𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 16

138 5 0
                                    


          Aisy Eidlan menguap kecil. Jam sudah menunjukkan pukul 11 15 malam. Dan dia, Fahmi dan Danish masih belum tidur. Semuanya gara-gara filem yang ingin ditonton mereka. Ariel sudah lama tidur. Katanya mengantuk.

          Di luar sana pula sedang hujan lebat. Sesekali ada bunyi petir yang menyertai hujan lebat.

          Aisy lihat sekilas dua manusia yang sedang tekun menonton filem seram yang ditayangkan di televisyen. Sekali lagi Aisy menguap kecil. Dia benar-benar mengantuk sekarang.

          Tapi nanti kalau dia masuk tidur, merengek lah dua manusia tu suruh teman. Nak tengok sangat cerita hantu astu takut. Dasar.

          ZAP!

         " Aisy!!!!! " jerit Fahmi dan Danish apabila bekalan elektrik rumah itu tiba-tiba terputus.

           " Ish! Jangan jeritlah!! Kau ni jantan ke tidak?!! " marah Aisy geram. Fahmi dan Danish tersenyum malu.

          " Aisy.. tak nampak kau. Mana kau? " soal Danish perlahan. Bantal dipeluknya erat sambil melihat sekeliling yang gelap.

          Aisy tersenyum sinis. Dia ada idea untuk mengenakan dua manusia tu! Hehe

         Telefon pintar dicapai secara senyap kemudian dengan laju dia membuka lampu di telefon. Saat Fahmi dan Danish kembali memandang ke hadapan, mereka lantas menjerit kuat kerana terperanjat.

         Aisy bulatkan mata sambil letak lampu dari telefon ke wajahnya.

          " ARGHH!!! MI! MI!! " jerit Danish Darien gelabah sambil memeluk Fahmi Zariel. Begitu juga Fahmi.

          Aisy terkekek mengetawakan kedua-dua sahabatnya. Perutnya dipegang akibat semput menggelakkan Fahmi dan Danish.

          Mereka berdua mencebik. Sampai hati Aisy.

         " Jahatlah kau Aisy " cebik Fahmi Zariel.

          " Sapa suruh jadi penakut! " kemudian, Aisy kembali menertawakan mereka.

         Semakin muncung bibir mereka berdua. Nak merajuk lah!

         PRANGG!!

         Mereka bertiga tersenyap apabila mendengar bunyi itu. Lantas mereka berpaling ke tangga yang menuju ke tingkat atas.

         " El!! " mereka bertiga laju bangun daripada sofa dan menaiki tangga untuk ke bilik Ariel dengan bantuan lampu telefon Aisy Eidlan.

           " El? El? Kau ok??  El!! " cemas Aisy menyoal saat mendengar bunyi esakan seseorang di dalam. Bunyi petir semakin kuat berdentum.

            " Tendang jelah!! " arah Danish cemas. Fahmi mengangguk setuju.

          Aisy berundur beberapa tapak ke belakang sebelum dia kemudiannya menendang pintu bilik Ariel.

         Mereka bertiga tersentak apabila melihat pasu bunga yang menjadi hiasan di bilik Ariel sudah pecah berderai di atas lantai. Turut ada disertakan sedikit tompokan darah di atas lantai.

           Di atas katil pula, ada seorang lelaki yang pastinya Ariel yang sedang duduk sambil memeluk kedua-dua belah lututnya.

           " El! Kau kenapa?! " lantas Aisy mendekati Ariel. Namun, Ariel kelihatan takut.

           " J.. Jangan dekat!! " mata berair Ariel menatap tajam Aisy yang dianggapnya musuh.

           Aisy berhenti sepertimana yang diarahkan Ariel.

           " Mama.. mama.. mama " rintih Ariel.

           Aisy kembali mendekati Ariel. Dia duduk di birai katil. Tangan naik ingin menyentuh kepala Ariel namun Ariel pantas menghalang. Semakin kuat esakan jejaka itu.

         " Sakit.. Jangan.. Aku janji dengar cakap.. Aku janji.. Lepaskan mama hiks " Aisy mengusap lembut kepala Ariel.
  
         " Aku ni.. El. Aisy ni," ujar Aisy perlahan. Ariel berhenti menangis buat sesaat sebelum esakannya semakin kuat. Lantas kedua-dua belah tangan memeluk erat pinggang sahabatnya dengan tubuh yang menggigil.

          " Sakit hiks Tolong aku. Tolong aku Aisy. Sakit.. Mama! Tolong mama. Tolong mama. Aku nak mama," semakin hebat tubuh Ariel menggigil.

         " Calmdown El. Calmdown," Ariel menggeleng laju.

         " M.. Mama mesti sakit. Tolong mama! Dia bunuh mama. Dia nak bunuh aku. Hiks Takut," bergegar nada Ariel menuturnya.

           " El nak mama. El nak mama. Mama, El sakit," lirih Ariel perlahan.

           " Mama datang nanti. El jangan macam ni," pujuk Aisy lembut. Ariel teresak kecil.

          " El.. nak mama. Dia nak bunuh El. El takut," Aisy mengusap lembut kepala Ariel.

         " Aku ada dengan kau. Jangan takut. Dia tak akan bunuh kau. Tidur ya? " pujuk Aisy lagi.

          " Baring," lantas Ariel mengikuti arahan Aisy. Ariel pejam matanya rapat. Aisy pula bertindak mengusap lagi kepala sahabatnya.

          " Aisy.. sakit.. sakit," bisik Ariel perlahan. Aisy diam. Dia langsung tak mengerti apa yang membuat Ariel sehingga begini.
          
           Jeda. Ariel sudah tidak bersuara. Aisy mengintai sedikit wajah Ariel dan melihat jejaka itu sudah terlena sepenuhnya.

          Aisy kemudiannya mengangkat kepala memandang Fahmi dan Danish. Mereka bertiga saling berpandangan. Semuanya bingung dengan apa yang terjadi.

         " Trauma? " teka Danish Darien. Aisy kembali memandang Ariel. Dia berpaling pula pada tapak tangan Ariel yang tercedera. Ianya kesan daripada pasu bunga yang pecah itu.

        Aisy memegang tangan yang tercedera itu. Darah merah pekat masih lagi setia mengalir. Sehinggakan tilam berwarna putih itu dibasahi dengan cecair merah pekat itu.

          " Mi. Ambil bandage," arah Aisy tanpa memandang Fahmi Zariel. Fahmi Zariel angguk sekali sebelum dia ke bilik air Ariel dan mengambil peti kecemasan. Kemudian, peti itu diberikan kepada Aisy Eidlan.

           " Kau kawan dia dari kecil. Tak akan kau tak tahu benda ni? " soal Danish Darien sambil memerhati Aisy yang sedang merawat luka di tangan Ariel. Aisy mengerling Danish sekilas.

            " Aku dah cakap, aku tak tahu. For real," nafas kecil dihela. Secara tiba-tiba bayangan wajah cantik Aliyana muncul di dalam fikiran. Lantas dia mengangkat kepala dan memandang Danish dan Fahmi.

            " Tapi, dia tahu " Fahmi dan Danish berpandangan sebelum mereka menatap Aisy penuh hairan. Siapa?















𝒴. 𝒮𝒽𝒶

𝐃𝐈𝐀 | ℂWhere stories live. Discover now