𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 11

148 7 0
                                    


          " Nah! Ice cream and strawberry milk for Yana and apple juice for El! " Danish menyerahkan aiskrim kon dan susu kotak strawberi kepada Aliyana. Aisy pula menyerahkan jus epal kepada Ariel.

          " Yay! Thank you abang Nish! " Aliyana berkata teruja sambil menyambut huluran Danish.

          Mereka kemudiannya senyap menikmati makanan mereka sambil menatap air pantai yang bergerak lembut di hadapan mereka. Matahari juga sudah hampir terbenam. Punyalah lama mereka lepak di pantai itu.

           " Cantiknya sunset tu! Kan abang? " soal Aliyana teruja. Ariel mengangguk perlahan.

           " Mama suka sunset," nada Aliyana berubah kendur. Ariel pandang Aliyana sekilas sebelum dia mengusap kepala Aliyana. Aliyana.. betul-betul rindukan mama mereka.

           " Sedap, Yana? " soal Fahmi Zariel bagi meredakan situasi sunyi. Aliyana mengangguk laju.

           " Weh El. Kau buat dengan siapa assignment prof. Nadine? Dua orang aje kan? " Ariel menjungkit bahunya. Dia tak ada kawan nak buat partner untuk tugasan profeser Nadine.

           " Kau dengan aku jelah," ujar Aisy.

           " Betul! Aku dengan Mi, kau dengan Aisy," Ariel diam.

          " Ok," balasan Ariel buat mereka senyum.

          " Kau nak start dari mana dulu? " Aliyana di tengah-tengah mereka sekadar memerhati dan mendengar perbualan jejaka-jejaka itu.

          Akibat kebosanan, Aliyana memalihkan tubuhnya menghadap lebuh raya. Sesak lah juga jalan raya tu.

         " Cat! " Aliyana menjerit suka. Dia kemudiannya bangun dan ingin ke kucing berwarna putih itu.

          PIN!

        Aliyana menoleh saat hon itu membingitkan telinga. Membulat matanga apabila kereta itu langsung tiada tanda untuk berhenti.

          " Eh no!! That cat!! " jerit Aliyana kuat. Laju kakinya berlari ke arah kucing di tengah-tengah lebuh raya itu.

         Selepas menangkap tubuh kucing itu, kucing itu dibawa masuk ke dalam pelukannya.

        PIN!!

        Semakin kuat bunyi hon itu dan itu mendebarkan hati gadis itu.

        " Abang.. Yana minta maaf," ujar Aliyana perlahan. Kereta itu benar-benar beberapa inci sahaja lagi daripada dia.

          ZAP!

        BAM!

        Kereta berwarna hitam itu melanggar tiang lampu isyarat yang terdapat di jalan raya itu. Aliyana buka matanya apabila dia langsung tidak merasai apa-apa kesakitan. Jantungnya berdegup kencang. Yana takut.

        Mendengar deruan nafas seseorang, Aliyana tersedar ke alam realiti. Dia dipeluk seseorang.

         " A..bang? " Aliyana mendongak. Wajah Ariel dipandang kabur.

         Ariel tersenyum kecil sebelum pandangannya berubah gelap. Pandangan Aliyana juga berubah gelap sepenuhnya. Mereka berdua tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Sakit yang dirasai Ariel sudah tidak terasa.

          " EL! YANA! "

           Nafas dihela lemah. Dia menampung dirinya pada katil untuk bangun. Seluruh tubuhnya kini terasa sakit dan kebas.

         " El! Jangan bangun! Kau cedera," Aisy yang baru masuk ke dalam segera membaringkan semula Ariel. Ariel hanya diam menatap anak mata Aisy. Dia tak ingat apa yang terjadi. Semuanya macam.. tiba-tiba.

          " Kepala dan tangan kau cedera sebab kena langgar tadi. Ingat? " Aisy menyoal. Ariel diam mencerna apa yang dikatakan Aisy.

         Matanya membulat. Ariel kembali bangun.

        " Ya.. Yana! "

         " Hey hey! Calm down! Adik kau selamat, dia cuma pengsan sebab terkejut sangat tadi. Dia tak cedera macam kau pun," terang Aisy. Ariel menghela nafas lega. Mujurlah.

          " A.. Aku nak jumpa Yana," kata Ariel lalu turun daripada katil.

          " Eh, El. Kejap lagi lah! Kau tu tak sihat lagi. Baru bangun kan? Kejap lagi, El! " Ariel menggeleng. Dia risaukan Aliyana sekarang.

         " Ariel! Ish! Degil budak ni! " keluh Aisy saat kelibat Ariel hilang daripada penglihatannya.

         

             KLAK!

          Ariel masuk ke dalam wad yang menempatkan adik perempuannya. Dia terkedu buat seketika apabila melihat Avriel yang sedang duduk membelakanginya.

         Di hadapan Avriel pula ada sekujur tubuh yang masih lagi belum sedar. Ariel teragak-agak menghampiri Avriel.

        " P.. pa," nak keluar tak nak keluar sahaja suaranya. Avriel bangun dari kerusi yang diduduki sebentar tadi. Kemudian, kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kepala memandang tepat ke luar tingkap.

         Hari sudah menjelang malam. Dan anak perempuannya masih belum sedar.

        " El.. minta ma..af sebab tak.. jaga Yana betul-betul. El.. minta maaf sebab bawa Yana keluar tanpa pengetahuan papa. El minta maaf, pa," Avriel langsung tak membalas. Cuma Ariel tahu wajah Avriel tegang. Dia dapat rasakan aura itu.

         " Kau.. balik. Tunggu aku. Kau keluar, lagi teruk kau kena," Ariel mengangguk faham. Dia kemudiannya mengatur langkah keluar daripada wad tersebut.

        Dia mungkin tak dimarahi sekarang tapi, dia pasti akan dimarahi, dicaci maki dan dipukul di rumah nanti.

        Atau mungkin lebih teruk daripada itu.

       Ariel hanya perlu bersedia.

        " El! Kau nak pergi mana?! Kau tak-- "

        " Papa suruh aku balik," pintas Ariel tanpa memandang Danish Darien, Fahmi Zariel dan Aisy Eidlan di belakangnya.

         " Tapi-- "

         " Aku ok," tajam mata kelabu cerah itu menikam iris mata ketiga-tiga mereka. Sudahnya, mereka membatu di tempat mereka.

          Risau tapi, Ariel keras kepala.

         Haih.
















𝒴. 𝒮𝒽𝒶
        

𝐃𝐈𝐀 | ℂWhere stories live. Discover now