Qaisarah pula hanya mengikut langkah Hayder.

"Kau pergi pilih baju yang kau nak. Aku bayar"

Hujung baju yang tadi dipegang sudah dilepas untuk membiarkan gadis itu mencari baju pilihannya. Mata Qaisarah membutang melihat design baju yang berada di sekelilingnya. Sungguh  cantik!. Tangannya membelek- belek baju di situ. Hayder hanya duduk menunggu di sofa yang disediakan di situ sambil bermain Iphonenya

"Eh budak kau buat apa dekat sini ha?!" Jerkah seorang pelayan kedai itu.

"Eh kak. Maaf saya cuma nak tengok baju dekat sini je." Dengan takut Qaisarah menjawab.

"Dari rupa kau ni..muka kau nampak sangat macam budak-budak yang tak setaraf dengan harga baju dekat sini. Lagipun aku tak pernah nampak kau singgah kesini sebelum ni. Kalau nak cari baju murah bukan dekat sini eh" Perlian dan hinaan pedas perempuan itu dilemparkan kepada Qaisarah.

"Eleh  macam la dia tu setaraf sangat. Makcik kantin sekolah aku lagi berclass . Mulut dahla macam longkang busuk." Bisik perlahan Qaisarah namun dapat didengari oleh pelayan perempuan itu.

"Kurang ajar!". Tangan perempuan itu naik hendak menampar gadis itu namun ditahan oleh satu tangan .

"Touch her and I'll kill you". Tatapan maut diberikan kepada pelayan itu.

"Tu-tuan Hayder . Saya mintak maaf. Saya tak tau yang dia dengan Tuan." Pelayan itu menunduk beberapa kali tanda mohon maaf.

"Where is your manager?". Raut muka pelayan itu berubah terkejut apabila  lelaki itu menanyakan soalan itu.

Pengurus kedai yang kebetulan lalu disitu terus menuju ke arah mereka. Wajah  Tuan Hayder  yang  menahan marah itu  membuatkan matanya terus beralih kepada pekerjanya.

" Maisarah ? Tuan Hayder ? Apa yang terjadi?" Soal pengurus itu.

"Aku  taknak tengok muka perempuan ni lagi bila aku datang balik lagi. Fired her."  Kata Hayder tanpa nada lalu menarik tangan Qaisarah untuk pulang ke rumah.

Sungguh dia hilang  mood   untuk membeli -belah. Qaisarah hanya mendiamkan diri sepanjang berada di dalam kereta. Pandangannya dibuang keluar melihat pokok-pokok di luar tingkap kereta.

"Asal kau diam?"soal Hayder secara tiba-tiba.

Qaisarah menggeleng. Perasaan takut kepada lelaki itu  masih ada.

"Apa nama kau?" Soal lelaki itu lagi

"Qaisarah. Qaisarah Mardiah."
Jawabnya  pendek.

Keadaan kembali sunyi. Hayder hanya menumpukan perhatian kepada pemanduannya.






Baby Girl Tuan HayderWhere stories live. Discover now