Mata dikedipkan buat beberapa kali. Silau cahaya matahari pagi menusuk masuk ke dalam kornea. Buat seketika, tubuh badannya rasa kebas dan menyengat." Argh," kepalanya turut berasa pening.
" Hei, kenapa ni? " suara garau seseorang menyapa lembut gegendang Ariel. Ariel menyokong badannya sendiri untuk bangun dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Axiel turut membantu jejaka itu untuk bangun sebelum dia duduk di birai katil lelaki itu. Ariel lihat kerisauan di dalam mata Axiel.
Setitis air mata yang mengalir dari tubir mata Ariel sahaja sudah buat hati jejaka bekerjaya itu hancur.
" Hei, what's wrong? Did I do anything wrong? " soal Axiel lembut.
" I hate you," ujar Ariel ringkas dan dalam. Axiel terkedu.
" Benci! " anak mata kelabu cair itu menikam tajam anak mata kelabu gelap Axiel.
" Benci!! " tangan naik menumbuk dada bidang Axiel berkali-kali sambil mengalirkan air mata. Melihat keadaan Ariel, Axiel turut sama menumpahkan air mata. Dia ada sebab meninggalkan Ariel daj Aliyana dahulu. Bukannya sebab dia tak tahan dengan hidup mereka sekeluarga. Buka dia benci adik-adiknya. Dia sayang, terlalu sayang dengan Ariel dan Aliyana.
" Along minta maaf. Along minta maaf sangat-sangat. Along ada sebab tinggalkan El dulu. Maafkan along," Ariel berhenti memukul saat tubuhnya ditarik masuk ke dalam pelukan hangat seorang abang.
Ariel membatu. Air mata semakin mengalir deras. Dia tak kuat. Langsung tak kuat. Perlahan-lahan tangannya naik membalas pelukan Axiel.
" Along minta maaf. El maafkan along? " Ariel perlahan-lahan mengangguk lemah. Dia sebenarnya percayakan along. Bukannya dia benci, dia cuma kecewa kerana tindakan terburu-buru Axiel dahulu.
" Terima kasih El. Terima kasih," pelukan semakin dieratkan oleh Axiel. Dia sangat-sangat terharu dengan kebaikan Ariel. Dia rasa semakin bersalah dengan Ariel.
" E.. El rin..du along," bibir Axiel mengukir senyuman lebar.
" Along pun rindu El," ujar Axiel kemudian meleraikan pelukan. Bibirnya tak henti mengukirkan senyuman buat adik lelakinya.
" Along.. sayang El tak? " Axiel tersenyum kecil.
" Mestilah sayang. El kan adik along? " balas Axiel lembut. Ariel tersenyum.
" Kenapa along tinggalkan El dengan Yana? " soal Ariel. Axiel diam. Dia menunduk seketika sebelum menentang manik Ariel.
" Papa kata.. kalau nak El, Yana dan mama selamat, along kena lari dan jangan kembali. Along tertipu. Hakikatnya, papa suruh along lari sebab dia tak nak along tahu yang.. dia tu.. penagih dadah. Apa yang papa bagitahu kita salah. Papa kata papa berhutang sebab nak urus hidup kita tapi sebenarnya tak. Papa berhutang sebab nak beli dadah," terang Axiel. Wajah pucat Ariel tampak memberikan reaksi terkejut. Mungkin Ariel baru sahaja tahu seperti Aliyana." Along lambat tahu semuanya. Lepas along kerja dan siasat semuanya, baru along tahu kebenaran papa dan tentang.. mama. Along baru tahu mama dah tak ada. Along baru tahu papa pernah kena penjara sebab dadah dan along baru tahu yang korang berdua.. hidup susah lepas papa, mama, atuk dan along.. tak ada," Ariel menunduk. Pengorbannya sebagai seorang abang untuk Aliyana pada waktu itu tak dapat dilupakan. Hanya dia tahu sederita apa dia untuk menyara hidup mereka berdua.
Dia dipukul hanya kerana ingin meminta kerja. Dia dipukul hanya kerana ingin meminta sedikit makanan. Dia dicaci maki, dihamun oleh orang sekeliling hanya kerana.. dia adalah seorang budak lelaki yang lemah dan seperti pengemis. Seperti? Bukannya seperti. Hakikatnya, dia dan Aliyana sememangnya pengemis pada waktu itu.
Sangat susah. Mereka berdua terpaksa menahan kesejukan pada waktu malam. Tiada siapa yang mahu memberikan pertolongan kepada mereka. Langsung tiada.
" Along betul-betul minta maaf. Sedangkan along pada waktu tu diselamatkan parents Aisy, El dengan Yana hidup macam gelandangan. Susah. Terseksa bertahun-tahun lamanya," Ariel menumpahkan air matanya. Sakit. Sakit sangat rasanya.
" Sakit along. Sakit sangat. El sanggup korbankan apa yang El ada untuk Yana tapi.. bila papa dah balik, papa layan El macam sampah. Sakit along. Selama along tak ada, El menderita. El kena pukul hari-hari. El kena kurung kalau buat salah walaupun kecil. El tak diberi makan. El sakit pun papa tak kisah. Walaupun El dah nak nazak sekalipun, papa langsung tak kisah," hati Axiel jadi makin sakit mendengar luahan jejaka itu. Dia tahu dia tidak akan merasai sedalam apa dan seperit apa luka yang berbekas di hati Ariel.
" Papa langsung tak nampak apa yang El buat. Langsung tak. El yang bertungkus lumus bekerja semata-mata nak Yana kekal sihat, hidup senang, cukup makan selama ni. Tak ada siapa pun yang sudi hargai usaha El selama ni. El sampai dibuang sekolah sebab asyik tak datang sekolah sebab nak bekerja. El jadi tak berpelajaran semata-mata nak sara hidup kami berdua," Ariel mengesat kasar matanya yang tak henti mengalirkan cecair jernih.
" Sedangkan papa, along? Senang lenang dekat luar sana. Korang cukup makan. El tak pernah jaga pemakanan El. El kerja keras nak bagi Yana hidup. Sampaikan El ada DID. Papa tak pernah nampak apa yang El buat. Malah, papa makin benci El sebab El gila," Axiel menunduk. Semakin deras air matanya mengalir. Ariel dah banyak berkorban. Ariel langsung tak pernah merasai kebebasan dan kebahagiaan di waktu kecilnya. Sedangkan anak-anak kecil lain bersuka ria, dia pula sudah mencari duit.
" El penat. Sumpah penat. Kenapa Aisy selamatkan El? Kenapa tak biar El mati. Kenapa tak biar El bahagia? Kenapa tak nak bagi El bebas? " Axiel tak mampu berkata apa. Dia hanya mampu memeluk Ariel.
Di luar pintu bilik wad, Aliyana sudah menekup mulutnya bagi tidak mengeluarkan esakan. Dia dengar semuanya. Dia saksi yang melihat segala pengorbanan Ariel selama ini hanya untuknya. Dia lihat dan kerana itu, dia tahu sedalam apa luka itu.
Aisy, Fahmi dan Danish turut ada dan mereka turut mendengar segalan luahan hati Ariel. Dalam diam mereka menumpahkan air mata. Terlalu banyak yang Ariel sudah korbankan untuk kebahagiaan adik perempuannya.
Untuk Aliyana, Ariel ketepikan kebahagiaan dan kebebasan dirinya sendiri. Adilkah begitu?
Tak adil. Langsung tak adil.
I said it.
Ariel Farrel deserves better.
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Acción( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...