𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 15

166 8 1
                                    


            Pagi itu, keadaan Ariel sudah semakin membaik. Demamnya sudah kebah. Luka-luka yang didapati semasa kemalangan beberapa hari lalu turut memulih. Begitu juga dengan bengkak pada pipi akibat tamparan Avriel.

            Sekarang, Ariel sedang menonton televisyen di ruang tamu sambil berbaring di sofa. Rancangan Doraemon itu ditonton dengan penuh perhatian.

           Almaklumlah, dekat rumah dia tak berpeluang tengok televisyen. Buat kerja aje memanjang dekat rumah.

           " El? El! E-- Lah! Kat sini rupanya," Ariel tak menoleh saat kelibat Aisy berdiri di hujung sofa.

           Ariel mengerling sekila Aisy apabila lelaki itu hanya berdiri kaku di hujung sofa. Ariel kemudiannya bertindak mengubah posisi baring kepada duduk bersila. Aisy mengambil kesempatan itu untuk duduk di sebelah Ariel.

           " Mi dengan Nish mana? Dua ekor tu pun aku tak nampak," soal Aisy Eidlan. Lantas Ariel menuding jari ke dapur. Bermakna, dua lelaki itu berada di dapur. Bersarapan kut.

            Aisy angguk faham. Lantas tangannya naik menyentuh dahi dan leher Ariel bagi memeriksa suhu badan lelaki itu. Setelah memastikan suhu badan Ariel normal, Aisy hela nafas lega. Akhirnya, Ariel dah sembuh!

           " Kau dah tak demam. Aku ingat nak bawa kau pergi jalan-jalan. Sambil-sambil tu kita shopping barang kau. Tapi.. tak ada masa," Aisy keluh nafas kesal.

           " Hari ni prof. Nadine cancel kelas. Jomlah," ujar Fahmi Zariel yang tiba-tiba muncul bersama Danish Darien. Ariel sekadar diam dan memerhati.

            " Ya ke?! Cun!! " Aisy bersorak gembira. Bolehlah dia jalan-jalan dengan Ariel!

           " Shopping? Buat apa? " soal Ariel yang masih bingung. Mereka bertiga pandang Ariel.

           " Shopping barang kau lah. Kau kata bapak tak guna kau tu buang semua barang kau kan? " kata Danish Darien. Ariel membatu.

           " Kenapa? Lepas aku pulih, aku kena keluar juga dari rumah ni. Tak payahlah," ujar Ariel lalu kembali fokus pada cerita Doraemon.

           Apabila keadaan senyap sunyi, Ariel jadi hairan. Lantas dia memandang wajah Danish, Aisy dan Fahmi yang kelihatan tegang.

          " Siapa cakap? "

         " Aku," balas Ariel tenang.

          " Kau buat andaian sendiri. Kau kawan kitorang, kau akan tinggal dekat sini sampai bila-bila! Dengar tak Ariel Farrel!? " jerkah Aisy Eidlan. Jerkahan Aisy tadi buatkan bahu Ariel sedikit terhincut. Terkejut.

          " D.. Dengar," Ariel menunduk menekur lantai. Aisy yang melihat reaksi Ariel menghela nafas kasar. Bukanlah dia berniat ingin meninggi suara.

          " Sorry,"

          " Dah dah! Kau ni Aisy, cuba kawal baran kau tu! Kau pun tahu El takut kan? " Ujar Danish geram. Nak aje dia cekik di Aisy ni.

         " Dah! Jom pergi sekarang! Pukul berapa dah ni! " ujar Fahmi Zariel sambil bercekak pinggang. Mujurlah dia sudah bersiapa daripada awal. Kecualilah si Ariel tu yang cuma pakai baju tidur corak doraemon kesayangan dia tu. Aisy yang beli last minute semalam. Terus dipakai Ariel.

           " Ha El! Pergi tukar baju! " tegas Danish Darien. Ariel laju bangun dan naik ke tingkat atas untuk menukar baju.

           Terkekeh Fahmi dan Danish apabila dapat mengusik Ariel. Ariel kan takut kena marah. Tapi, dorang acah-acah marah je.

          " Hek eleh. Marah aku! Korang tu dua kali lima aje! " ujar Aisy geram. Mereka berdua tersengih.

 

            Ariel Farrel menatap lama truk aiskrim yang berada berdekatan pantai tersebut. Mereka berempat baru selesai membeli belah tadi dan sekarang mereka berada di pantai untuk merehatkan fikiran dan meluangkan masa bersama.

           Ariel merenung kanak-kanak yang gembira apabila ibu bapa mereka membelikan aiskrim untuk mereka. Ariel kemudiannya tersenyum kecil. Alangkah indahnya hidup kanak-kanak itu.

          Ariel tak pernah rasa begitu. Hidup kanak-kanaknya hanya ditemani rasa suram tanpa pernah ditemani rasa gembira. Dia diseksa mental dan fizikal sejak kecil sehinggakan tidak mengenali erti bahagia.

         " El? El! Kau dengar tak aku cakap ni?! " namun begitu, Ariel masih tidak menoleh daripada truk aiskrim itu. Lelaki itu termenung jauh.

          Aisy mendengus geram. Dia melihat ke arah sama yang dilihat Ariel.

          " Jom beli aiskrim! " Ajak Fahmi tiba-tiba. Dia faham akan tatapan Ariel sejak daripada tadi.

           " Aiskrim? Jom!! " terus Danish bangun daripada bangku yang didudukinya. Fahmi menggeleng kecil dengan sikap keterujaan Danish.

           " Aisy? "

          " Pergilah. Aku teman El," mereka berdua mengangguk faham. Selepas kelibat Fahmi dan Danish menghilang, Aisy terus menumpukan perhatian kepada Ariel. Ariel masih lagi tidak mengalihkan pandangan tetapi Aisy tahu yang Ariel mendengar perbualan mereka tadi.

           " Aisy.. "

           " Hm? "

           " Kau pernah rasa macam diorang? " soalan itu buatkan Aisy segera memerhati kanak-kanak dan ibu bapa tadi. Dia kembali menatap sisi wajah Ariel sebelum mengangguk. Dia ingat lagi daddy dan mummy nya selalu bawa dia membeli aiskrim. Alangkah bahagianya dia pada waktu itu. Tiba-tiba jadi rindu pula pada mereka berdua yang berada jauh daripada dia.

             Lurus Aisy menatap air pantai yang berombak kecil. Angin mula menyapa tubuh mereka berdua mahupun tubuh semua orang yang berada di pantai itu.

            " Macam mana rasanya? " Ariel pandang iris Aisy dengan penuh tanda tanya. Aisy tersenyum kecil.

            " Bahagia," balas Aisy ringkas. Ariel mengangguk sekali sebelum matanya kembali menatap air pantai.

            " Yana pernah rasa tapi aku tak pernah," ujar Ariel perlahan. Cukup perlahan sehingga hanya mampu didengari dirinya sendiri dan Aisy Eidlan.

            " Sebab aku tak layak. Kan? " lurus iris kelabu cerah itu menatap iris hijau zamrud Aisy. Aisy terkedu. Namun Ariel kekal tersenyum. Seperti kata-kata itu langsung tak memberi kesan kepada dirinya.

              " El.. "

             " El! Aisy!! Aiskrimmm!!! "
         
              Aiskrim kon berperisa vanilla di bawah dan perisa strawberi di atas diberikan kepada Ariel Farrel. Ariel terkebil buat seketika sebelum dia mula menjilat aiskrim tersebut.

              Aisy, Fahmi dan Danish tersenyum kecil apabila melihat Ariel yang terleka menikmati kesedapan aiskrim itu. Nampak sangat Ariel first time makan aiskrim.

             ' Now, kau dah rasa. Even bukan daripada mak bapak kau. Sorry, El '
















𝒴. 𝒮𝒽𝒶
        

   

𝐃𝐈𝐀 | ℂWhere stories live. Discover now