" Bye.. abang," ujar Aliyana sambil menunduk. Ariel tersenyum kecil sebelum dia mencium dahi Aliyana lembut. Kepala Aliyana diusap lembut." Jaga diri sayang," ujar Ariel perlahan. Aliyana mengangguk perlahan. Aliyana berpaling. Dia langsung tak mahu memandang Ariel. Dia kecewa. Bukan kecewa dengan Ariel tetapi kecewa dengan papa.
Aliyana rasa bersalah dengan Ariel. Sebabkan dia, Ariel kena halau. Ya, Aliyana sudah tahu apa yang terjadi kepada Ariel sehinggakan Ariel tak pulang beberapa hari ini.
Aliyana terkejut. Dia menangis tak henti tadi. Kecewa dengan sikap papanya. Tak henti-henti dia merayu kepada abangnya untuk menyuruh Ariel mengikuti dia pulang. Aliyana tak mahu berpisah dengan Ariel.
Tapi, selepas dipujuk, Aliyana akhirnya akur.
Ariel tersenyum nipis apabila Aliyana menatapnya buat kali terakhir dengan mata yang sembab. Anak mata itu dipenuhi kesedihan, kekecewaan.
Ariel menghantar pemergian Aliyana dengan ekor mata. Pintu ditutup rapat. Dia menunduk buat seketika sebelum dia berpaling dengan wajah yang dibuat manis.
Tiga sahabatnya yang menunggu dari belakang dipandang sekilas.
" Sorry.. pasal semalam. Aku-- " Ariel terkedu. Tubuhnya tiba-tiba didakap erat oleh mereka bertiga.
" Kau dah banyak berkorban, El," bisik Aisy perlahan.
" Kau banyak terseksa selama ni," ujar Danish pula.
" You deserve a happy ending," bisik Fahmi pula. Ariel tersenyum kecil. Dia pasti, Aliyana menceritakan segala-galanya kepada mereka, bukan? Dia tak sebodoh itu tak memahami situasi sekarang.
" Sakit," ujar Ariel perlahan. Dia menumpahkan air mata.
" Aku tahu. Rehatlah. Aku tahu kau penat," ujar Aisy lagi. Dia tahu Ariel sudah memendam segalanya sendirian.
" Apa kata.. kita pergi jalan-jalan? " cadang Fahmi. Cadangan itu diterima baik oleh Aisy dan Danish. Mereka memandang Ariel meminta pendapat pula.
" Boleh je. Sekarang pun waktu cuti kan? " Bibir nipis itu mengukir senyuman kecil.
" Jom! "
Nafas ditarik sedalam-dalamnya kemudian dihembus. Tunak matanya menatap matahari yang akan terbenam sebentar sahaja lagi. Air pantai yang berombak kecil membasahi kaki Ariel yang duduk di pasir pantai.
Dia berseorangan di pantai tersebut. Danish, Aisy dan Fahmi berjalan-jalan di sekitar pantai itu.
Ariel menadah tangannya sebelum air pantai itu masuk ke dalam tadahan tangan Ariel dengan sendirinya. Ariel mengangkat tangannya sebelum air pantai itu mencurah ke pasir pantai semula.
" Mama! Mama!! Lepas! Lepaskan mama!! Hiks mama! " lirih Ariel. Teresak-esak dia di situ sambil memerhati mamanya yang sedang terseksa. Dia tak mampu berbuat apa. Tubuhnya ditahan oleh lelaki jahat itu.
Tubir mata Ariel terasa hangat. Lantas dia memeluk kedua-dua belah lututnya. Dagu disembamkan di antara lutut.
" El.. " tegur Aisy sebelum dia melabuhkan duduk di sebelah Ariel. Begitu juga Fahmi dan Danish.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Aksi( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...