𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 14

164 9 1
                                    


          " El, makan. Sesuap pun jadilah," pujuk Danish Darien lagi sambil menyuakan sesudu bubur yang masih panas. Risau hatinya apabila Ariel dari awal pagi lagi mendiamkan diri dan langsung tak bersuara. Dia hanya menatap luar tingkap. Seperti ada banyak perkara yang bermain di dalam fikirannya.

           Manik kelabu cerah itu menatap kosong bubur di dalam sudu itu. Danish tersenyum kecil apabila Ariel menerima suapannya.

          " Sesuap lagi," Danish sua lagi sekali sudu besi itu namun dia mendapat gelengan daripada Ariel. Danish letakkan kembali sudu ke dalam mangkuk.

          " Kalau macam tu, kau rehatlah," selepas Danish keluar daripada ruangan itu, Ariel memeluk lututnya erat. Dagunya direhatkan di antara kedua-dua lutut.

          " Aku tak ada anak yang menyusahkan macam kau! "

          " Kau bukan anak aku,"

          " Lebih baik kau mati! "

          " Kalau boleh, sampai bila-bila jangan tunjuk muka kau dekat rumah ni! Kau mati lagi bagus!! "

             " Mati,"

             Ariel turun daripada katil. Dia mengatur langkah ke arah bilik air. Pintu ditutup rapat sebelum pili air dibuka sehingga habis.

            Pancuran air yang sejuk itu membasahi seluruh tubuh Ariel yang masih lengkap berpakaian. Ariel terduduk di lantai. Kedua-dua belah lutut dipeluk dengan erat.

            Lama dia membiarkan dirinya dibasahi air sejuk itu sebelum perlahan-lahan air mata mengalir daripada tubir mata. Ariel teresak kecil seorang diri di situ.

           Ariel kecewa, sedih, dan marah dengan dirinya sendiri. Dia beban, menyusahkan. Dia buatkan semua orng bencikan dirinya.

           Kini, dia sudah dibuang, dihalau oleh bapa kandung sendiri. Jadi, bagaimana sekarang? Dia sudah tiada tempat bergantung. Tiada tempat tinggal.

           Dia dihalau sebatang kara. Tanpa apa-apa barang.

          KTAK!

          Dari dalam bilik air, Ariel mendengar seseorang memasuki kamarnya.

          " El? Kau mandi? Aku baru nak suruh kau makan ubat. Tak apalah. Aku tunggu," suara Aisy Eidlan kedengaran dari luar bilik air. Ariel menekup mulutnya erat supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi esakan. Dia tak nak orang tahu dia menangis.

           Ariel tak mahu dianggap lemah oleh Aisy nanti.

          Setengah jam sudah berlalu dan Ariel masih lagi belum keluar daripada bilik mandi. Hati Aisy mula kerisauan. Dia bangun daripada duduk menunggu di birai katil.

         TOK TOK!

        Pintu bilik air diketuk beberapa kali.

         " El? Lamanya kau mandi? Kau ok? " soal Aisy namun tidak berjawab. Hanya bunyi pancuran air yang kedengaran.

         " El? El? Ariel? Aku.. masuk ya? "

         KTAK!

         " Allah! Ariel!! " hampir luruh jantung Aisy apabila melihat kelibat Ariel yang sangat lemah di bawah pancuran air sejuk. Segera Aisy menutup pili air dan kemudian mendekati Ariel.

           " ARIEL! Kau gila ke?! Dah teringin nak mati sangat ke?! Kau nak demam kau melarat?! Gila, gila, Ariel!! " marah Aisy sambil mencengkam kedua-dua belah bahu Ariel. Ariel diam. Perlahan dia memegang tangan Aisy yang mencengkam bahunya. Kepala kemudian menunduk.

𝐃𝐈𝐀 | ℂWhere stories live. Discover now