𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 17

152 9 0
                                    


            TOK TOK!

           Aliyana Fashadatul menunggu di muka pintu dengan penuh kesabaran. Beg kertas yang berisi sedikit makanan kegemaran untuk insan tersayang itu dia pegang kemas.

            Sesekali dia berpaling ke belakang apabila ada manusia-manusia yang lalu lalang. Sempat juga gadis itu memberi senyuman kepada orang-orang itu tadi.

            KTAK!

            Aliyana kembali berpaling ke hadapan. Senyuman semakin lebar saat figura Aisy Eidlan berada di muka pintu.

           " Sorry Aliyana. Come in! " pelawa Aisy Eidlan. Dia berganjak ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada Aliyana untuk masuk.

            " Thank you," ujar Aliyana lembut sebelum dia ke ruang tamu mengekori langkah Aisy. Gadis itu melabuhkan duduk di sofa saat dipelawa Aisy.

            Aisy beredar ke dapur untuk membuat air. Sempat dia mengarah Fahmi dan Danish di dapur yang sedang makan untuk menemani Aliyana di ruang tamu.

            Lima minit kemudian, Aisy kembali ke ruang tamu dengan secawan kopi. Kopi itu diletakkan di hadapan Aliyana sebelum dia melabuhkan duduk di sofa lainnya.

            " So.. where is my brother? " soal Aliyana. Dia rindu dengan abangnya. Entah apa yang terjadi sehinggakan abangnya menghilang dari rumah. Bila dia tanya papa, papa pula tak jawab. Sehinggalah dia menerima panggilan daripada Aisy yang menyuruhnya datang ke rumah. Katanya, Ariel ada di rumah itu.

             " Kat atas. Tengah tidur rasanya," balas Danish. Aliyana berkerut nipis. Dia mengerling jam di tangannya. Pukul 9. Biasanya Ariel dah bangun waktu-waktu begini.

           " Tidur? Abang tak tidur sampai pukul 9 macam ni," Aisy tersenyum kelat.

           " Something happen to your brother and we need to ask you about it," Aliyana menjungkit sebelah kening.

           " Sebab tulah abang Aisy panggil Yana ke sini? " Aisy mengangguk.

           " Apa yang terjadi? Kenapa abang tak balik rumah beberapa hari ni dan kenapa dia ada dekat sini? " soal Aliyana terlebih dahulu. Dia amat memerlukan jawapan sekarang.

            " I think, lebih baik Yana tanya abang Yana sendiri? Kami tak ada hak nak masuk campur hal peribadi keluarga El dan Yana," ujar Aisy tenang. Aliyana diam.

            " So? Apa yang abang nak tanya? " Mereka bertiga berpandangan. Anak mata kelabu cerah itu ditatap sedalam-dalamnya.

            " Semalam, hujan dan ribut," Aliyana terdiam. Hatinya dilanda rasa risau.

            " Abang ok? Abang tidur sampai lewat pagi sebab semalam ke? " soal Aliyana kerisauan. Mereka bertiga mengangguk kecil.

           " Actually, what happen to El? Kenapa.. dia nampak takut dengan hujan dan ribut? Sampai teruk jadinya semalam," Aliyana diam. Senyuman pahit dilontarkan kepada mereka bertiga.

            " Actually, abang trauma dengan hujan dan ribut," jelas Aliyana.

           " How? "

           " Remember, abang Aisy? Lepas abang tinggalkan abang Yana, ada satu kejadian menimpa keluarga kami. Yang menyebabkan kami semua kehilangan seorang insan yang sangat kami sayang," Aisy terkedu. Aliyana ingat dia?

           " Semua ni jadi sebab salah papa juga. Papa berhutang, berjudi dengan satu kumpulan gelap. Dah hutang, papa tak bayar balik. Ianya buatkan ketua diorang marah dekat papa sampailah.. kami yang tak tahu apa-apa ni jadi mangsa," Aliyana tarik nafas panjang. Berat hatinya ingin menceritakan apa yang terjadi.

            " Berapa? "

            " 4 juta," balas Aliyana. Masih dia ingat yang papa berhutang dengan mereka sebanyak itu.

            " Satu malam, Yana, mama dan abang keluar jalan-jalan. Tenangkan fikiran. Kami bertiga sahaja dekat pantai tu. Semuanya baik-baik sahaja sampailah ada orang tiba-tiba datang dan culik kami bertiga. Sedae-sedar sahaja, kami dah ada dekat satu tempat yang sangat asing. Yana dengan abang takut. Mama pun takut tapi mama tetap tenangkan kami," mata Aliyana berkaca-kaca.

            " Diorang seksa abang sebab abang lelaki. Yana dengan mama cuma mampu tengok abang dipukul teruk. Kami berdua cuma dikurung dan tak diberi makan. Cuma.. abang yang dapat teruk. Tak adil.. " Aliyana kesat air mata yang mengalir. Dia masih ingat rontaan dan jeritan abangnya. Sungguh terseksa.

             " Satu hari, mama jumpa satu lorong dan suruh Yana dan abang larikan diri. Yana sempat larikan diri tapi.. abang dengan mama tak. Bila mama dan abang nak masuk lorong tu, diorang ditarik. Yana tak mampu buat apa.. Yana cuma boleh tengok dari jauh. Masa tu, hujan dan ribut. Yana nampak dari jauh macam mana abang dan mama dipukul dan diseksa sebab cuba larikan diri. Mama nampak Yana masih dekat situ dan dia suruh Yana lari. Yana ikut. Yana lari tinggalkan abang dan mama. Yana jumpa balai polis dan terus minta tolong polis dekat situ. Apa yang terjadi pada mama dan abang waktu tu, Yana tak tahu. Yana tak dibenarkan ikut polis tu waktu tu untuk selamatkan diorang,"

             " Bila diorang dah balik, Yana cuma dapat tahu yang mama dah mati dan abang yang teruk keadaannya. Abang koma setahun. Berpunca dari situlah.. abang dapat trauma,"

            " Orang-orang jahat tu pun dah kena tangkap. Diorang dikenakan penjara 6 tahun. Tak adil sebab diorang tak dikenakan hukuman mati," anak mata Aliyana disalut rasa benci dan tak berpuas hati. Tak adil hukuman yang dikenakan kepada mereka.

            " Papa pun kena penjara 2 tahun sebab terlibat dengan kes dadah. Yana keseorang jaga abang dekar hospital. Nenek waktu tu dah tua sangat dan akhirnya lepas abang sedar, nenek meninggal lepas tu. Lepas nenek mati, abang terpaksa keluar hospital walaupun dia masih belum sembuh semata-mata nak jaga Yana. Abang takut apa-apa jadi dekat Yana. Waktu tu, abang lah yang paling penat dan susah. Sebab abang kena cari makan, kerja, untuk sara hidup kitorang berdua. Tambah pula Yana yang cepat sakit, abang terpaksa kerja lebih sebab nak beli ubat Yana," terang Aliyana dengan air mata yang mengalir tak henti. Hidup mereka tragis. Ariel banyak berkorban untuk hidup mereka berdua.

           " A.. Along korang? Dia.. " Aliyana menggeleng.

           " Lepas papa kena penjara, along hilang. Mungkin lari sebab tak tahan hidup susah dna terseksa. Nak buat laporan pun, kami tak mampu. Polis langsung tak nak bantu kami cari along. Diorang biar kami terkapai-kapai keseorangan," semakin galak air matanya menurun.

            " Allah," mereka turut bersimpati. Tak sangka begitu tragis kisah hidup Ariel dan Aliyana. Hanya disebabkan kesalahan papa mereka, mereka semua yang harus terima akibatnya.

             Tidak mudah untuk berdikari pada usia yang sangat muda tetapi, mereka berjaya. Mereka berjaya hidup sehingga sekarang. Ariel banyak berkorban untuk dirinya sendiri dan adiknya. Tak pernah sekali terdengar keluhan terlepas daripada bibir itu.

           Ariel percayakan Allah sentiasa berada dengan mereka berdua sehinggakan dia langsung tak mengeluh. Malah, senyuman yang menjadi hiasan wajah. Tidak pernah Aliyana melihat Ariel menangis di hadapannya. Namun, dia tahu.. Ariel pasti menangis di belakangnya.

           Mustahil Ariel tidak sedih dengan apa yang terjadi terhadap hidup mereka sekeluarga.

          " Yana? "

  











𝒴. 𝒮𝒽𝒶

𝐃𝐈𝐀 | ℂWhere stories live. Discover now