" Tsk," dia mendesis kecil setelah sedar dari pengsannya. Sakit pada belakang badan dan tangannya masih terasa. Papanya betul-betul marah padanya malam semalam. Sehinggakan teruk bebenar dia dibantai papanya.Ariel Farrel menampung tubuhnya untuk berdiri seimbang dengan dinding sebagai penahan. Berkerut sedikit dahinya menahan sakit yang menyeksa di seluruh badannya.
Langkah kemudiannya ditala ke biliknya. Selepas pintu ditutup, dia melabuhkan duduk di birai katilnya. Sempat dikerling jam di dinding biliknya. Baru pukul 6 pagi.
Baju t-shirt putih yang sudah dibasahi dengan darahnya dicabut keluar daripada badan. Dia kemudiannya menilik seluruh badannya yang dipenuhi luka sebatan baharu. Ini mesti akan mengambil masa yang lama untuk pulih semula. Atau mungkin akan menjadi parut kekal.
Dia berlalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Pancuran air sejuk mula membasahi tubuhnya. Perit yang tak terhingga rasanya apabila air sejuk itu mula menyentuh luka-lukanya. Sesekali dia kedengaran mendesis sakit.
Tak mengambil masa yang lama untuk dia membersihkan diri. Hanya lima minit. Seusai membersihkan diri, dia hanya keluar dengan seluar track hitam tanpa baju. Tuala juga dibawa keluar dari bilik air untuk mengelap rambutnya yang masih basah.
Selepas itu, Ariel labuhkan duduk semula di birai katil.
Dia kemudiannya mencapai ubat sapu untuk mengubati lukanya. Mata dipejam rapat bagi menahan sakit tersebut. Bibir bawahnya juga digigit kuat.
Ariel Farrel menghela nafasnya kasar. Ubat sapu dan alatan lain kembali disimpan ke dalam laci. Baju t-shirt hitam dicapai dari dalam almari. Baju hitam itu kemudiannya disarungkan pada tubuhnya.
Nafas dihela perlahan. Beg sandang berwarna hitam kegemarannya itu dicapai kemudian disangkut pada bahu kanan. Ariel keluar daripada biliknya dan mengatur langkah ke arah bilik adik kesayangannya.
Pintu ditutup perlahan-lahan selepas dia berjaya masuk ke dalam bilik Aliyana Fashadatul. Ariel duduk melutut di tepi katil Aliyana. Wajah polos Aliyana yang masih terlena itu ditatapnya sayang. Rambut panjang gadis itu diusapnya lembut.
Hal itu berjaya membuat Aliyana terbangun. Terpisat-pisat dia bangun dan mengukir senyum buat abang tersayang.
" Abang nak ke kelas dah ke? " soal Aliyana lembut. Ariel angguk. Aliyana kerling jam loceng di kabinet tepi katilnya. Awal lagi, baru 6 30.
" Awalnya? " Ariel tersenyum kecil.
" Tak apalah. Abang ada kerja nak buat sementara tunggu kelas," tipu Ariel. Sebenarnya, dia bukan ada kerja. Dia saja keluar awal supaya dia dapat tenangkan fikiran sekejap.
" Abang.. "
" Yes, angle? " Ariel masih lagi mengusap kepala Aliyana. Tangan Ariel yang mengusapnya itu ditangkap kemudian dipeluknya kemas. Ariel tergelak kecil. Comel.
" Papa pukul abang ke malam tadi? " Ariel berhenti tertawa. Aliyana dengar ke? Bukan ke Aliyana dah tidur waktu tu?
" T.. Tak lah," nafi Ariel. Aliyana kemudiannya menekup kedua-dua belah pipi Ariel sehinggakan Ariel terpaksa mendongak memandang adiknya. Berkerut wajah Aliyana apabila Ariel menipunya. Namun, itu buatkan Ariel mahu tergelak. Kenapa comel sangat ni? Adik siapa lah ni ya?
" Abang tipu Yana," ujar Aliyana serius. Tangan ditarik dari terus menekup pipi abangnya. Tangan Ariel ditarik kemudian baju t-shirt berlengan panjang itu ditarik sehingga menampakkan luka baharu di tangan dan lengan teruna itu.
" Mesti sakit kan, abang? " Ariel menggeleng perlahan. Dia tak mahu adiknya bersedih jika dia jujur.
" Maafkan Yana sebab tak boleh tolong abang. Yana lemah," berkaca mata gadis itu saat menutur hujah.
" Yana jangan cakap macam tu. Abang ok je lah,"
" Betullah! Yana lemah dari kecil! Asyik asyik sakit, asyik asyik sakit! " bentak Aliyana menyebabkan Ariel diam tak mampu menjawab. Aliyana mempunyai fizikal yang lemah. Tubuh badannya mudah jatuh sakit. Sehinggakan gadis itu langsung tak mampu bersekolah. Dia hanya mampu belajar dari rumah. Untunglah ada si abang yang sudi mengajarnya.
Perlahan-lahan air matanya mengalir. Hal itu menyebabkan Ariel laju menarik Aliyana ke dalam pelukannya. Kepala adiknya itu diusap berkali-kali.
" Yana.. minta maaf, abang," ujar Aliyana berselang dengan tangisannya. Ariel memejam matanya. Lemah betul dirinya jika Aliyana menitiskan air mata.
" Yana tak salah sayang. Abang terima nasib abang. Abang tahu abang salah dan abang patut terima hukuman dari papa. Abang punca mama mati," Aliyana semakin mengeratkan pelukan saat Ariel berkata begitu.
" Tak, tak. Mama.. mati sebab takdir mama. Allah lebih sayangkan mama. Bukan sebab abang! Papa yang tak terima," ujar Aliyana yakin. Ariel kemudiannya meleraikan pelukan. Sisi wajah Aliyana ditekup lembut sebelum dia mendaratkan kucupan pada dahi licin itu.
" Abang pergi dulu, ya? " Aliyana mengangguk perlahan.
Apabila Ariel sudah bangun dari birai katil, Aliyana kembali menarik pergelangan tangan jejaka itu. Tertoleh Ariel bagi melihat si adik.
" Abang balik pukul berapa? "
" Lepas Zuhur abang balik," Aliyana mengangguk faham. Pegangan pada tangan berurat abangnya dilepaskan. Aliyana memandang sahaja pemergian abangnya.
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...