Aisy Eidlan menoleh ke sisi apabila merasakan ada yang duduk di sebelahnya. Kelihatan Ariel sudah melabuhkan duduk di sebelah Aisy. Wajah jejaka itu kelihatan dingin dan langsung tiada perasaan terpapar di wajahnya.Dan dengan hanya itu, Aisy dapat tahu siapa yang keluar saat ini. Ariel.. dah putus asa.
" Dheo? " Aisy memanggip tetapi jejaka itu langsung tidak memberi reaksi.
Bibir mengukir senyuman tipis. Lantas kepalanya direhatkan di peha jejaka beriris kelabu itu. Mata dipejam rapat.
Lantas bibir melakar senyuman manis apabila dia merasakan kepalanya diusap satu tangan. Tangan Dheo. Usapan itu sangat selesa.
" Dheo," panggil Aisy lagi. Dheo membalas dengan gumaman kecil.
" El dah penat ke? " soal Aisy perlahan. Dheo diam.
" Ya. Dia dah terlalu penat. Perjuangan dia tak memberi makna. Perjuangan dia tak memberikan dia kebahagiaan. Ariel dah putus asa," balas Dheo mendatar. Aisy diam.
" Kalau dia pilih untuk mati macam mana? Aisy tak nak El mati," ujar Aisy perlahan. Air matanya yang sedari tadi ditahan menitis jua.
" No. He will not. Trust me. Selagi aku ada, aku tak akan biar dia bunuh diri," ujar Dheo masih mendatar.
" Don't cry. He need time to heal," Aisy mengangguk laju. Betul, Ariel perlukan masa untuk sembuh.
Dheo lagi-lagi mengusap kepala Aisy bagi menenangkan lelaki itu. Aisy dalam diam tersenyum kecil. Walaupun Dheo kelihatan dingin dan kejam, dia sebenarnya mempunyai hati yang lembut dan baik. Dheo tak suka jika orang-orang terdekat Ariel sedih.
" He will come back? "
" He will,"
Azriel membuka pintu balkoni bilik miliknya. Angin malam dihirupnya. Bintang-bintang yang bergelipan di langit malam ditatapnya. Bulan penuh yang terang menyinari dunia malam sangat indah.
Kehidupannya kini jadi semakin bahagia tanpa adanya seorang Ariel Farrel. Perasaan gembira yang teramat dia rasakan setelah menghalau anak lelakinya itu. Seperti satu beban di bahu sudah dilepaskan.
Entah kenapa namun, sejak Ariel Farrel dilahirkan dengan satu penyakit jantung, Azriel mula dihurung rasa benci terhadap bayi tak bersalah itu. Azriel tidak menerima takdir Allah. Itu yang menjadi puncanya.
Dan selepas Ariel sembuh daripada penyakit jantungnya, dia mempunyai penyakit mental pula. Lagilah buat Azriel benci terhadapnya. Tetapi, tidak pula dibenci Aliyana yang sememangnya mudah jatuh sakit dari kecil.
Tidak tahu apa sebab yang munasabah yang dapat dikatakan tentang mengapa Azriel membenci Ariel.
Boleh dikatakan, Azriel sebenarnya membenci Ariel.. tanpa sebab. Ya, tanpa sebab.
Deringan telefon bimbit di meja kecil balkoni itu menyentakkan Avriel. Segala lamunannya tadi terus hilang dari kotak fikiran.
Lantas Avriel mengambil telefonnya. Skrin telefon yang memaparkan nombor Unknown itu ditatap lama. Beberapa saat kemudian, ikon hijau digesek.
Dia menekap skrin telefon tersebut di telinga.
" Helo? " Avriel berkerut kecil tika tiada yang bersuara. Saat Avriel berura-ura ingin mematikan panggilan, satu suara garau menyapa gegendang telinga." Bila kau nak bayar hutang kau? " soal suara itu. Jantung Avriel jadi berdegup kencang. Macam mana..
" M.. macam mana kau dapat nombor aku? " cemas dan gelisah nada Avriel menyoal.
" Tak perlu tahu. Yang penting sekarang, aku nak duit aku,"
" Tolong.. bagi aku masa," pinta Avriel separa merayu.
Suara itu kembali diam.
" Seminggu. Lepas seminggu aku tak dapat duit aku, anak kau akan terima padahnya. Ingat tu, Avriel," kemudian, panggilan dimatikan oleh empunya nombor tersebut.Avriel menghela nafas kasar. Mana dia nak dapat duit sebanyak jutaan ringgit seminggu ini?
Kaki melangkah ke arah pesisir pantai. Hari ini, Ariel Farrel yang sebenar telah kembali. Oleh kerana itu, Aisy membawa Ariel ke pantai. Itupun atas permintaan Ariel sendiri.
Tunak mata uniknya menatap langit malam yang dihiasi bintang-bintang gemerlipan dan bulan indah. Saat matanya dipejam, dia dapat rasakan angin sejuk malam itu menyapa lembut tubuhnya.
" Mama," gumam Ariel perlahan.
" El minta maaf,"
Segala memori hitamnya di masa lalu diimbas kembali. Saat dia diseksa, dikurung. Sampailah masa mama dibunuh dengan tragis dan sekuat mana usaha dia untuk menyara hidup dirinya sendiri dan adiknya yang tersayang.
Semuanya dilakukan dengan susah payah. Dia tak dapat bersekolah hanya kerana bekerja untuk mencari duit. Dia dah bekerja keras sejak kecil.
Saat dia hilang semangat, dia sendiri yang perlu pujuk diri sendiri untuk terus kuat dan berjuang. Walaupun bukan untuk dirinya, untuk Aliyana. Hanya disebabkan Aliyana dia bertahan hidup.
Tapi, apa yang dia dapat? Dia hanya dapat kebencian, cacian, makian, seksaan, deraan. Sakit, namun itulah apa yang perlu dihadapinya setiap hari.
Hidup seorang Ariel Farrel tak mudah.
And he deserves better.
Sekarang, dia sudah dihalau dan ianya bermakna, Aliyana bukan lagi tanggungjawabnya. Aliyana sudah bahagia dengan papa. Dia sudah tidak berguna lagi.
Jadi, untuk apa dia hidup?
" Papa, Yana.. El minta maaf,"
BYUR!
𝒴. 𝒮𝒽𝒶
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 | ℂ
Acción( 𝙲𝚘𝚖𝚙𝚕𝚎𝚝𝚎𝚍 ) Dikenali dengan sifatnya yang dingin bak salju. Tak pernah kata-kata nya tidak menyakitkan hati. Semua yang keluar dari mulutnya, semua berbisa. Menusuk ke dalam kalbu. Iris kelabu cerahnya selalu sahaja menikam tajam orang-or...