KTAKMasuk-masuk sahaja ke dalam rumah, korna mata dihiasi dengan figura Tuan Avriel Farhain. Bengang sahaja reaksi wajah lelaki itu. Tangan lelaki itu juga memegang tali pinggang.
Takut-takut Ariel Farrel menutup pintu. Dia kemudiannya menghadap papa. Kelihatan Avriel Farhain sudah berdiri tepat di hadapannya dengan pandangan membunuh.
PANG!
Wajah Ariel terteleng ke kiri. Ariel memejam matanya menahan sakit.
" Pa! Jangan pukul abang," kelihatan Aliyana sudah memeluk tubuh Avriel daripada belakang. Namun, wajah lelaki itu tetap dingin dan beku.
" Lepas, Aliyana. Dia patut terima hukuman," tegas Avriel.
" Kalau papa sayang Aliyana, lepaskan abang! " kata Aliyana. Avriel masih tidak beriak. Mata kelabu cerahnya itu bertukar gelap saat merenung wajah anak terunanya.
" Masuk bilik, Yana," tegas Avriel. Namun, Aliyana masih berkeras. Dia menggeleng laju. Tubuh Avriel dipeluknya kemas.
" Papa cakap, masuk bilik!! " jerkah Avriel kuat. Sehinggakan tubuh Aliyana tersentak. Saat mata kelabu gelap Aliyana bertembung dengan mata redup Ariel, Ariel menggeleng. Menyuruhnya supaya jangan derhaka dengan papa.
Aliyana lepaskan pelukan. Dengan berat hati, Aliyana berlari masuk ke biliknya di tingkat dua. Ariel hela nafas perlahan.
" Kau pergi mana? " kecut hati Ariel mendengar suara dingin itu.
" Bisu ke, Ariel Farrel? Aku tanya, jawablah, sial!! " jerkah Avriel kuat.
" A.. Ariel minta maaf, papa," pinta Ariel sambil menekur lantai.
PANG!
Sekali lagi, tangan kasar itu memukul pipi kanan Ariel. Tempat yang sama.
" Maaf, maaf, maaf! Itu sahajalah yang kau reti cakap!! Menyusahkan tahu?! Kau dah tahu adik kau tu sakit, baliklah cepat!! "
" Ariel minta maaf pa. Ariel tak.. sengaja," kata Ariel. Hal itu buatkan hati Avriel membara panas. Dia bosan mendengar kata-kata maaf daripada Ariel. Bosan sangat.
PAK!
" Tsk," Ariel mendesis kecil apabila tubuhnya ditolak sehingga bertembung dengan dinding. Kuat.
TAK!
Ariel halang tali pinggang papanya daripada mencederakan kepalanya. Hasilnya, lengan Ariel yang menjadi taruhan.
" Pa! Sakit, pa! " air matanya langsung tak mampu ditahan. Ianya mengalir lesu sambil suara jeritannya tak henti-henti kedengaran.
" Ini makan kau! "
" Kalau sakit Yana makin teruk, mati kau aku kerjakan! " Ariel teresak-esak di situ. Sakit sangat. Seluruh badannya rasa sakit kerana libasan tali pinggang itu.
" Papa.. tolonglah. Sakit," lirih Ariel diiringi air mata. Tali pinggang itu tak henti-henti mengenai tubuhnya.
" Diam! Atau kau nak aku tambah lagi sakit kau?! " tengking Avriel kuat. Ariel terpaksa diam. Dia tak mahu lebih lagi yang diterimanya. Hanya air mata yang mampu menjukkan betapa terseksanya dia saat ini.
" Bodoh! Bebal! Menyusahkan! Baik kau mati jelah!! Pembawa sial! " Tali pinggang itu dihempas kasar pada dinding sebelum dia menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Dia dah puas hati.
Terketar-ketar tubuh Ariel bangun. Lututnya dipeluk kemas sebelum dia melepaskan tangisannya sendirian di situ. Sungguh dia sakit sekarang. Fizikal dan mental. Dia betul-betul dah penat.
Papa terlalu sayangkan Aliyana sampaikan dia hiraukan Ariel. Avriel hanya menumpukan perhatian dan kasih sayang kepada Aliyana. Kerana gadis itu sakit, Avriel terlebih menyayangi gadis itu.
Lain pula dengan Ariel yang membebankan, menyusahkan. Lagipula, Ariel mempunyai penyakit mental. Papa kata, dia gila.
Lagilah Avriel semakin membenci Ariel apabila Ariel punca isteri kesayangannya meninggal dunia.
" Sakit, Ya Allah," adu Ariel lemah. Hanya kepada-Nya dia mampu mengadu. Dia tiada siapa.
Hidupnya penuh dengan kesunyian, keperitan, kesakitan.
Ariel Farrel merenung pantulan dirinya dari dalam cermin. Pipi kanannya sedikit bengkak kerana ditampar Avriel semalam. Badannya juga masih rasa sakit dan sengal.
Ubat sapunya pula sudah habis. Nantilah dia beli.
Lama dia menatap pantulan wajahnya di cermin. Wajahnya yang persis arwah mamanya buat dia rindu akan arwah wanita itu. Wanita itulah satu-satunya yang menyayangi dirinya selain Aliyana.
" Mama.. " perlahan sahaja suaranya menyebut sebaris panggilan itu.
" Riel rindu mama," air matanya mengalir perlahan. Dia tak mahu menangis sebenarnya tetapi, dia tak mampu kawal perasaannya. Dia lemah. Dirinya yang sebenar bukanlah kejam dan dingin tetapi, lemah dan rapuh.
" Papa.. tak sayang Riel. Papa benci Riel,"
" Mama, bila Riel dapat jumpa mama lagi? " lirih Ariel menyoal.
Ariel hela nafas kasar. Dia tak boleh begini. Air matanya dikesat kasar. Dia dah lambat untuk ke kelas. Hari ini, dia seharian ada kelas.
Jadi, dia akan lambat pulang. Untung pula papanya juga pulang lewat malam kerana kerja. Jadi, selamatlah dia dari didera hari ini. Aliyana dibawa ke klinik oleh papanya pagi tadi kerana selesema gadis itu masih belum sembuh. Risau punya pasal, papa bawa Aliyana pergi klinkk awal pagi.
Tinggallah dia seorang diri di rumah ini.
Beg galasnya diambil sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu. Dia sudah lambat. Dia mungkin akan dimarahi profeser nanti.
Selepas menyarung kasut sukan hitamnya, Ariel berlari di laluan pejalan kaki itu untuk ke kelas. Sakit di badan akibat pukulan Avriel semalam langsung dihiraukan Ariel.
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Action( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...